Sabtu, Julai 30, 2011

SENAMAN DAN PUASA

Senaman Dalam Bulan Puasa


PUASA memberi kesan yang baik terhadap keseluruhan sistem badan manusia terutama sistem penghadaman. Secara amnya, berpuasa dapat memberi kesan terhadap sistem tubuh badan, minda serta psikologi dan rohani. Tubuh badan kita sentiasa terdedah kepada bahaya toksin atau radikal bebas yang menjadi faktor kepada jangkitan penyakit atau kecederaan. Tabiat pemakanan yang tidak berkhasiat, pencemaran alam sekitar dan tekanan dalam menjalani kehidupan seharian menyebabkan banyak toksin berkumpul di dalam badan. Justeru itu, dengan berpuasa dapat merehatkan sistem organ dalaman, mengekalkan serta menyeimbangkan sistem hormon, metabolisma dan sistem saraf.
 chest-exercises-20
 

PUASA DAN MAKANAN

Puasa sebagai suatu latihan rohani yang menyebabkan rasa letih lesu dan dahaga, mengubahkan tabiat tidur dan makan kita sebulan lamanya. Bukan mudah hendak melakukannya, tetapi amat manis apabila dapat dilaksanakan dengan sempurna.Sebenarnya dari segi kesihatan badan, puasa yang diamalkan selama kira-kira 14 jam sehari ada banyak manfaatnya.Apabila kita menahan diri daripada makan dan minum, anggota badan yang terbabit dengan penghadaman dapat kerehatan.Sel badan juga dapat mengeluarkan bahan buangan dengan lebih baik sebab dibebaskan daripada proses perkumuhan bahan makanan. Pemecahan lemak yang berlaku mengeluarkan toksin yang terperangkap dalam lemak.

Untuk mendapat manfaat maksimum, kita perlu penuhi beberapa syarat:

Sistem pembuangan najis perlu berfungsi dengan baik dan tidak boleh sembelit.Kalau sembelit sebelum mulakan puasa, ini akan menyebabkan proses perkumuhan dan pembuangan toksin yang berlaku dalam hati tidak cekap. Seterusnya, sel badan tidak akan dapat membuang sisa perkumuhan dengan baik, maka badan akan simpan segala toksin yang mengakibatkan sakit kepala, mulut berbau, lenguh badan dan lesu.
 

Jumaat, Julai 08, 2011

sosiologi sukan 3 WANITA DAN SUKAN

WANITA DAN SUKAN

Peranan gender dalam masyarakat
1.1 Isu gender, konflik peranan,persamaan taraf
- tiada masa
Ø- Masalah pengangkutan
Ø- Bimbang untuk berada diluar rumah apabila malam
Ø- Kekurangan duit sendiri
Ø- Halangan budaya kerana kerja
Ø- Kurang yakin pada diri sendiri
Ø- Imej diri
Ø- Kepercayaan negatif terhadap diri
Ø- Kurang mendapat dorongan
Ø- Pakaian dan peralatan yang diperlukan
Ø- Kawalan sosial
Ø- Hal-hal agama dan bangsa


b. Perkembangan Penyertaan Wanita Dalam Sukan

- sekolah-
- kebangsaan
- antarabangsa

c. Sumbangan Wanita Dalam Perkembangan Sukan

- penyokong
- atlet
- pegawai
- jurulatih
- pemasaran perniagaan
- kerjaya

Sukan Dan Ekonomi
Peranan sukan dalam peningkatan ekonomi
- penganjuran sukan
- tajaan
- hak siaran
- sportbiz
- penghasilan produk sukan.

sosiologi sukan 2

KONSEP ASAS KESUKANAN
  •  Main :
Menyatukan dugaan dan harapan seseorang melalui tindakannya semasa sukan. Bermain menggambarkan keadaan dalam fikiran dan perasaan hasil daripada penglibatan dalam sukan.
  • Permainan :
Merujuk reka bentuk struktur, dan format sesuatu aktiviti sukan. Komponen-komponen ini meliputi peraturan, strategi, kemudahan dan peralatan sukan.
 
  • Sukan :
Merujuk cara atau gaya tindakan dalam sukan. Koperatif (saling bekerjasama) dan kompetitif (sifat pertandingan) merupakan tingkah laku asas manusia yang biasa timbul semasa mereka berinteraksi. Kedua-duanya merupakan pengalaman yang diperoleh semasa bersukan walaupun mungkin satu daripadanya lebih dirasai daripada satu lagi.
Kepentingan Sukan Dr Sudut Sosial.
1. Penglibatan penonton dan penyertaan
  • Penyokong
  • Sumber pendapatan

2. Impak ekonomi
  • Perniagaan yang memberi keuntungan
  • Penganjuran

3. Budaya
  • Budaya bersukan  
  • Masyarakat sihat dan cergas

4. Integrasi kaum
  • Sukan untuk semua
  • Sukan prestasi tinggi dan sukan Massa

sosiologi Sukan

2.1 Pengenalan sosiologi sukan

a.Definisi :

Kajian saintifik tentang struktur dan proses sosial dalam masyarakat.

b.Saintifik :

sesuatu yang teratur,empirikal(dalam sains dan metode ilmiah,
empiris bererti suatu keadaan yang bergantung pada bukti atau konsekuensi
yang teramati oleh indera. Data empiris
berarti data yang dihasilkan dari percobaan atau pengamatan.
Dalam statistika, kuantitas
"empiris" berarti nilai-nilai yang berasal dari pengamatan atau percobaan. Nilai
ini berlawanan arti dengan kuantitas "teoretis" yang diturunkan dari analisis
teoretis)
, sistematik serta mengambil kira isu berkaitan validiti dan reliabiliti kaedah kajian yang digunakan

c.struktur :

suatu organisasi yang wujud dalam masyarakat mikro dan makro seperti individu, seorang pelajar, seorang atlit dan seorang guru. Makro pula kumpulan pelajar atau satu unit pasukan.

e.proses :

interaksi yang berlaku antara individu dan kumpulan dalam masyarakat dalam bentuk komunikasi, konflik, komersialisasi, birokratik, sosialisasi,proses mengistitutsikan dan yang lain berkaitan.

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda