Ahad, September 18, 2011

UNDANG-UNDANG PERMAINAN SEPAK TAKRAW BULATAN


1. GELANGGANG

1.1 Dibina dimana - mana kawasan lapang dan rata. berbentuk bulatan bergaris pusat 6m ( dinamakan Bulatan 6m ) dan hendaklah sekurang-kurangnya 3m jauh dari sebarang halangan.

1.2 Dalam Bulatan 6m ini dibina satu bulatan kecil bergarispusat 2m ( dinamakan Bulatan 2m ) dan hendaklah sama dengan pusat Bulatan 2m.

1.3 Semua garisan hendaklah mempunyai kelebaran tidak lebih dari 40mm.

1.4 Garisan Bulatan 6m hendaklah dibina DILUAR garispusatnya manakala garisan Bulatan 2m dibina DIDALAM garispusatnya.

2. BOLA.
2.1 Berbentuk bulat.

2.2 Beratnya hendaklah antara 170gm ke 180gm dan garis lilitnya diantara 0.42m ke 0.44m.

3. PEMAIN-PEMAIN.
3.1 Pemainan ini dimainkan oleh 6 orang pemain dengan 2 orang pemain gantian.

3.2 Gantian pemain hanya boleh dibuat sebelum permainan bagi sesuatu pusingan bermula.

4. PAKAIAN PEMAIN.

4.1 Semua pemain hendaklah memakai Jersi / T-Shirt, berseluar pendek dan berkasut getah.

4.2 Setiap Jersi / T-Shirt hendaklah bernombor dari 1 hingga 8 ( No. 7 dan 8 dikhaskan untuk pemain gentian ). Tinggi dan lebar nombor tersebut hendaklah diantara 10cm ke 15cm. Nombor-nombor ini hendaklah dilekatkan dihadapan dan belakang Jersi / T-Shirt.


5. KEDUDUKAN PEMAIN.
5.1 Sebelum membuat lambungan untuk memulakan permainan bagi setiap Pusingan,
semua pemain hendaklah berdiri didalam kawasan bulatan 6m mengarah kepusat
bulatan 2m. Susunan pemain dari yang bernombor 1 hingga 6 hendaklah mengikut arah pusingan jam.

5.2 Kedudukan yang sama hendaklah dikekalkan semasa pemainnan sedang berjalan

5.3 Pemain gantian hendaklah mengambil tempat pemain yang diganti.


6. CARA BERMAIN
6.1 Semua anggota badan kecuali tangan atau lengan boleh digunakan semasa pemain menerima atau menghantar bola.

6.2 Permainan dimulakan dengan lambungan bola tinggi melebihi paras kepala oleh
pemain No. 1 kepada pemain No. 3, No. 4 atau No. 5 dengan melalui dan melintasi kawasan bulatan 2m. Pemain yang menerima bola tersebut hendaklah menyepak kepada pemain lain kecuali pemain No. 1.

6.3 Setiap pemain hanya dibenarkan mengawal bola tidak melebihi Daripada 3
sentuhan berturut-turut dan pada sentuhan ketiga, bola tersebut hendaklah dihantar kepada pemain yang lain.

6.4 Pindahan atau hantaran bola daripada seorang pemain kepada pemain yang lain hendaklah melebihi paras kepala dengan melaui dan lelintasi bulatan 2m.

6.5 Permainan diberhentikan apabila berlaku perkara-perkara batal atau tempoh masa bagi sesuatu pusingan mencukupi.


7. PUSINGAN.

7.1 Setiap pasukan akan bermain dalam 3 pusingan dan satu lontaran/lambongan sahaja dibenarkan bagi setiap pusingan.


8. MASA.

8.1 Masa bermain untuk setiap pusingan ialah 10 minit.

8.2 Untuk menentukan masa bagi satu pusingan, wisel akan dibunyikan:-

8.2.1 Bunyi pertama menandakan permainan bermula.

8.2.2 Bunyi kedua menandakan permainan tamat.

8.3 Jika permainan diberhentikan disebabkan berlaku perkara-perkara batal, maka masa yang diperolehi akan direkodkan.

9. MATA.
9.1 Setiap satu sepakan atau sentuhan akan dikira 1 mata.

9.2 Mana-mana pasukan yang memperolehi mata paling tinggi hasil dari 3 pusingan akan dikira menang.

9.3 Jika mata kemenangan diperolehi sama, maka pasukan yang jumlah masa bermainnya lebih lama akan dikira sebagai pemenang.

9.4 Jika kaedah 9.3 masih sama, maka pasukan-pasukan berkenaan akan diberi peluang bermain masing-masing dengan 1 pusingan 5 minit.


10. PERKARA-PERKARA BATAL.
10.1 Tidak menyepak bola yang dilambong oleh pemain No. 1 sewaktu memulakan
permainan.

10.2 Pindahan atau hantaran bola tidak melalui dan melintasi kawasan Bulatan 2m.

10.3 Menyepak atau menyntuh bola lebih dari 3 sentuhan berturut-turut.


10.4 Menerima bola yang baru dipindahkan.

10.5 Sebarang anggota badan menyentuh lantai diluar dari kawasan bulatan 6m atau didalam kawasan bulatan 2m.

10.6 Bola jatuh keatas lantai.

10.7 Mengepit atau mematikan bola.

10.8 Bola melurut di sebarang anggota badan.

10.9 Salah seorang pemain tidak menyepak atau menyentuh bola pada setiap 20 mata.

11. PEGAWAI-PEGAWAI.
11.1 Permainan akan dikendalikan oleh:-

11.1.1 Seorang Pengadil Rasmi yang duduk pada jarak 6m dari gelanggang. Tugasnya ialah memulakan atau memberhentikan permainan. Jam randik, wisel, mesin mengira dan boring-borang teknikal hendaklah sentiasa berada bersamanya.

11.1.2 Dua orang pengadil yang berdiri di luar gelanggang bertentangan (di sebelah kiri dan kanan) dengan Pengadil Rasmi. Bertugas mengawal semua perkara-perkara batal yang dilakukan oleh pemain dengan menggunakan wisel. Seorang pengadil mengawal 3 orang pemain sahaja.

11.1.3 Dua orang penghitung mata yang berdiri bertentangan dengan Pengadil Rasmi. Bertugas menghitung dan mencatat mata.

11.2 Semua keputusan yang dibuat oleh Pengadil Rasmi atau Pengadil adalah muktamad.

12. UNDIAN.
Sebelum permainan dimulakan, pasukan-pasukan yang mengambil bahagian akan mengundi untuk menentukan giliran masing-masing.

13. PEMAIN GANTIAN.
Mana-mana pemain boleh digantikan dengan pemain gantian pada bila-bila masa sahaja dalam mana-mana pusingan setelah tamat satu-satu pusingan.


14. TANGGUNGJAWAB.
Semua pemain-pemain yang mengambil bahagian adalah dengan kehendak sendiri. Penganjur tidak bertanggungjawab diatas sebarang kemalangan atau kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang kejohanan ini.

15. TAFSIRAN.

Semua perkara yang tidak tercatat didalam Undang-Undang ini atau sebarang pertelingkahan tentang tafsiran akan di putuskan oleh Penganjur dan keputusan ini adalah muktamat. Tanpa merugikan mana-mana pasukan, Penganjur berhak membuat pindaan terhadap Kumpulan Pasukan dan Jadual Pertandingan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda