Sabtu, Jun 15, 2013

Faktor penglibatan murid dalam sukan

Faktor Persekitaran Yang Mempengaruhi Penglibatan Murid-Murid

Perkembangan dan tingkah laku individu boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Banyak kajian-kajian telah dibuat mengenai perkembangan dan tingkah laku individu yang dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Rahil dan Habibah (2002) yang memetik pernyataan Penteori behaviorisme, Watson (1878-1958), iaitu:
“Give me a dozen healthy infants, well-formed, and in my own special world to bring them up in and I’ll guarantee to take any one at random and train him to become any type of specialist I might select – doctor, lawyer, artist, merchant, chief, and yes, even beggarman and thief, regardless of his talents, penchants, tendencies, abilities, vocations and race of his ancestors.......”.
Mengikut teori ekologi Bronfenbrenner, sistem yang paling dekat kepada perkembangan individu ialah mikrosistem. Mikrosistem seperti dijelaskan awal adalah faktor seperti keluarga, sekolah, rakan sebaya, kawasan kejiranan dan faktor agama dan budaya. Dalam laporan ini cuma akan menyentuh tiga faktor dari mikrosistem iaitu keluarga, sekolah dan rakan sebaya. Ini kerana ketiga-tiga faktor ini lebih dekat kepada perkembangan individu dalam konteks pendidikan amnya dan penglibatan dalam sukan bolasepak khasnya bagi murid-murid berumur 9 hingga 11 tahun di Sekolah Rendah Rimba I.

Teori Perkembangan Ekologi Bronfenbrenner 

Teori ekologi ini diasaskan oleh Urie Bronfenbrenner. Menurut beliau, persekitaran manusia berasas kepada hubungan dengan konteks di mana seseorang itu berinteraksi. Beliau mengelaskan beberapa sistem yang cenderung  mempengaruhi manusia kepada 5 sistem iaitu Mikrosistem, Mesosistem, Eksosistem, Makrosistem dan Kronosistem.

Pertama, mikrosistem merujuk kepada sistem yang paling hampir dengan seseorang individu. Jika dilihat dari Rajah 1, ianya terdiri daripada keluarga, sekolah, rakan sebaya, kawasan permainan kejiranan dan kumpulan agama. Kedua, mesosistem pula merujuk kepada hubungan seorang individu dengan individu yang lain dalam persekitaran dimana seseorang itu berkembang. Seterusnya, eksosistem ialah suatu persekitaran yang tidak melibatkan seseorang individu secara langsung tetapi sebarang kegiatan dan peristiwa yang berlaku didalamnya akan mempengaruhi individu dan keluarga tersebut. Manakala, makrosistem pula melibatkan persekitaran yang abstrak. Ianya merangkumi sistem kepercayaan dan ideologi yang mendukung sesuatu budaya. Akhirnya, kronosistem ialah pola peristiwa dan transisi yang berlaku dalam persekitaran individu sepanjang hayatnya.
Justeru itu, melalui teori perkembangan ekologi yang dikemukakan oleh Bronfenbrenner, kita dapat melihat bagaimana persekitaran itu boleh mempengaruhi perkembangan individu. John (2006) menjelaskan mengenai dengan teori ekologi Bronfenbrenner seperti berikut:
“Bronfenbrenner’s theory has gained popularity in recent years. It provides one of the few theoretical frameworks for systematically examining social contexts on both micro and macro levels, bridging gap between behavioral theories that focus on small settings and anthropological theories that analyze larger settings. His theory has been instrumental in calling attention to the importance of looking children’s lives in more than one setting. As we just saw, teachers often need to consider not just what goes around in the classroom but also what happens in students families, neighbourhoods and peer groups”.
   
Keluarga
John (2006) yang memetik dari Garbarino, Bradshaw, & Kostelny (2005) dan Luster & Okagaki (2005) menyatakan:
“Children grow up in diverse families. Some parents nurture and support their children. Others treat them harshly or ignore them. Some children have experienced their parents’ divorce. Others live their entire childhood in a never-divorced family. Others live in a stepfamily. Some children’s mothers and fathers work full-time and place them in after-school programs. Other children’s mothers or fathers are present when they come home from school. Some children grow up in an ethnically uniform neighbourhood, others in a neighbourhood that is more mixed. Some children’s families live in poverty; others are economically advantaged. Some children have siblings; others don’t. These varying circumstances affect children’s development and influence students in and beyond the classroom”.
Keluarga juga merupakan pengaruh awal yang hadir didalam perkembangan individu. Kehidupan keluarga termasuk stail keibubapaan, sosio-ekonomik keluarga dan adik-beradik. Melalui keluarga, individu dapat berdikari dan mencari identiti diri. (Rahil & Habibah, 2002)
Terdapat empat aspek dalam perhubungan ibu bapa yang terlibat dalam perkembangan individu iaitu minat dan penglibatan ibu bapa, kekuatan emosi dalam interaksi keluarga, ciri tingkah laku keluarga dan ciri autoriti ibu bapa.
            Menurut Rahil dan Habibah (2002) lagi, dalam kajian yang dijalankan oleh Elder (1980), individu memandang positif tentang dua stail keibubapaan iaitu ‘authoritative’ dan ‘equalitarian’. Ibu bapa ‘authoritative’ menggalakkan anak-anak melibatkan diri dalam perbincangan dan meminta pendapat mereka dalam membuat keputusan. Manakala ibu bapa ‘equilitarian’ pula cuba memberi remaja membuat keputusan yang saksama.
Dari segi sosio-ekonomik pula, keluarga yang dapat memberi dan menyediakan kemudahan, peralatan serta makanan yang berzat dan seimbang akan dapat membantu perkembangan individu. Mok Soon Sang (2001) menyatakan bahawa makanan berzat dan seimbang akan membantu kanak-kanak memperkembang jasmaninya dengan sempurna. Shahabudin, Mahani & Ramlah (2003) juga menyatakan kekurangan jenis-jenis makanan yang tertentu akan memberi kesan kepada pembentukan dan perkembangan jasmani seseorang.
Selain daripada itu, adik-beradik juga boleh mempengaruhi perkembangan individu. Menurut Mc Devitt (2004) yang memetik dari Barr (1999) menyatakan bahawa ‘Older siblings also serve as role models (e.g., for asking parents to buy something) and playmates for younger children’. Beliau juga memuatkan pernyataan dari kanak-kanak berumur 15 tahun yang bernama Robin yang menyatakan:
“My older brother is kind of like my Dad. He’s really nice to me… With my brother, I usually like to play sports. With my little brother, I always play video games with him. My little sister, we like to argue with each other”
Shaharuddin (2001) juga memetik dari Eccles & Harold (1991) dan Greendorfer (1992) menyatakan bahawa pengaruh saudara tua (abang dan kakak) turut mempengaruhi penglibatan dalam bidang sukan.
Daripada jawapan kaji selidik yang diterima didapati faktor keluarga mempengaruhi penglibatan murid-murid berumur 9 hingga 11 tahun di Sekolah Rendah Rimba I dalam sukan bolasepak. Sebanyak 94% murid menyatakan bahawa bapa mereka menggalakkan mereka untuk melibatkan diri dalam sukan bolasepak. Sebanyak 76.5% bapa pula memberi respons bahawa mereka menggalakkan anak mereka melibatkan diri dalam sukan bolasepak dan 36% menghantar anak mereka untuk mengikuti skim bolasepak dan menyediakan peralatan dan kemudahan yang diperlukan. Sebanyak 74% murid-murid menyatakan bahawa mereka bermain bolasepak di kawasan rumah. Selain itu, sebanyak 86% murid-murid memberi respons bahawa penglibatan mereka dalam bolasepak adalah kerana mengikut jejak adik-beradik mereka.

Sekolah 

  Faktor sekolah dan persekolahan juga memberi sumbangan terhadap pembentukan dan perkembangan individu. Selain daripada menerima pengetahuan dan pengajaran, sekolah adalah institusi yang berfungsi sebagai pemberi pendidikan yang menyentuh aspek nilai-nilai murni. Di sekolah seseorang individu dapat membentuk disiplin dan sikap bertanggungjawab. (Shahabudin, Mahani, & Ramlah, 2003)

            Selain itu, aktiviti-aktiviti ko-kurikulum juga membantu individu membentuk diri yang positif. Pentadbir sekolah yang berusaha untuk memberikan kemudahan pengajaran, pembelajaran dan prasarana yang kondusif akan dapat membantu proses perkembangan individu di sekolah.
            Rahil & Habibah (2002) pula menjelaskan bahawa sekolah memainkan peranan yang penting dalam perkembangan kanak-kanak kerana mereka banyak menghabiskan masa di sekolah, aktiviti gerak kerja kokurikulum dan menghabiskan  kerja tambahan sekolah. Selain itu, sekolah juga mendedahkan kanak-kanak kepada guru-guru yang menekankan bukan sahaja pencapaian akademik, motivasi untuk belajar, penguasaan kemahiran dan mempertingkatkan kemajuan tetapi juga sikap tanggungjawab, kepimpinan dan autoriti.
            Daripada pemerhatian dan kaji selidik yang dijalankan, faktor sekolah juga telah mempengaruhi murid-murid berumur 9 hingga 11 tahun di Sekolah Rendah Rimba I untuk melibatkan diri dalam sukan bolasepak. Pihak sekolah, melalui peruntukan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan telah menyediakan sebuah padang bolasepak dan  kawasan lapang untuk mengadakan latihan serta permainan bolasepak.
Bersesuaian dengan itu, guru-guru pendidikan jasmani di sekolah ini menyediakan pengajaran serta latihan-latihan yang menarik minat murid-murid dan juga memberikan motivasi kepada mereka.
Sebanyak 82% murid-murid menyatakan bahawa mereka berminat dalam sukan bolasepak kerana galakan guru-guru mereka dan kemudahan yang disediakan.

Rakan Sebaya

Shabudin, Mahani & Ramlah (2003) menjelaskan bahawa rakan sebaya adalah agen penting mempengaruhi pembentukan dan perkembangan individu kanak-kanak. Rakan sebaya yang mempunyai nilai-nilai positif seperti bekerjasama, tolong menolong dan saling bantu-membantu dapat membantu proses pembelajaran dan memberi kesan kepada perkembangan individu.
            Rahil & Habibah (2002) pula menyatakan rakan sebaya melibatkan kesamaan sosial iaitu dari segi umur, pematangan, latar belakang dan suka bersama dalam pelbagai aktiviti dan matlamat. Menurut mereka lagi, rakan sebaya juga menyumbang kepada sosialisasi dengan menguji bakat seperti kebolehan sukan, keberanian, kepimpinan, kepopularan dan kecantikan fizikal. Mereka juga membahagikan rakan sebaya kepada dua jenis kumpulan iaitu click dan crowd.
Click merupakan satu kumpulan yang rapat, yang mengandungi sekurang-kurangnya enam rakan. Mereka melibatkan diri dalam aktiviti yang dikongsikan bersama dan keahlian dalam click membenarkan persahabatan yang dipilih dimana mereka sangat akrab dan berkongsi minat dan aktiviti seperti muzik, sukan, bercakap dan rupa fizikal.
Manakala crowd mengandungi 15 hingga 30 orang. Biasanya ianya terdiri dari 2 hingga 4 kumpulan click dalam persatuan tidak formal dan selalunya merupakan kelab, persatuan dan organisasi sukan.
Selain itu, Mok Soon Sang (2001) menjelaskan, pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial kanak-kanak. Kanak-kanak yang bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap maksimum.
Shaharuddin (2001), pula berpendapat bahawa pengaruh rakan sebaya dapat memberi ruang untuk merasai kegembiraan bersama rakan-rakan apabila berjaya mempelajari sesuatu kemahiran yang baru atau berjaya menguasai serta melakukan kemahiran dengan jayanya.
Sehubungan dengan itu, melihat dari respons yang diberikan dalam kaji selidik, didapati bahawa rakan sebaya juga memainkan peranan yang besar dalam penglibatan murid-murid berumur 9 hingga 11 dalam sukan bolasepak. Sebanyak 83 % respons yang diberikan menyatakan bahawa mereka melibatkan diri dalam sukan bolasepak kerana mengikut rakan sebaya yang juga terlibat dalam sukan tersebut.
Respons yang diberikan sesuai dengan penyataan oleh Shaharuddin (2001) iaitu diantara sebab-sebab individu melibatkan diri dalam sukan ialah untuk bersama dengan rakan dan menjalin persahabatan dengan rakan baru. Mereka belajar tentang persekitaran, bersosialisasi dan berinteraksi dengan orang lain dengan bermain.

            Sememangnya faktor keluarga, sekolah dan rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi penglibatan murid-murid berumur 9 hingga 11 tahun di Sekolah Rendah Rimba I dalam sukan bolasepak. Ini dapat dilihat daripada dapatan daripada hasil kaji selidik yang banyak menjurus kepada pernyataan bahawa ketiga-tiga faktor di atas saling berhubung kait dalam penglibatan mereka dalam sukan bolasepak. Ini juga selaras dengan kajian-kajian yang menyatakan bahawa persekitaran juga mempengaruhi perkembangan individu terutama dalam pembelajaran. Oleh itu, perkembangan dan penglibatan individu itu boleh dimanipulasi dengan menyediakan persekitaran yang boleh menyumbang kepada perkembangan samada ianya positif ataupun negatif. Kita juga perlu melihat pengaruh perkembangan individu dari pelbagai aspek dan teori ekologi Bronfenbrenner dapat membantu untuk kita lebih memahami pengaruh-pengaruh yang mempengaruhi perkembangan individu.


1 ulasan:

  1. ade x kesan terhadap permainan yang dapat mewujudkan nilai integrasi dan perpaduan dalam kalangan pelajar?harap dapat bantu saya.sekian terima kasih..

    BalasPadam

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda