Sabtu, Oktober 31, 2009

SISTEM KARDIO RESPIRATORI (KENALI JANTUNG BAHAGIAN II )



        Tubuh manusia adalah satu mekanisme yang unit,dimana mempunyai sistem berhubung kait antara satu sama lain untuk keperluan hidup yang sempurna . Sistem kardiorspiratori (jantung dan pernafasan ), adalah contoh terbaik keunikan sistem dalaman manusia ciptaan Allah  kepada manusia.
        Sistem ini mempunyai struktur paru-paru dan jantung, yang memainkan peranannya dalam sukan dan aktiviti fizikal. Sistem kardiorespiratori terdiri daripada sistem kardiovaskular (Jantung dan saluran darah ) dan sistem respiratori atau pernafasan (paru-paru dan saluran udara) . Kedua-dua sistem ini bekerja membawa oksigen kepada sel-sel dan otot -otot serta mengeluarkan karbon dioksida dan bahan kumuh.
      Sistem edaran darah melibatkan jantung sebagai pam, arteri dan vena menyalurkan cecair dan bendalir. Darah mengalir secara berterusan dalam satu kitaran, dari jantung ke seluruh badan dan kembali semula ke jantung. Ia dikenali sebagai sistem edaran tertutup
        Fungsi dan tujuan sistem ini ialah untuk membawa nutrien dan oksigen kepada semua sel tubuh dan mengeluarkan bahan buangan atau bahan kumuh dari badan.
     Jantung ibarat pam yang menolak darah mengelilingi tubuh, Ia merupakan pusat segala sistem dalam badan dan antara terpenting untuk kehidupan. Jika ia tidak berfungsi manusia akan mati.
     Jantung merupakan sebuah organ berotot yang mempunyai rongga lompang, yang dikenali sebagai atrium dan vertrikal. Ianya terletak ditengah-tengah dada,tetapi sebelah kiri ruangan dada dan dilindungi oleh tulang rusuk atau rib. Jantung bersaiz sebesar buku lengan (penumbuk )  dengan berat lebih kurang setengah kilogram mempunyai 4 bilik. Dua di bahagian atas di panggil atrium kanan dan kiri, manakala bahagian bawah dipanggil ventrikal kanan dan kiri. 
    Bahagian sebelah kanan menerima darah melalui vena, iaitu darah yang telah digunakan dari seluruh tubuh, lalu mengepam balik ke paru-paru,Sementara bahagian kiri jantung menerima darah bersih (beroksigen) dari paru-paru lalu mengepam melalui Aorta  iaitu salur nadi agong untuk diedarkan ke seluruh tubuh. Darah kotor dan bersih melalui jantung secara serentak, tetapi tidak bercampur. Apabila darah memasuki kedua-dua ruang atas jantung iaitu atrium kanan dan kiri, bahagian ini mengucup secara serentak untuk menolak darah masuk ke ventrikal kanan dan kiri. Seterusnya ventrikal akan mengucup dan menolak darah ke arteri yang membawa darah keluar dari jantung.
       Setiap kuncupan jantung , kira-kira 60 c.c darah di pam, dalam satu minit kira-kira empat liter darah dipam untuk edaran. Semasa berlakunya aktiviti fizikal melibatkan otot-otot secara rancak , jumlah darah meningkat sehingga 20 liter. Apakah kaitannya dengan kecergasan dan sukan. Tunggu bahagian seterusnya...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda