Jumaat, September 24, 2010

Punca Ketidaksuburan Lelaki

Biasanya lelaki akan menyalahkan pasangannya, kononnya tidak memberikan mereka zuriat. Namun tahukah anda melalui kajian dan ujian kesuburan yang dibuat di antara pasangan suami isteri, didapati lelaki menjadi punca masalah. Pemeriksaan kesuburan antara kedua pasangan perlu dilakukan untuk mengenal pasti masalah sebenar. Suami seharusnya tidak berasa takut kerana masalah kesuburan mereka boleh diatasi sekiranya diberikan rawatan sempurna.
      Produksi sperma dikendalikan dalam pundi-pundi seminiferus dan memerlukan keadaan yang optimum. Ketidaksuburan yang mengganggu jentera produksi berpunca dari suhu yang tinggi, nikotin dari rokok, alkohol dari minuman keras, dadah, ubat-ubatan, sinaran ungu dan tekanan emosi.
      Masalah ini boleh berubah jika faktor-faktor tersebut dapat dielakkan. Jauhi minuman keras, berhenti merokok dan mendapatkan nasihat doktor jika emosi tertekan adalah jalan terbaik untuk memperbaiki kesuburan anda. Lelaki juga digalakkan mengamalkan gaya hidup sihat, selain pengambilan makanan sihat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
Sistem pertahanan badan mengeluarkan antibodi untuk menghapuskan kuman atau virus yang terdapat dalam tubuh manusia. Sebilangan kecil lelaki yang pernah mengalami gangguan pada bahagian buah zakar atau menjalani pemandulan, akan mengalami masalah produksi antibodi pada sel sperma.
Sperma yang dikeluarkan semasa persetubuhan akan
diletak antibodi dan secara tidak langsung akan      melemahkan sperma.  Ini akan menghalangnya bercantum dengan telur wanita. Masalah ini akan jadi lebih berat jika tahap antibodi sperma rendah.
Rawatan yang spesifik boleh diberikan untuk merendahkan tahap antibodi tadi seperti rawatan dengan ubat-ubatan yang boleh merendahkan tahap antibodi seperti 'corticosteroids' atau 'cortisone'. Masalah ini dialami oleh lebih kurang lima peratus daripada kes masalah kesuburan lelaki. 25 peratus daripadanya berjaya menghamilkan isteri selepas menerima rawatan.
Terdapat kes kesuburan lelaki dipercayai mempunyai kaitan dengan kekurangan hormon. Perkembangan sel sperma tertakluk kepada pengeluaran hormon kesuburan Follicular Stimulating Hormon dan Luteinsing Hormon yang optimum.
Doktor akan memberi suntikan hormon kepada lelaki yang mengalami kekurangan pengeluaran hormon tersebut. Dengan suntikan ini, tahap kesuburan akan meningkat dan isteri akan mencapai kehamilan. Kedua-dua hormon ini perlu diambil untuk jangka masa yang lama (tiga hingga 24 bulan) atau sehingga isteri didapati hamil.
Melalui kaedah ini, 50 peratus daripada kes kekurangan hormon ini berjaya mendapat anak selepas diberi suntikan. Manakala bakinya mungkin perlu menjalani kaedah-kaedah lain untuk meningkatkan lagi tahap kemungkinan mencapai kehamilan. Salah satu rawatan yang boleh membantu ialah Intrauterine   Inseminationmof  Washed Husbn Sperm (IUI) iaitu dengan menyuntik benih yang telah diproses ke dalam rahim dan kaedah bayi tabung uji (IVF). Cara ini boleh dijadikan alternatif jika suami mampu menghasilkan benih dan tidak mandul.
Terdapat juga kes ketidaksuburan ini disebabkan oleh bahagian saluran sperma tersekat. Beberapa faktor penyumbang kepada masalah ini ialah penyakit jangkitan kuman di bahagian salur sperma atau masalah semula jadi iaitu ketiadaan sebahagian salur sperma.
Penyakit paru-paru kembang turut berkaitan dengan masalah sekatan di bahagian salur sperma. Masalah ini boleh diatasi dengan pembedahan mencantumkan salur sperma. Untuk rawatan lanjut, pakar perubatan akan membantu merawat masalah ini terutamanya dalam kes kritikal seperti sekatan yang terlalu banyak.

1 ulasan:

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda