Ahad, Mei 15, 2011

kelesuan otot,glikolisis,kitaran kreb dan pengankutan elektron..

 

Rajah 3.6: Sistem Oksigen
(Sumber: Shergill (2008). “Health Mad”)

 
i.Kelesuan otot.
merujuk kepada kemerosotan kapasiti otot meregang dengan stimulasi yang berulang. Keadaan ini menyebabkan prestasi individu menurun. Perbincangan tentang kelesuan memberi tumpuan kepada:
i.Sistem tenaga (ATP-PC, glikolisis dan pengoksidanan)
ii.Pengumpulan hasil sampingan metabolik
iii.Sistem saraf
iv.Mekanisme kegagalan penguncupan gentian

ii. Glikolisis
Mekanisme proses glikolisis boleh berlaku secara anaerobik dan aerobik. Tindakan kimia sama yang berlaku tetapi hasil sampingan ini yang membezakan proses yang berlaku secara anaerobik dan aerobik. Dalam glikolisis anaerobik, asid piruvik bertukar menjadi asid laktik.
 
iii. Kitaran kreb
Merupakan siri tindakan kimia yang mengoksidakan sepenuhnya enzim Acetyl CoA. Pada akhir siri tindakan, dua mol ATP akan terbentuk dan karbohidrat akan dipecahkan ke bentuk karbon dan hidrogen. Karbon akan bergabung dengan oksigen untuk membentuk karbon dioksida. Karbon dioksida dinyahkan daripada sistem fisiologi menerusi sistem respiratori.
 
iv. Pengangkutan elektron
Hidrogen ialah unsur yang dibebaskan menerusi proses glikolisis dan Kitaran kreb. Hidrogen akan bergabung dengan dua koenzim yang dikenali sebagai NAD (nicotinamide adenine dinucleotide) dan FAD (flavin adenine dinucleotide). Enzim-enzim NAD dan FAD membawa atom hidrogen ke RPE. Pada rantaian ini, berlaku proses pemecahan hidrogen kepada elektron dan proton.Elektron pada RPE berfungsi untuk membolehkan proses fosforilasi adenosin dwifosfat (ADP) bagi membentuk ATP. Jumlah ATP yang boleh dijana daripada tindakan ini adalah 34 mol tetapi mekanisme penjanaan ATP berlaku tanpa had. Pada akhir proses RPE, ion-ion H+ akan bergabung dengan oksigen untuk membentuk air.
Proses ini bertujuan untuk mengelakkan pengasidan sel otot.Keadaan ini adalah sebab utama mengapa kelesuan otot yang dialami ketika melakukan aktiviti daya tahan tidak kronik seperti ketika melakukan aktiviti-aktiviti berasaskan kekuatan dan kuasa.

1 ulasan:

  1. penjelasan yg ringkas tetapi mmg memudahkan kefahaman.. TQ for d info...

    BalasPadam

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda