Khamis, November 04, 2010

ANALISIS TEMPORAL AKSI SERVIS SILA DAN SERVIS KUDA DALAM SEPAK TAKRAW

Oleh
BORHANNUDIN BIN ABDULLAH
Universiti Putra Malaysia

Servis kuda ialah teknik servis yang baru dalam sukan sepak takraw. Teknik
servis ini diperkenalkan di peringkat antarabangsa oleh pasukan Thailand pada
tahun 1995. Servis kuda dilakukan dengan aksi plantar fleksi kaki dan bahagian
kekura kaki ketika fasa kontek bola-kaki. Bahagian anatomi kaki tersebut
memberi permukaan kontek yang lebih luas berbanding permukaan kontek servis
sila tradisi kepada sukan sepak takraw. Secara teknikal, mekanik servis kuda
memberi kelebihan respon dalam aspek-aspek kestabilan kontek bola-kaki dan
halaju bola pascakontek.

Kajian ini bertujuan membandingkan ciri-ciri kinematik servis kuda dengan servis
sila melalui analisis video fasa-fasa temporal berikut :(i) fasa prakontek, (ii) fasa kontek dan (iii) fasa pascakontek. Fasa prakontek
melibatkan aksi pengumpan memegang bola dalam keadaan statik serta aksi
tekong dalam keadaan sedia untuk menerima umpanan bola. Fasa kontek
bermula sebaik sahaja bola dilepaskan daripada tangan pengumpan sehingga
berlaku kontek bola-kaki oleh pemain tekong. Fasa pascakontek pula
merangkumi pergerakan bola melepasi kaki tekong sehingga ke pemain
penerima pasukan lawan. Parameter respon yang utama dalam fasa ini adalah
halaju bola yang diservis oleh tekong. Selain tujuan yang disebutkan, kajian ini
turut meninjau ciri-ciri temporal servis ace dan servis laju bagi kedua-dua teknik
servis kuda dan servis sila. 


Data kinematik bagi kajian ini diproses daripada rakaman video pertandingan
sepak takraw semasa temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2001. Daripada data
tersebut, analisis temporal dua-dimensi dilakukan dengan bantuan perisian
ADOBE PREMIERE. Fokus utama analisis temporal adalah terhadap masa
pergerakan bagi setiap aksi utama berdasarkan fasa-fasa temporal yang telah
ditetapkan.

 
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa perbezaan signifikan ciri-ciri temporal
servis kuda dan servis sila adalah semasa perlakuan fasa prakontek
[F (1,18) = 4.946; p < .05] dan fasa kontek [F (1,18) = 73.042; p < .05].
v
Perbandingan ciri-ciri temporal bagi fasa pascakontek untuk kedua-dua teknik
servis tersebut tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Perbandingan ciri
temporal antara servis laju dan servis ace bagi kedua-dua servis kuda dan servis
sila juga tidak menunjukkan perbezaan signifikan untuk fasa-fasa prakontek,
kontek dan pascakontek.

 
Kesimpulannya, perbezaan temporal yang wujud antara teknik servis kuda dan
servis sila adalah terbatas kepada mekanik persiapan servis sahaja. Dalam
aspek servis ace dan servis laju bagi kedua-dua teknik servis tersebut,
perbezaan hasil aksi didapati disebabkan oleh ciri-ciri temporal servis.kebolehan
prestasi yang berpotensi menyebabkan perbezaan antara servis kuda dan servis
sila ialah kekangan persepsi. Bagi menguji andaian tersebut, beberapa
cadangan bagi mempertingkatkan tahap penyelidikan dalam bidang ini turut
dibincangkan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda