Selasa, Ogos 10, 2010

PEMBELAJARAN MOTOR (LEARNING MOTOR SKILL )

Perkembangan Motor
2.1 Definisi perkembangan motor
Bidang pengajaran pergerakan manusia yang berfokus kepada perubahan dari segi keupayaan kawalan pergerakan dan prestasi motor yang berlaku sepanjang hayat.Perubahan-perubahan yang berlaku adalah hasil proses semulajadi yang dialami oleh sistem biologi seperti proses perkembangan, tumbesaran, kematangan dan penuaan. Perubahan yang berlaku dilihat menerusi dua aspek:
(i) Peningkatan keupayaan (dari bayi hingga dewasa)
(ii) Penurunan keupayaan (dari dewasa hingga tua)

2.2 Peringkat perkembangan kemahiran motor
Perkembangan kemahiran motor berlaku mengikut prinsip perkembangan yang terbahagi kepada dua dan prinsip-prinsip ini berfokus kepada perkembangan yang berlaku pada 2 tahun pertama selepas kelahiran. Prinsip-prinsip tersebut ialah:
(i) Prinsip I – Prinsip cephalo-caudal
(ii) Prinsip II – Prinsip proksimo-distal
3 PERINGKAT MAJOR PERKEMBANGAN KAWALAN POSTUR
Sumber : Abernethy, B., Kippers, V., Mac kinnon, L.T., Neal, R.J. & Hanr ahan, S. (1997),
The Bi ophysic al Foundati ons of Human Movement, Human Ki netics, C hampaign.

Prinsip ini berteraskan perkembangan dari kepala ke bawah contohnya
dari keupayaan fleksi tengkok sehingga duduk tanpa sokongan.
Cephalo = kepala
Caudal = penghujung saraf tunjang.

2 ulasan:

  1. slm en..
    sy sazli..
    tmpg tnye,motor learning kajian sepanjang hayat la kan..mtk penjelasan lanjut,coz rujukan byk dlm bi

    BalasPadam
  2. Assalm. Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana penulisan blog anda membantu pembelajaran saya. Selain mempunyai input yang berguna.

    BalasPadam

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda