Isnin, Mac 28, 2011

PADANG HOKI DAN KELENGKAPAN


 


    

RECTANGULAR PITCH

Padang hoki mempunyai bentuk dan saiz yang tetap dan semua tanda-tanda adalah ditentukan di dalam peraturan-peraturan. Padang hoki berbentuk segi empat bujur dengan 100 ela panjang dan 60 ela lebar. Garisan-garisan panjang dikenali sebagai garisan belakang atau garisan gol, kerana pintu gol diletakkan di atas garisan-garisan tersebut. 



Anda akan dapat perhatikan bahawa padang hoki dibahagikan kepada dua bahagian oleh garisan tengah dan setiap bahagian itu dibahagikan kepada dua oleh garisan 25 ela. Jadi, padang telah dibahagikan kepada empat sukuan.

Di atas kedua-dua garisan gol, garisan 25 ela dan garisan tengah, terdapat tanda-tanda yang dilukis 5 ela daripada luar garisan tepi di kedua-dua belah padang. Tanda-tanda ini adalah 2 ela panjang.

Juga terdapat satu tanda di atas padang untuk menunjukkan 16 ela daripada garisan gol. Tanda ini berukuran 12 inci dan terdapat di dalam padang permainan pada setiap garisan tepi dan selari dengan garisan belakang. 16 ela ini diukur dari bahagian dalam garisan belakang.

Di atas garisan belakang terdapat tanda-tanda khas yang digunakan untuk sudut-sudut penalti. Tanda-tanda ini panjangnya 12 inci bermula daripada garisan belakang ke dalam kawasan bermain. Tanda-tanda ini diletakkan 5 ela dan 10 ela di luar tepi tiang gol yang dekat sekali, di kedua-dua belah gol.

Satu titik untuk strok penalti ditandakan di depan setiap pintu gol. Titik tersebut mempunyai diameter 6 inci dan 7 ela jauh daripada garisan pintu gol.


PADANG HOKI: Bulatan Jaringan 

Satu garisan yang panjangnya 4 ela dilukis selari dan berjarak 16 ela daripada pintu gol. Garisan 16 ela itu diukur daripada sudut dalam bahagian depan tiang-tiang gol ke luar kawasan garisan 4 ela.

Gunakan tempat yang sama daripada tiang-tiang gol sebagai pusat dan 16 ela sebagai radius. Lukis dua suku bulatan daripada garisan 4 ela ke garisan gol. Ini menjadi bulatan jaringan juga dipanggil bulatan memukul atau kawasan D.

Tanda-tanda lain di bulatan pukulan termasuk garisan-garisan 5 ela dan 10 ela untuk sudut penalti dan titik untuk strok penalti yang telah dijelaskan dahulu.

PADANG HOKI: Tiang-Tiang Bendera

Empat tiang bendera di setiap sudut padang dan dipanggil bendera sudut. Tingginya 4 kaki minimum dan 5 kaki maksimum, dan diletakkan di luar sudut.


Tiang-tiang bendera juga diletakkan di setiap belah tengah padang pada jarak 1 ela di luar garisan-garisan tepi. Tiang-tiang bendera juga dicadangkan untuk garisan-garisan 25 ela.

PADANG HOKI: Pintu Gol

Setiap pasukan mempunyai satu pintu gol di tengah-tengah garisan gol. Pintu gol ini mengandungi dua tiang tegak, berjarak 4 ela dan disambung dengan sebatang tiang mendatar yang mempunyai ketinggian 7 kaki daripada tanah. Semua ukuran diambil daripada dalam. Tapak depan tiang gol akan menyentuh tepi luar garisan belakang.

Tiang-tiang tegak dan mendatar (crossbar) yang membentuk sebuah pintu gol mesti mempunyai ketebalan tidak lebih daripada 3 inci dan tidak kurang daripada 2 inci. Pintu gol mesti dicat warna putih.
Jaring-jaring diikat kukuh kepada tiang-tiang tegak dan tiang mendatar, dengan jarak dekat (tidak melebihi 6 inci) dan dipasangkan dengan kuat ke tanah di belakang gol. Jaring daripada "mesh' 1 inci - 1.5 inci dicadangkan.
Papan tepi dan papan belakang diletakkan di keliling kaki jaring gol dan berukuran setinggi 45 cm dan dicat dengan warna gelap. Papan-papan belakang, berjarak 4 kaki daripada gol dan 4 ela panjangnya.




  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda