Jumaat, September 24, 2010

sos punca penyakit kronik


PENGGUNAAN sos secara berlebihan boleh menyebabkan penyakit kronik kepada pengguna. - Gambar hiasan 
 Memasak tanpa menggunakan sos perasa untuk menyedapkan masakan seolah-olah tidak lengkap bagi manusia zaman ini.

Sos tiram, kicap manis atau masin, sos tomato dan sos cili, misalnya, bukan sahaja menambah perasa tetapi juga membangkitkan selera penggemarnya.

Namun begitu, percaya atau tidak penggunaan penambah rasa seperti sos ke dalam masakan harian didakwa menjadi punca kepada 146 penyakit kronik.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa, kandungan gula yang terlalu tinggi di dalam kandungan setiap botol sos itu bertindak sebagai 'pembunuh senyap'.

Kajian CAP pada tahun lalu mendapati sebotol sos cili dan tomato daripada pelbagai jenama mengandungi sebanyak 25.9 sudu teh hingga 37.1 sudu teh gula.

Pegawai Pendidikan Pengguna CAP, N.V. Subbarow berkata, penggunaan tanpa kawalan bahan-bahan itu dengan mudah boleh menyebabkan penyakit diabetes, obesiti dan mempercepatkan proses penuaan.

1 ulasan:

  1. wah..ini xbley jd ni, dah la sy peminat ni satu sos cili..huhu..kena berhati2 dah lpas ni..apa2 pun, thanks atas maklumat yang dikongsi..harap2, banyak lahi maklumat yang boleh di kongsikn bersama..jangan lupe,melawat ke blogs saya jga=))

    BalasPadam

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda