Selasa, Disember 14, 2010

DADAH DAN SUKAN


Apakah isu-isu yang melibatkan dadah dan sukan?
  • Penggunaan dadah untuk meningkatkan tahap keupayaan sukan bukan sahaja menyebabkan kesan sampingan yang buruk tetapi boleh membawa maut kepada ahli-ahli sukan tahun demi tahun.
  • Dalam tahun 1967, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa telah bersetuju untuk mengharamkan atau menghadkan penggunaan sesetengah bahan atau kaedah yang boleh meningkatkan tahap keupayaan atlit.
  • Atlit berisiko disingkirkan dari menyertai pertandingan sekiranya didapati positif mengambil dadah terlarang melalui ujian secara rambang. Mereka juga akan merana akibat kesan dadah samada secara jangka pendek dan panjang.
Apakah maksud Dadah?
 
Dadah adalah merupakan sesuatu bahan (selain daripada makanan) yang apabila diambil, akan menyebabkan perubahan dalam badan. Jika perubahan itu memberi manfaat kepada badan, bahan ini disebut sebagai ubat. Sekiranya perubahan ini membawa keburukan kepada badan, ianya disebut sebagai racun.
Apakah 'doping'?
'Doping' adalah penggunaan bahan atau kaedah yang diharamkan untuk meningkatkan prestasi sukan oleh atlit.
'Doping' secara tidak sengaja berlaku apabila atlit mengambil ubat untuk merawat sesuatu penyakit dan tanpa disedari ubat berkenaan mengandungi bahan yang dilarang.
Atlit-atlit tertakluk kepada polisi melarang 'doping' dan bertanggungjawab untuk menyemak status bahan-bahan dan ubat-ubatan yang diambil.

Kenapa sesetengah bahan dan kaedah diharamkan?
Alasan diharamkan melibatkan beberapa isu:
  • Kesihatan - Banyak bahan boleh menyebabkan kesan yang tidak baik terhadap kesihatan jika tidak digunakan dengan betul. 
  •  
  • Etika - Di dalam sesetengah keadaan bahan-bahan dan kaedah-kaedah yang diharamkan boleh meningkatkan tahap keupayaan atlit melebihi tahap biasa. 
  •  
  • Undang-Undang - Sesetengah dadah adalah haram dan dengan itu penggunaannya adalah dilarang dalam sukan.
Apakah polisi penyalahgunaan drug dalam sukan di Malaysia?
Strategi yang diambil bertujuan untuk :
  • Pencegahan
  • Pembasmian :
    • Salah laku dan penyalahgunaan dadah
    • Sikap dan kebiasaan yang cenderung ke arah doping
  • Memantau :
    • Ujian doping di luar pertandingan
    • Parameter latihan dan tahap keupayaan
Langkah berjaga-jaga
Sebelum mengambil sebarang ubat, atlit perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor, pegawai sukan bertauliah dan pegawai pusat doping, jika ingin menyertai acara sukan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Ini adalah kerana terdapat banyak ubat yang boleh membawa kesan terhadap tahap keupayaan atlit. (Senarai komprehensif bahan yang dilarang boleh didapati daripada 'Prohibited List International Standard' pada tahun 2005 atau dengan melayari www.wada-ama.org.

Bahan-bahan dan kaedah-kaedah yang dilarang
Senarai bahan-bahan dan kaedah doping yang dilarang. Penggunaannya merupakan satu penipuan.
Jenis dan deskripsi
Kesan-kesan sampingan
Agen Anabolik
  • Steroid anabolik androgenik adalah merupakan hormon sintetik testosteron.

  • Agen ini sering didapati dari pasaran gelap/haram di gimnasium dan kelab kecergasan kerana untuk mendapatkannya perlu mempunyai preskripsi doktor.

  • Contoh:
    • Danazol (digunakan untuk mengurangkan bengkak di bahagian dada bagi lelaki)
    • Clenbuterol (agonis beta-2 yang digunakan meningkatkan tumbesaran haiwan).

  • Botak
  • Jerawat
  • Penambahan bulu di muka dan badan
  • Kerosakan hati
  • Bagi lelaki ciri-ciri perempuan lebih terserlah dan sebaliknya.
  • Perubahan 'mood'
  • Potensi untuk menyebabkan mandul
  • Kebanyakan steroid anabolik perlu disuntik, oleh itu pengguna terdedah kepada bahaya perkongsian jarum atau jarum yang tidak steril
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/teens/P8T1_drugandsport.jpg
  • Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan
Agonis Beta-2
  • Agonis beta-2 sering didapati pada ubat-ubatan asma
  • Hanya Salbutamol, Salmeterol dan Terbutaline dalam bentuk sedutan dibenarkan untuk rawatan dan pencegahan serangan asma

  • Tangan mengeletar
  • Pening
  • Berdebar-debar
Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan
Agen yang mempunyai aktiviti anti-estrogen
  • Agen ini digunakan secara haram, untuk mencegah kesan sampingan yang disebabkan oleh steriod anabolik, seperti pembesaran payudara

  • Contoh:
    • Tamoksifen (digunakan dalam rawatan kanser payudara dan kemandulan)
    • Clomifen (untuk kemandulan)

  • Muka merah dan panas
  • Perut tidak selesa
  • Bengkak
Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan
Diuretik dan agen 'samaran'
  • Agen samaran berpotensi melindung kehadiran bahan terlarang di dalam air kencing atau sampel lain. Contohnya: diuretik, probenesid dan pengembang plasma
  • Atlit selalunya menggunakan ubat diuretik untuk mengurangkan berat badan atau menyingkirkan steroid anabolik daripada badan
  • Contoh diuretik (ubat yang digunakan untuk menyingkirkan cecair badan) ialah furosemida dan amilorida
  • Contoh pengembang plasma adalah dekstran dan albumin

  • Dahaga
  • Penyahhidrat



Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan
Analog peptid dan hormon glikoprotin
  • Hormon ini bertindak dengan merangsang pertumbuhan, mempengaruhi kelakuan, mengubah kesan sensitiviti terhadap kesakitan dan kemahuan seks.

  • Bahan kimia yang mempunyai struktur yang sama dengan hormon ini (atau analog) akan memberi kesan yang sama.

  • Bahan-bahan yang terkandung dalam kumpulan ini adalah eritropoietin (EPO), hormon tumbesaran manusia, hormon korionik gonadotrofin (HCG) dan kortikotrofin.

  • Hormon tumbesaran digunakan untuk meningkatkan saiz dan kekuatan otot. Kesan sampingannya termasuklah:
    • Akromegali - pembesaran tangan, kaki dan muka.
    • Masalah otot dan sendi menyebabkan kesukaran menjalankan latihan
  • Diabetis (kencing manis)
  • Eritropoietin merangsang pembentukan sel darah merah
    • Ini akan menyebabkan peningkatan kelikatan darah dan boleh menyebabkan masalah peredaran darah (angin ahmar, serangan jantung).
Ubat perangsang
  • Kumpulan ini termasuklah
    • Amfetamin
    • Kafein (dalam kuantiti yang banyak).
    • beberapa kandungan aktif ramuan ubat selesema dan ubat demam seperti pseudoephedrin.
.
  • Kesan sampingan termasuk
    • Meningkatkan kadar denyutan jantung
    • Menjejas kebolehan badan untuk mengawal suhu badan.
Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan
Analgesik Narkotik.
  • Ini merupakan penahan sakit yang kuat dan kebanyakannya mengandungi bahan yang terlarang
    bukan sahaja untuk sukan.
  • Atlit cenderung menggunakan ubat-ubat sedemikian untuk menahan sakit daripada latihan intensif.
  • Contoh: kodein dan morfin.

  • Narkotik mempunyai potensi ketagihan.

Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan
Kaedah-kaedah yang dilarang
  • Menambahkan pertukaran oksigen
    • Doping darah dan penggunaan produk-produk sintetik yang boleh meningkatkan pengambilan dan penghantaran oksigen keseluruh tubuh.
  • Manipulasi Fizikal dan Bahan Kimia
    • Mengubah, atau cubaan mengubah dengan menggunakan bahan-bahan atau kaedah-kaedah yang mengubah ciri-ciri sampel untuk ujian doping.
  • Doping Genetik
    • Penggunaan gen dan/atau sel-sel bagi tujuan meningkatkan prestasi.

1 ulasan:

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda