Memaparkan catatan dengan label seks. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label seks. Papar semua catatan

Selasa, Disember 14, 2010

Diabetes Mellitus

Apakah itu diabetes?
Diabetes adalah salah satu penyakit kronik dimana ianya merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara didunia. Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 1996 dimana di anggarkan 700,000 hingga 900,000 orang dewasa berumur 30 tahun keatas menghidapi diabetes atau terdapat 8 penghidap diabetes bagi setiap 100 orang dewasa.
Diabetes adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar. Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, dimana ia akan digunakan untuk bahan bakar.
Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi. 

Rabu, September 29, 2010

BOROI... Kerana Puas Seks? BETUL KE............




Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat
badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti
berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang
waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa
dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak
menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.
Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka
sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah
tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah
kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan
bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila
mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelaki
berkahwin dengan tujuan untuk makan di rumahï. Lelaki akan merasa selesa
setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah
bagi mereka untuk makan.

Jumaat, September 24, 2010

Punca Ketidaksuburan Lelaki

Biasanya lelaki akan menyalahkan pasangannya, kononnya tidak memberikan mereka zuriat. Namun tahukah anda melalui kajian dan ujian kesuburan yang dibuat di antara pasangan suami isteri, didapati lelaki menjadi punca masalah. Pemeriksaan kesuburan antara kedua pasangan perlu dilakukan untuk mengenal pasti masalah sebenar. Suami seharusnya tidak berasa takut kerana masalah kesuburan mereka boleh diatasi sekiranya diberikan rawatan sempurna.
      Produksi sperma dikendalikan dalam pundi-pundi seminiferus dan memerlukan keadaan yang optimum. Ketidaksuburan yang mengganggu jentera produksi berpunca dari suhu yang tinggi, nikotin dari rokok, alkohol dari minuman keras, dadah, ubat-ubatan, sinaran ungu dan tekanan emosi.
      Masalah ini boleh berubah jika faktor-faktor tersebut dapat dielakkan. Jauhi minuman keras, berhenti merokok dan mendapatkan nasihat doktor jika emosi tertekan adalah jalan terbaik untuk memperbaiki kesuburan anda. Lelaki juga digalakkan mengamalkan gaya hidup sihat, selain pengambilan makanan sihat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
Sistem pertahanan badan mengeluarkan antibodi untuk menghapuskan kuman atau virus yang terdapat dalam tubuh manusia. Sebilangan kecil lelaki yang pernah mengalami gangguan pada bahagian buah zakar atau menjalani pemandulan, akan mengalami masalah produksi antibodi pada sel sperma.

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda