CARA BERMAIN
Pasukan
bola baling dimainkan antara dua pasukan. Setiap pasukan mengandungi 6
pemain gelanggang dan seorang penjaga gol serta 5 orang pemain ganti.
Objektif permainan ini ialah menjaring seberapa banyak gol ke dalam gol
lawan dalam masa yang ditetapkan dalam pertandingan itu.
Tiang
gol permainan bola baling berukuran 2 meter tinggi dan 3 meter lebar.
Masa permainan untuk kumpulan umur 16 tahun ke atas ialah 30 minit untuk
setiap separuh masa dengan masa rehat sebanyak 10 minit. Untuk kumpulan
12 hingga 16 tahun, masa permainan adalah 25 minit untuk setiap separuh
masa dan 10 minit rehat. Untuk kumpulan umur 8 hingga 12 tahun, masa
permainan adalah 20 minit untuk setiap separuh masa dan 10 minit rehat.
Bola
Baling Mini diperkenalkan kepada budak-budak bawah 8 tahun. Masa
permainan ialah 10 atau 15 minit setiap separuh masa dengan masa rehat
10 minit.
Permainan
ini akan dimula dengan mementing duit syiling untuk menentukan pasukan
memulakan permainan. Masa permainan ini bermula denga tiupan wisel
pengadil dan berterusan sehingga atas budi bicara pengadil bagi
insiden-insiden seperti kecederaan dan “team time out”.
Pasukan
yang menjaring gol yang paling banyak akan dikira pemenang. Pasukan
pertahanan akan membuat satu benteng untuk menghadang segala percubaan
gol di luar garisan 6 meter.
Hanya penjaga gol dibenar berada di dalam kawasan gol manakala semua pemain gelanggang berada di luar garisan 6 meter .
Pemain dibenarkan menghadang tanpa merokok, memegang atau membahayakan pihak lawan dengan apa jua cara pun.
Kekasaran
pemain akan diberi amaran atau 2 minit penggantungan atau dibatalkan
penyertaan seterusnya. Satu pasukan penyerang mengandungi 3 pemain
belakang, 2 pemain sayap dan seorang “pivot”.
Pemain
dibenarkan bergerak 3 langkah dengan bola sebelum atau selepas
melantunkan bola. Apabila pemain tidak bergerak, ia dibenarkan memegang
bola dalam masa 3 saat sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan