Anaerobik alaktik (ATP-PC)
Aktiviti yang melibatkan masa yang singkat dan berintensiti tinggi seperti lari pecut 100 meter dan berenang 25 meter memerlukan tenaga serta merta yang dibekalkan daripada penguraian Adinosina Trifosfat (ATP) dan Fosfokreatin (PC). Ia juga dikenali sebagai sistem fosfagen. Hasil akhir pemecahan ini ialah Kreatin (C) dan fosfat bukan organik (Pi). Tenaga yang terhasil daripada pemecahan PC di sintesis semula bagi menghasilkan ATP. Jumlah ATP yang dapat disimpan di dalam otot adalah sedikit mengakibatkan pengurangan tenaga berlaku dengan cepat apabila aktiviti yang berintensiti tinggi dilakukan. Simpanan ATP pada otot rangka adalah sedikit. Simpanan ini akan berkurangan dengan cepat apabila aktiviti berintensiti tinggi dilakukan. Tenaga hanya boleh dibekalkan bagi tempoh 10 saat.
Rajah 3.4: Sistem ATP-PC
(Sumber: Mike Walden (2009))
Tiada ulasan:
Catat Ulasan