Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan

Jumaat, Oktober 11, 2013

CARDIO PULMONARY RESUSCITION ( CPR)

CARDIO PULMONARY RESUSCITION(CPR)

Cpr adalah bantuan awalan yang diberikan kepada mangsa yang menghadapi masalah terhenti pernafasan sebelum bantuan tiba dengan member i tekanan di atas dada dan bantuan hembusan pernafasan.

PROTOKOL CPR
D.R.A.B.C
1.DANGER  (Bahaya)
-Penyelamat
-Mangsa
-Persekitaran
2.RESPOND
-Tepuk bahu mangsa bagi mengenal pasti tahap kesedaran mangsa
-Aktifkan EMS(Emergency Medical Servis)
*hospital,bomba,dlL

PERTOLONGAN CEMAS

BANTUAN KECEMASAN...

1.Merawat luka dan berdarah
. Rawatan luka kecil
-Alirkan air pada luka dan keringkan dengan kain bersih
-Bersihkan keliling luka dengan kapas atau kain bersih yang dibasahkan dengan air sabun atau antiseptic
-Balut dengan kain bersih atau pembalut

.Mengawal pendarahan
-Hentikan pendarahan dengan meletakkan kain bersih pada luka dan tekan dengan jari atau tangan(tekanan tepat)
-Apabila pendarahan berhenti, balut dengan kain bersih
-Jika terdapat objek asing seperti paku, kaca, atau pisau, jangan tekan pada luka
-Balut sekeliling objek itu dengan kain bersih dan dapatkan rawatan lanjut
-Jika tangan atau kaki yang cedera, tinggikan ia melebih paras jantung untuk kurangkan tekanan
-Sekiranya luka itu besar dan pendarahan banyak, dapatkan rawatan lanjut

Sabtu, Julai 30, 2011

SENAMAN DAN PUASA

Senaman Dalam Bulan Puasa


PUASA memberi kesan yang baik terhadap keseluruhan sistem badan manusia terutama sistem penghadaman. Secara amnya, berpuasa dapat memberi kesan terhadap sistem tubuh badan, minda serta psikologi dan rohani. Tubuh badan kita sentiasa terdedah kepada bahaya toksin atau radikal bebas yang menjadi faktor kepada jangkitan penyakit atau kecederaan. Tabiat pemakanan yang tidak berkhasiat, pencemaran alam sekitar dan tekanan dalam menjalani kehidupan seharian menyebabkan banyak toksin berkumpul di dalam badan. Justeru itu, dengan berpuasa dapat merehatkan sistem organ dalaman, mengekalkan serta menyeimbangkan sistem hormon, metabolisma dan sistem saraf.
 chest-exercises-20
 

PUASA DAN MAKANAN

Puasa sebagai suatu latihan rohani yang menyebabkan rasa letih lesu dan dahaga, mengubahkan tabiat tidur dan makan kita sebulan lamanya. Bukan mudah hendak melakukannya, tetapi amat manis apabila dapat dilaksanakan dengan sempurna.Sebenarnya dari segi kesihatan badan, puasa yang diamalkan selama kira-kira 14 jam sehari ada banyak manfaatnya.Apabila kita menahan diri daripada makan dan minum, anggota badan yang terbabit dengan penghadaman dapat kerehatan.Sel badan juga dapat mengeluarkan bahan buangan dengan lebih baik sebab dibebaskan daripada proses perkumuhan bahan makanan. Pemecahan lemak yang berlaku mengeluarkan toksin yang terperangkap dalam lemak.

Untuk mendapat manfaat maksimum, kita perlu penuhi beberapa syarat:

Sistem pembuangan najis perlu berfungsi dengan baik dan tidak boleh sembelit.Kalau sembelit sebelum mulakan puasa, ini akan menyebabkan proses perkumuhan dan pembuangan toksin yang berlaku dalam hati tidak cekap. Seterusnya, sel badan tidak akan dapat membuang sisa perkumuhan dengan baik, maka badan akan simpan segala toksin yang mengakibatkan sakit kepala, mulut berbau, lenguh badan dan lesu.
 

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda