Khamis, Januari 20, 2011

LAWAK HARI THAIPUSAM............bilik Hotel.



Seorang pelancong singgah di sebuah hotel pada tengah malam. Pelancong itu meminta pekerja hotel memberikannya sebuah bilik katil single.

Tiba-tiba pelancong itu terlihat seorang gadis cantik dan seksi di lobi hotel. Dia meminta diri dari pekerja hotel untuk bertemu gadis tersebut. Setelah beberapa minit, pelancong itu datang bersama gadis cantik dan seksi dalam dakapannya.

"Saya sungguh gembira bertemu isteri saya di sini," katanya kepada pekerja hotel. "Saya nak bilik katil queen size".

Keesokannya, pelancong tersebut pergi ke kuanter untuk membayar sewa hotelnya. Dia sunnguh terkejut kerana sewa hotel itu sebanyak RM3000. Dengan perasaan marah dia berteriak. "Baru 1 malam aku di sini, kenapa terlalu mahal?".

"Betul, tuan baru 1 malam, tetapi isteri tuan sudah 7 malam menyewa di sini", kata pekerja hotel kepada pelancong. Dengan perasaan malu, pelancong itu membayar menggunakan kad kreditnya.


Sepak takraw kembali kepada kiraan 15 mata

 sumber Utusan Malaysia  20/01/2011

APAKAH PANDANGAN ANDA UNTUK NEGARA ADAKAH BAIK ATAU TIDAK ..? ATAU HANYA BAIK UNTUK NEGARA LUAR.?

KUALA LUMPUR - Kiraan 21 mata dikembalikan kepada 15 mata, servis tiga kali berturut-turut walaupun tanpa mata dan tiga set mampu diheret menjadi lima set ialah antara ciri-ciri wajah baru permainan sepak takraw di seluruh dunia dalam tempoh 60 hari akan datang.
Malah garisan tengah di bawah jaring juga bakal bebas dipijak pemain ketika permainan sekali gus tidak lagi membatalkan mereka, menurut pindaan undang-undang permainan terbaru yang diluluskan Kongres Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) di Bangkok, Isnin lalu.
Timbalan Presiden I Istaf yang menghadiri mesyuarat Kongres itu, Datuk Ahmad Ismail berkata, sesebuah regu masih boleh diisytiharkan sebagai pemenang, sekiranya terlebih dulu memenangi tiga daripada lima set perlawanan yang ditetapkan.
"Sepak takraw akan kembali menggunakan kiraan 15 mata tetapi mata masih boleh dikutip mana-mana regu walaupun tanpa servis. Jika terikat 14-14 dalam sesebuah set, pemenangnya akan ditentukan dengan perbezaan dua mata selepas itu dan mata maksimum ialah 17.

Sabtu, Januari 15, 2011

LATIHAN BEBANAN UNTUK OTOT PERUT (SIX PACK ABDOMENT)

ABDOMENT SIX PACK
          Salah satu persoalan yang selalu ditanya bagaimana caranya agar perut dapat terlihat rata dan tidak terlihat gendut. Pertanyaan ini datang, selain  dari wanita, juga dari lelaki yang  sudah melakukan latihan dan otot tubuh yang lain sudah memperlihatkan hasil namun tidak demikian halnya dengan otot perut.
          Ada satu anggapan yang salah mengenai otot perut ini yang biasanya dialami oleh wanita. Banyak yang beranggapan bahawa jika kita kurus, makan sedikit mungkin dan tanpa bersenam, maka perut akan terlihat kecil dan baik. Namun adalah salah kenyataannya. 
         Memang jika  kita sangat kurus, perut terlihat cukup rata, namun jika kita makan agak banyak sedikit,  perut dilihat sedikit membuncit, sehinggakan  kita menjadi malas untuk makan yang tentunya tidak baik bagi kesihatan. Selain itu kita sering mendengar keluhan dari wanita yang tubuhnya sudah  kurus tapi tetap merasa gemuk,ini kerana perutnya kelihatan buncit setelah mengambil makanan.
        Sedangkan yang sering dialami oleh para lelaki pula adalah mereka sudah berlatih dengan baik  dan otot tubuh yang lain sudah menunjukkan hasil dengan bertambah besar dan kuat namun otot perut masih tetap terlihat gemuk dan tidak menarik. Untuk otot tubuh yang lain seperti dada, lengan, kaki, bahu, dan lain-lain, jika dilatih dengan bersungguh-sungguh dan kandungan  protein mencukupi maka otot akan berkembang dan penampilannya jadi lebih baik. Namun bagi otot perut tetap terlihat dan sebaiknya seseorang harus terlebih dahulu memiliki tahap kandungan lemak  yang rendah. Jika lemak badan  masih tinggi, berapapun latihan yang anda lakukan untuk otot perut adalah sukar untuk menunjukkan hasil.
       

Selasa, Januari 11, 2011

LAWAK TAHUN BARU..........2011


Cerita ini tidak ada kena mengena dengan manusia atau lalat yang masih hidup ataupun sudah mati.

Satu hari Zambry minum di satu warung orang asli di negeri Perak..

Zambry: Abang bagi kopi satu

Orang asli: Siapp..

Tiba-tiba Zambry ternampak seekor lalat kat dalam cawan kopi tu..apalagi Zambry pun komplen laaa

Zambry: Bang.. mari sini tengok dlm kopi ni ada lalat...macam mana ni...??

Orang asli tu selamber jer menjawab "ALLO BANG BAYAR SATU RINGGIT TAKKAN MAU TARUK UDANG kut...".

KAH..KAH..KAH..........

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda