Ahad, Mei 08, 2011

HUKUM NEWTON DALAM BIOMEKANIK SUKAN

APLIKASI DAYA DALAM KEHIDUPAN
1.Menolak meja
2. Mengangkat baldi berisi air
3. Menyorong basikal
4. Membawa barang dengan kereta sorong
5. Berjalan
6. Menjentik wang syiling di atas kad
 
KONSEP UTAMA DALAM HUKUM NEWTON KETIGA
1.Duduk
Bila anda duduk di atas kerusi, tubuh anda akan menghasilkan/mengeluarkan daya tenaga ke arah bawah pada kerusi dan kerusi menghasilkan daya tenaga ke arah atas pada tubuh anda. Terdpt dua tenaga yg terhasil dari hubungan ini – daya tenaga pada kerusi dan juga tubuh badan.
Daya tenaga ini dipanggil daya tindakan dan tindakbalas

2. Berjalan
Semasa kita berjalan, kaki kita akan mengenakan daya ke atas lantai dan lantai akan bertindakbalas dalam keadaan yang sama tetapi bertentangan arah .
3. Berbasikal
Apabila kita membuat satu kayuhan, roda belakang basikal akan menolak kebelakang, oleh demikian ianya akan mendorong /menerjah basikal ke hadapan.
4. Pelancaran roket
Ketika roket dilancarkan, gas akan menolak roket ke atas dengan daya yang sama. Roket akan mengalami pecutan dan membolehkannya melepasi daya gerakan graviti bumi.
Aksi apabila gas disingkir keluar daripada enjin.
Reaksi apabila pergerakan roket pada arah bertentangan.
Untuk membolehkan roket terangkat daripada tapak pelancaran, aksi/tolakan daripada enjin mesti besar daripada berat atau heretan roket.

5. Gerakan burung
Burung menggunakan sayapnya untuk terbang. Sayap burung menolak angin ke bawah. Angin akan bertindakbalas menolak burung ke atas.

APLIKASI HUKUM NEWTON KETIGA DALAM SUKAN
1. Permainan sofball
Apabla seorang pemain sofbol menghayun�fbat�f dengan daya yang kuat, dia akan memutarkan anggota badan atasnya. Ini akan menghasilkan tork pada sekeliloing aksis menegak pemain tersebut(aksi).
Reaksinya, anggota tubuh bawah akan berputar disekeliling aksis menegak pada arah yang bertentangan jika pemain tidak kukuh dirinya di atas padang.
Pada kebiasaannya, pemain akan berpijak kukuh pada padang. Oleh itu, tork dipindahkan dari anggota atas badan dialihkan kepada ke padang yang mana bumi akan memindahkan tork yang sama magnitudnya dan arah yang bertentangan ke atas kasut pemain.

2. Fasa Penerbangan Lompat Jauh.
Pada masa fasa penerbangan. Kedudukan athlit akan berubah. Apabila athlit menghayun kaki ke arah hadapan atas(ikut pusingan jam), ini bermakna daya ‘aksi’ telah dikenakan pada bahagian badan yang lain. Bahagian badannya yang lain itu akan kenakan pula daya ‘Reaksi’ yang sama magnitud dan berlawanan arah dengan daya ‘aksi’ kepada kaki. Ini menyebabkan bahagian badan yang lain bergerak ke arah hadapan. (ikut pusingan jam).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda