Khamis, Disember 31, 2009

KEPENGADILAN BOLA SEPAK ( UNDANG-UNDANG 3 )

UNDANG-UNDANG 3 – BILANGAN PEMAIN

Pemain-pemain

Suatu perlawanan dimainkan oleh dua pasukan, setiap pasukan mengandungi tidak lebih sebelas pemain dan salah seorang menjadi penjaga gol. Suatu perlawanan tidak boleh dimulakan jika salah satu dari pasukan itu mempunyai kurang dari tujuh pemain.


Perlawanan-perlawanan Rasmi

Sehingga maksimum tiga pengganti boleh digunakan di dalam mana-mana perlawanan rasmi yang dianjurkan di bawah naungan FIFA, konfederasi atau persatuan kebangsaan.

Peraturan pertandingan mesti menyatakan bilangan pengganti yang boleh dinamakan, dari tiga hingga maksimum tujuh.


Perlawanan-perlawanan Lain

Untuk perlawanan pasukan A Kebangsaan, sehingga maksimum enam pengganti boleh digunakan.

Untuk semua perlawanan lain, bilangan penggantian lebih besar boleh digunakan dengan syarat:
• Pasukan-pasukan berkenaan mencapai persetujuan tentang bilangan maksimumnya;

• Pengadil diberitahu sebelum perlawanan

Jika pengadil tidak diberitahu, atau tiada persetujuan dicapai sebelum perlawanan, tidak lebih enam penggantian dibenarkan.


Semua Perlawanan

Untuk semua perlawanan nama pemain pengganti mestilah diserahkan kepada Pengadil sebelum permulaan perlawanan. Pengganti yang tidak dinamakan tidak boleh mengambil bahagian di dalam perlawanan tersebut.




KEPENGADILAN BOLA SEPAK ( UNDANG-UNDANG 2)

UNDANG-UNDANG 2 – BOLA

Kualiti dan Ukuran

Bola
• berbentuk sfera
• diperbuat daripada kulit atau bahan-bahan lain yang sesuai
• lilitannya tidak lebih dari 70 cm (28 inci) dan tidak kurang dari 68 cm (27 inci)
• beratnya tidak lebih dari 450 g (16 auns) dan tidak kurang dari 410 g (14 auns) pada permulaan permainan.
• tekanan udara bersamaan dengan 0.6 – 1.1 atmosfera (600 – 1100 gram/sm2) pada paras laut (8.5 paun/in2 – 15.6 paun/in2).


Penggantian Bola yang Rosak

Jika bola pecah atau rosak semasa perlawanan:
• perlawanan diberhentikan
• perlawanan dimulakan semula dengan jatuhan bola di tempat mana bola mula bocor atau rosak (rujuk Undang-undang 8-Keadaan Tertentu).

Jika bola pecah atau rosak ketika di luar permainan semasa sepak mula, sepakan gol, sepakan penjuru, sepakan percuma, sepakan penalti atau lontaran ke dalam:
• perlawanan dimulakan semula seperti sepatutnya.

Bola tidak boleh ditukar-ganti semasa perlawanan tanpa kebenaran Pengadil.



Rabu, Disember 30, 2009

KURSUS KEPENGADILAN BOLA SEPAK GRED 3 FAM / FIFA ( UNDANG UNDANG 1)

UNDANG -UNDANG DAN PERATURAN

UNDANG-UNDANG 1 – PADANG PERMAINAN

Permukaan Padang

Perlawanan boleh dimainkan di atas permukaan semulajadi atau artifisal mengikut peraturan pertandingan.

Warna permukaan artifisal mesti berwarna hijau.

Bagi permukaan semulajadi yang digunakan sama ada untuk perlawanan pertandingan antara pasukan yang mewakili ahli-ahli persatuan yang bergabung dengan FIFA atau perlawanan pertandingan kelab antarabangsa, permukaannya mesti memenuhi kehendak ‘FIFA Quality Concept for Artificial Turf’ atau ‘ International Artificial Turf Standard’ kecuali persetujuan khas diberi oleh FIFA.


Tanda-tanda Padang

Padang permainan mestilah berbentuk segi empat tepat dan ditanda dengan garisan. Garisan-garisan ini adalah sebahagian dari kawasan yang diliputinya sebagai sempadan.

Dua garisan sempadan yang panjang adalah garisan tepi. Dua garisan yang pendek adalah garisan gol.

Padang permainan dibahagikan kepada dua bahagian oleh garisan tengah yang bersambung di pertengahan antara dua garisan tepi.

Pusat padang hendaklah ditanda di pertengahan garisan tengah. Satu bulatan berjejari 9.15 meter (10 ela) ditanda mengelilinginya.

Semua garisan tidak melebihi 12 sentimeter (5 inci) lebarnya.

Ukuran

Garisan tepi hendaklah lebih panjang dari garisan gol.

Panjang (garisan tepi): minimum 90m (100 ela)
Maksimum 120m (130 ela)

Lebar (garisan gol): minimum 45m (50 ela)
maksimum 90m (100 ela)

Semua garisan mestilah sama lebarnya dan tidak melebihi 12 sentimeter (5 inci) lebarnya.


Perlawanan Antarabangsa

Panjang: minimum 100m (110 ela) maksimum 110m (120 ela)

Lebar: minimum 64m (70 ela)
maksimum 75m (80 ela)

Sabtu, Disember 26, 2009

KONFLIK DAN STRESS (pjk )

Terdapat dua faktor utama yang sering kali mengganggu kitaran hidup remaja,yang mana ia adalah berbeza antara remaja dengan remaja yang lain. Perbezaan ini pula di pengaruhi oleh pelbagai faktor samaada luaran ataupun dalaman contohnya masalah kewangan,emosi,sosial,ekonomi dan persekitaran.
PENGHARGAAN KENDIRI:  ia merupakan penilaian yang positif terhadap keupayaan dan potensi serta keterampilan diri sendidi , yang bermula dengan keyakian dan bangga dengan kebolehan diri. 

REKREASI PERKHEMAHAN (Bahagian 1)

Prosedur perkhemahan 
Berdasarkan manual perkhemahan 2010


PROSEDUR TETAP PERKHEMAHAN

A. Definisi Perkhemahan

Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan sebagainya. Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran anda. Sekiranya anda berkhemah secara individu atau berkumpulan, perhubungan rapat dengan alam semulajadi perlu anda utamakan.

B. Tujuan Perkhemahan
1. Meningkatkan ketakwaan kepada Tuhan.
2. Meningkatkan kecekapan dan kendiri.
3. Menghayati erti batasan kehidupan.
4. Memupuk semangat keberanian dan kreativiti.
5. Meningkatkan semangat kekitaan, bepersatuan dan disiplin.
6. Meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental.

C. Peringkat Prosedur Tetap.
Peringkat Prosedur Tetap terbahagi kepada tiga kategori:
1. Sebelum.
2. Semasa.
3. Selepas.

Rabu, Disember 16, 2009

KECEDERAAN DALAM SUKAN

Kecederaan Lutut dalam sukan


DENGAN adanya penekanan kepada sukan dan aktiviti lasak atau ekstrem, terdapat peningkatan dalam insiden kecederaan yang berkait rapat dengan sukan, baik bagi pemain profesional mahupun yang bermain secara sosial.

Kita dapat lihat padang bola sepak, lapangan futsal, taman ekstrem dan gelanggang- gelanggang tertutup bagi permainan badminton, bola keranjang, sepaktakraw dan sebagainya yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan.Maka tidak hairanlah terdapat peningkatan dengan jumlah kecederaan sukan. Tidak hairanlah kebanyakan pesakit adalah terdiri daripada golongan muda, namun golongan yang lebih tua tetapi aktif bersukan tidak terkecuali dari kecederaan ini.

Terdapat beberapa ligamen yang penting di dalam dan luar lutut seseorang yang diklasifikasikan kepada penstabil lutut statik dan penstabil lutut dinamik.
Ini termasuklah ligamen krusiat anterior/ depan (ACL), ligamen krusiat posterior (PCL), ligamen kolateral lateral (LCL), ligamen kolateral medial/tengah (MCL), kompleks lateral posterior (PLC) dan meniskus lateral dan medial yang mana semuanya dikategorikan sebagai penstabil lutut statik.Penstabil lutut dinamik adalah otot-otot yang terdapat di sekeliling lutut yang turut berfungsi sebagai penstabil lutut.


Terdapat banyak struktur di dalam lutut boleh mengalami kecederaan dan kerosakan tetapi artikel kali ini akan ditumpukan kepada kecederaan pada ACL sahaja yang paling kerap dialami oleh mereka yang akrif bersukan.Menurut Pakar Perunding Ortopedik/Trauma, Artroskopi dan Kecederaan Sukan, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Petaling Jaya, Selangor, Dr. Khaizatul Ezam Abu Bakar, ACL merupakan salah satu ligamen yang terdapat di dalam sendi lutut setiap individu.

Persoalannya sekarang, dengan wujudnya banyak penstabil lutut, apakah kecederaan pada ACL seseorang itu perlu dirawati?

Nak tahu jawapanya kita jumpa di bahagia yang kedua......



Selasa, Disember 08, 2009

KAEDAH EAR (Expired Air Resusitation) , ECC ( External Cardiac Compression ) dan CPR ( Cardio Pulmonary Resuscitation

EAR (Expired Air Resusitation)

1. Diaplikasikan sekiranya tiada pernafasan tetapi ada denyutan nadi.
2. Lakukan EAR supaya H2o dapat mengalir dalam salur darah.
3. Lakukan :
a. Dewasa - 12 hembusan seminit
b. Kanak-Kanak - 15 hembusan seminit
c. Bayi - 20 hembusan seminit

4. Periksa nadi mangsa selama 10 minit



PROSEDUR EAR

1. Mangsa dibaringkan terlentang
2. Bersihkan halangan dr mulut mangsa / salur pernafasan
3. Buka saluran udara:
a. Condongkan kepala mangsa ke belakang
b. Dagu didongakkan keatas

4. Picit hidung mangsa.
5. Tarik nafas sepenuhnya.
6. Letakkan bibir disekeliling mulut mangsa dengan rapat.
7. Tiub kedalam mulut mangsa sehingga dadanya terangkat.
8. Beri nafas pada kadar 12 hembusan seminit
9. Periksa nadi selama 10 (setiap 3 minit )

Ahad, Disember 06, 2009

Apa Itu DR ABC.

Situasi mangsa pengsan tidak bernafas

DR ABC.

1. Danger (Adakah anda dan mangsa berada dalam keadaan bahaya)
- Pastikan pembantu mula dan mangsa Bebrada dalam keadaan selamat, jika tidak selamat pindahkan mangsa.

2. Respon (Adakah mangsa sedar)
- Pastikan mangsa ada respon
- tepuk bahu, dan panggil mangsa.
- Minta bantuan – hubungi pihak hospital.

3. Air way (Adakah slur udara terbuka dan jelas)
- Periksa saluran pernafasan mangsa
- Baringkan mangsa dan buangkan segala benda asing di dalam mulut mangsa

4. Breathing (Adakah mangsa bernafas)
- periksa pernafasan mangsa
- 3 cara (pandang, lihat dengar dan rasa)
- pandang pergerakan dada
- dengar bunyi pernafasan mangsa.
- Rasa pernafasan dengan pipi.
- Jika tiada berikan 2 hembusan bantuan percuma.

5. Circulation (Adakah Terdapat denyutan nadi)
- periksa nadi pada bahagian :
- radial dan karotid.

OTAK DAN FUNGSI SETIAP BAHAGIA

Biarpun saiz nya terlalu kecil,Penciptaan otak membuktikan betapa besar nya kekuasaan ALLAH  yang maha Esa. dengan fungsi tersendiri...




ADAKAH KITA BERNAFAS DENGAN BETUL...

Apabila diberitahu bahawa ramai orang dewasa tidak bernafas dengan betul,
penulis terperanjat kerana berpendapat pernafasan antara tindakan di luar kawalan
yang berlaku secara semula jadi. Sebaliknya, bayi dan kanak-kanak melakukan teknik pernafasan yang betul.Baik si kecil atau orang dewasa, bukankah sama-sama bernafas melalui hidung,jadi di manakah bezanya? Jika diperhatikan, pernafasan bayi dan kanak-kanaksampai ke abdomen (perut) sedangkan pernafasan orang dewasa terhad hingga ke
dada saja.Saya teringat kata pensyarah saya, di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Profesor Madya Dr Jabbar Bin Johari, berkata untuk bernafas dengan betul ada caranya iaitu tarik nafas dalam-dalam hingga ke perut, iaitu perut akan ternaik sedikit dan bukan dada

Jika dada yang ternaik, bermakna teknik anda masih belum betul. Pada masa sama jika boleh, ‘kunci’ dubur (kemut) dan lepaskan nafas perlahan-lahan melalui hidung. Ulang teknik ini beberapa kali setiap pagi atau pada bila-bila masa. Latihan senaman pernafasan ini juga boleh dilakukan untuk mengurangkan tekanan, terutama ketika terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Pernafasan yang baik dan betul ada banyak manfaatnya. Ini sebabnya tai chi, yoga,meditasi, pelbagai jenis sukan, termasuk seni mempertahankan diri, sangat mementingkan teknik pernafasan supaya ia memberi kesan lebih baik kepada badan.


Khamis, Disember 03, 2009

SEKADAR MENCUIT HATI

SIAPA YANG LEBIH BERSIH

Pada suatu hari,seorang ulama menaiki kapal terbang kerana urusan kerjanya.Setibanya waktu solat,Dia pun masuk ke dalam tandas untuk mengambil wuduk.Tetapi tandas itu terlalu kecil jadi dia terpaksa membuka pintu tandas tersebut tetapi diperasan oleh seorang pramugari.

Pramugari: Pak cik tak boleh buat begitu kerana nanti sinki kotor.
Ulama :     ( Dengan suara yang lembut) berapa kali saudari mencuci muka sehari?
Pramugari: (Dengan muka yang angkuh) biasanya dua atau tiga kali sehari.
Ulama :    (Dengan muka yang rendah diri) saya mencuci kaki saya lima kali sehari.Ini bermakna kaki saya 
                  lebih bersih daripada muka saudari

Sekadar Renungan para guru....

ERTI SEBENAR GURU CEMERLANG
(Petikan ruangan forum Utusan Malaysia : Apa respon guru.)

SAYA merujuk kepada kenyataan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, yang menyarankan agar guru-guru menerima sahaja tugasan yang diberi kerana ia akan membentuk sikap bertanggungjawab dan dedikasi kepada tugas sebagai pendidik.

Sebagai guru, saya percaya semua guru bersetuju dengan pandangan beliau. Pendedahan kepada pelbagai bidang tugas memang satu nilai tambah kepada modal insan guru.


Namun begitu, saya berpendapat, sebagai Ketua Pengarah Pelajaran, beliau patut sudah mengetahui tentang bebanan tugas guru yang sudah menyebabkan hampir 80 peratus guru hilang fokus, masa dan tenaga yang sepatutnya ditumpukan kepada tugasan sebenar, iaitu mengajar di dalam kelas. Perkara ini jika berlarutan, kalau ditambah bilangan guru 10 kali ganda pun, tapi kalau semuanya hendak buat kerja pentadbiran, memang tidak berubah keadaan sekolah-sekolah kita.

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda