1. GELANGGANG
1.1 Luas gelanggang 13.4m x 6.1m bebas dari sebarang rintangan sehingga 8m tinggi dari permukaan lantai. Lantai hendaklah berpasir ( Pasir Pantai )
Jenis Pasir Yang Diperlukan Diameter
i. Batu halus ( crusher Run ) - 2.0 mm
ii. Pasir halus ( bersih ) - 1.0 mm – 1.0 mm
iii. Pasir Kasar ( Kotor ) - 0.5 mm – 0.50 mm
iv. Pasir Sederhana ( laut ) - 0.25 mm – 0.50 mm
v. Pasir Halus ( Kotor ) - 0.15 mm – 0.25 mm
vi. Pasir Halus ( Bersih ) - 0.05 mm – 0.15 mm
vii. Tanah Liat - Bawah 0.05 mm
Keperluan saiz pasir tersebut ada hubungkait dengan sistem pengaliran bagi menyalur keluar air untuk apa jua cuaca. Keadaan pasir hendaklah bebas dari bahab organic.
Pasir yang dicadangkan untuk pembikinan gelanggang Sepaktakraw Pantai juga mengambil kira perkara-perkara berikut:-
- Cuaca
- Keadaan Sekeliling
- Tidak memerlukan batu pecah
Pemilihan saiz pair haruslah hampir sama dengan saiz yang telah diberikan diatas.
Kualiti pasir hendaklah dipantau sehingga kedalaman 40 cm.
1.2 Lebar semua garisan gelanggang tidak melebihi 0.05m diukur kedalam dari penjuru ukuran gelanggang. Tape atau tali boleh digunakan sebagai garisan sempadan gelanggang. Kawasan bebas permainan hendaklah di ukur 3m keluar dari garisan sempadan gelanggang.
1.3 Garisan tengah selebar 0.05m yang membahagi gelanggang kepada dua bahagian yang sama besar.
2. TIANG
2.1 Ketinggian tiang ialah 1.55m ( 1.45m untuk wanita ) di ukur dari permukaan gelanggang dan ianya hendaklah teguh dan kukuh untuk regangan jaring. Jejarinya tidak melebihi 0.05m.
2.2 Kedudukan tiang-tiang hendaklah didirikan 0.3m jaraknya dari garisan tepi dan sebaris dengan garisan tengah gelanggang.
1.1 Luas gelanggang 13.4m x 6.1m bebas dari sebarang rintangan sehingga 8m tinggi dari permukaan lantai. Lantai hendaklah berpasir ( Pasir Pantai )
Jenis Pasir Yang Diperlukan Diameter
i. Batu halus ( crusher Run ) - 2.0 mm
ii. Pasir halus ( bersih ) - 1.0 mm – 1.0 mm
iii. Pasir Kasar ( Kotor ) - 0.5 mm – 0.50 mm
iv. Pasir Sederhana ( laut ) - 0.25 mm – 0.50 mm
v. Pasir Halus ( Kotor ) - 0.15 mm – 0.25 mm
vi. Pasir Halus ( Bersih ) - 0.05 mm – 0.15 mm
vii. Tanah Liat - Bawah 0.05 mm
Keperluan saiz pasir tersebut ada hubungkait dengan sistem pengaliran bagi menyalur keluar air untuk apa jua cuaca. Keadaan pasir hendaklah bebas dari bahab organic.
Pasir yang dicadangkan untuk pembikinan gelanggang Sepaktakraw Pantai juga mengambil kira perkara-perkara berikut:-
- Cuaca
- Keadaan Sekeliling
- Tidak memerlukan batu pecah
Pemilihan saiz pair haruslah hampir sama dengan saiz yang telah diberikan diatas.
Kualiti pasir hendaklah dipantau sehingga kedalaman 40 cm.
1.2 Lebar semua garisan gelanggang tidak melebihi 0.05m diukur kedalam dari penjuru ukuran gelanggang. Tape atau tali boleh digunakan sebagai garisan sempadan gelanggang. Kawasan bebas permainan hendaklah di ukur 3m keluar dari garisan sempadan gelanggang.
1.3 Garisan tengah selebar 0.05m yang membahagi gelanggang kepada dua bahagian yang sama besar.
2. TIANG
2.1 Ketinggian tiang ialah 1.55m ( 1.45m untuk wanita ) di ukur dari permukaan gelanggang dan ianya hendaklah teguh dan kukuh untuk regangan jaring. Jejarinya tidak melebihi 0.05m.
2.2 Kedudukan tiang-tiang hendaklah didirikan 0.3m jaraknya dari garisan tepi dan sebaris dengan garisan tengah gelanggang.
3. JARING
3.1 Jaring hendaklah diperbuat dari nylon yang halus dan siratnya berukuran 0.06m-0.08m.
3.2 Lebar jaring adalah 0.7m dan panjang jaring tidak kurang dari 6.10m.
3.3 Di kedua-dua hujung jaring di lekatkan pita 0.05m sebagai sempadan dari atas ke bawah dan kedudukan sebaris menegak dengan garisan tepi gelanggang.
3.4 Di bahagian atas dan bawah jaring hendaklah di lapik dengan pita 0.05 yang di perkuat dengan benang atau nylon. Pita berfungsi sebagai pengampu tali regangan diatas paras tiang.
3.5 Ketinggian jaring dibahagian tepi setelah diregang ialah 1.55m ( 1.45m untuk wanita ), manakala dibahagian tengah jaring 1.52m ( 1.42m untuk wanita ).
4. BOLA TAKRAW
4.1 Bola takraw yang dulunya diperbuat dari rotan hendaklah berbentuk bulat, ianya diperbuat dari satu lapis fiber sintetik.
4.2 Bola takraw mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:-
4.2.1 Mempunyai 12 lubang.
4.2.2 Mempunyai 20 pertemuan silang.
4.2.3 Ukuran garis lilitnya mestilah diantara 0.41m hingga 0.43m untuk pemain lelaki dan 0.42m hingga 0.44m untuk pemain wanita.
4.2.4 Berat bola sebelum dimainkan diantara 170gm hingga 180gm untuk pemain lelaki dan 150gm hingga 160gm untuk pemain wanita.
4.3 Bola takraw boleh mempunyai satu warna, pelbagai warna dan warna yang terang tetapi tidak warna yang boleh mengganggu prestasi pemain.
4.4 Bola takraw juga boleh diperbuat daripada getah sintetik atau pun bahan lembut tahan lama (durable material ) bagi membaluti permukaan bola dan ianya tidak akan boleh mencederakan pemain. Pengeluar bola takraw ini hendaklah mendapat kelulusan dari ISTAF sebelum dimainkan di mana - mana kejohanan antarabangsa.
4.5 Kejohanan antarabangsa yang mendapat restu ISTAF termasuk Sukan Olimpik, Kejohanan Dunia, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan SEA hendaklah menggunakan bola takraw yang telah diluluskan oleh pihak ISTAF sahaja.
5. PEMAIN-PEMAIN
5.1 REGU
Setiap regu mempunyai 4 orang pemain dan 2 pemain simpanan melainkan salah seorang pemain di kenakan Kad Merah dan diarahkan keluar gelanggang maka regu tersebut boleh bermain dengan tiga pemain tanpa melakukan pertukaran seperti di nyatakan di para 7.5.
5.2 PASUKAN- Setiap Pasukan mempunyai 2 Regu ( 8 pemain dan 4 pemain simpanan )
5.3 Pemain yang melakukan sepak mula akan membuat sepak mula digarisan belakang gelanggang. Mana-mana pemain diantara 4 orang itu boleh melakukan sepak mula.
5.4 Manakala 3 orang pemain hendaklah berada didalam gelanggang semasa sepak mula di lakukan.
6. PERALATAN / PAKAIAN PEMAIN
6.1 Pemain dibenarkan memakai pakaian selain daripada jeans, seluar panjang dan pakaian yang tidak keterlaluan. Pemain dilarang memakai pakaian yang boleh membahayakan diri sendiri dan juga pemain pihak lawan.
6.2 Pemain dilarang memakai anting-anting, gelang, jam tangan dan lain-lain peralatan perhiasan diri semasa didalam permainan.
6.3 Untuk pemain wanita, pakaian mandi (swimming costume) dibenarkan tetapi mereka hendaklah memakai seluar pendek atau Bermuda sebagai pelindung.
Pemain di cadangkan memakai pakaian berikut:-
6.4.1 Jersi
6.4.2 T-Shirt
6.4.3 Singlet
6.4.4 Bermudas
6.4.5 T-Shirt tidak berkolar.
6.4.6 Seluar Pendek
6.4.7 Seluar ketat
6.4.8 Pelapik Kaki
6.4 Pakaian yang di pakai adalah merupakan sebahagian dari anggota badan.
6.5 Ketua regu hendaklah memakai arm band atau tanda di lengan kiri.
6.6 Sebarang peralatan yang boleh membantu melajukan bola adalah dilarang sama sekali.
7. GANTIAN PEMAIN
REGU
7.1 Gantian pemain boleh dibenarkan pada bila-bila masa dengan permintaan Pengurus Pasukan / Jurulatih Rasmi kepada Pengadil semasa bola tidak didalam permainan.
7.2 Setiap regu dibenarkan membuat 2 kali pertukaran bagi setiap perlawanan.
7.3 Pemain yang diperintah keluar gelanggang oleh Pengadil tidak boleh di jadikan pemain
gantian.
7.4 Setiap regu dibenarkan melakukan pertukaran pemain jika berlaku kecederaan atau
pertukaran seperti di para 7.1. Jika pertukaran pemain telah dilakukan maka tidak dibenarkan bermain dan dianggap kalah.
7.5 Mana-mana Regu yang kurang dari 4 orang pemain, tidak dibenarkan meneruskan permainan dan di anggap kalah melainkan salah seorang pemain di kenakan Kad Merah dan diarahkan keluar gelanggang maka regu tersebut boleh bermain dengan tiga pemain tanpa melakukan pertukaran.
PASUKAN
7.6 Gantian pemain boleh dibenarkan pada bila-bila masa dengan permintaan Pengurus Pasukan / Jurulatih Rasmi kepada Pengadil semasa bola tidak didalam permainan.
7.7 Setiap regu dibenarkan membuat 2 kali pertukaran bagi setiap perlawanan.
7.8 Setiap regu dibenarkan melakukan pertukaran pemain jika berlaku kecederaan atau pertukaran seperti di para 7.6. Jika pertukaran pemain telah dilakukan maka tidak dibenarkan bermain dan dianggap kalah.
7.9 Mana-mana Regu yang kurang dari 4 orang pemain, tidak dibenarkan meneruskan permainan dan di anggap kalah melainkan salah seorang pemain di kenakan Kad Merah dan diarahkan keluar gelanggang maka regu tersebut boleh bermain dengan tiga pemain tanpa melakukan pertukaran.
8. UNDIAN DAN WARM-UP
8.1 Sebelum permainan dimulakan, Pengadil akan membuat undian dan regu yang memenangi undian boleh memilih untuk Sepak Mula atau Petak Gelanggang. Regu yang kalah hendaklah menerima keputusan Pengadil.
8.2 Regu yang memenangi undian akan mendahului ‘warm-up’ selama 2 minit dan di ikuti oleh regu yang satu lagi. Hanya 6 orang sahaja yang di benar bergerak bebas didalam gelanggang dengan menggunakan bola rasmi.
9. KEDUDUKAN PEMAIN SEMASA SEPAK MULA
9.1 Apabila permainan hendak dimulakan, semua pemain mestilah berada dalam petak gelanggang masing-masing dalam keadaan bersedia.
9.2 Pemain yang akan membuat sepak mula, kedua-dua kakinya hendaklah berada diluar garisan belakang gelanggang.
9.3 Manakala 3 orang pemain lagi hendaklah berdiri diam didalam gelanggang.
9.4 Pemain regu lawan bebas berada dimana - mana kawasan didalam petak gelanggangnya.
10. PERMULAAN PERMAINAN DAN SEPAK MULA
10.1 Perlawanan dikendalikan oleh Pengadil, Pembantu Pengadil dan Pengadil Garisan.
Regu yang memilih sepak mula, memulakan permainan pusingan pertama.
10.2 Setelah Pengadil mengumumkan mata. Pemain yang melakukan sepak mula
hendaklah melambongkan bola dan menyepaknya sendiri. Sepakkan boleh digunakan pelbagai cara dengan menggunakan kaki. Sekiranya pemain yang melakukan sepak mula melakukan sepakan sebelum Pengadil mengumumkan mata, sepak mula hendaklah dilakukan semula dan amaran lisan akan diberi oleh Pengadil kepada pemain tersebut. Jika melakukan kesalahan yang sama maka ia dianggap batal. Pemain hendaklah melakukan sepak mula dimana-mana di belakang garisan belakang gelanggang.
10.3 Sebaik sahaja sepak mula dilakukan, semua pemain bebas bergerak di dalam
gelanggang masing-masing.
10.4 Sepak mula diakui sah jika bola melepasi atas jaring, sama ada menyentuh jarring
atau tidak, melalui antara dua pita sempadan dan jatuh didalam gelanggang pasukan lawan.
11. PERKARA-PERKARA BATAL
11.1 Pihak Sepak Mula
11.1.1 Tekong ( server ) yang membuat sepak mula, memain-mainkan bola ( menghempas, mencampak dan lain - lain cara ) selepas Pengadil mengumumkan mata.
11.1.2 Tekong ( server ) tidak menyepak bola yang dilambongnya.
11.1.3 Bola menyentuh pemain regunya terlebih dahulu sebelum melepasi ke gelanggang lawan.
11.1.4 Bola melintasi jaring tetapi jatuh di luar gelanggang.
11.1.5 Bola tidak melepasi gelanggang lawan.
11.1.6 Tekong ( server ) memijak garisan belakang gelanggang sebelum melakukan sepak mula.
11.1.7 Pemain menggunakan tangan atau lain - lain bahagian tangan semasa melakukan sepakan walaupun tangan tidak menyentuh bola tetapi menyentuh lain object bagi membantu melakukannya.
11.1.8 Tekong menyepak bola sebelum Pengadil menngumum-kan mata buat kali kedua.
11.2 Kedua-dua Pihak Semasa Permainan.
11.2.1 Memijak garisan tengah ( kecuali semasa follow-through selepas melakukan rejaman atau hadangan )
11.2.2 Mana- mana pemain menyentuh bola di kawasan gelanggang lawan.
11.2.3 Mana-mana bahagian anggota pemain memasuki kawasan gelanggang lawan sama ada diatas atau dibawah jaring kecuali semasa ‘follow- through’.
11.2.4 Memainkan bola melebihi 3 kali.
11.2.5 Bola menyentuh tangan.
11.2.6 Memberhentikan atau mengepit bola dibawah tangan / lengan antara kedua - dua
paha / kaki atau badan.
11.2.7 Sebarang anggota atau peralatan pemain menyentuh jaring, tiang, kerusi pengadil
atau jatuh ke kawasan gelanggang lawan.
11.2.8 Bola terkena mana-mana objek.
12. TUKAR SEPAK
12.1 Tukar sepak berlaku apabila perkara-perkara batal dilakukan semasa sepak mula atau pun dalam permainan.
13. REHAT (TIME-OUT)
13.1 Satu minit rehat akan diberi kepada kedua-dua regu apabila mana- mana regu mendahului mata 11 dan satelah regu tukar petak. Cuma 6 orang sahaja dibenarkan berada di belakang garisan gelanggang.
13.2 6 orang yang berada di belakang garisan gelanggang terdiri dari 4 pemain dan 2 orang pegawai yang berpakaian kemas dan berlainan dari pemain.
14. KIRAAN MATA
14.1 Apabila perkara-perkara batal oleh pihak sepak mula atau penerima sepak mula, satu mata akan diberi kepada pihak lawan dan melakukan sepak mula seterusnya.
15. SISTEM KIRAAN MATA
15.1 Mata kemenangan maksima untuk setiap pusingan ialah 21 mata.
15.2 Pertukaran petak gelanggang akan dilakukan pada mana-mana regu mendahului mata
11.
16. TIE BREAK
16.1 Jikalau Pasukan seri, maka keputusan akan di perolehi melalui perlawanan tie
break 15 mata.Pertukaran petak akan dilakukan apabila mana-mana regu memperolehi 8 mata.
16.2 Setiap pasukan akan memilih 4 pemain dan 2 pemain simpanan dari 12 pemain yang didaftar untuk bermain dalam pusingan tie break.
17. PERMAINAN TERGENDALA
17.1 Pengadil boleh memberhentikan permainan jika berlaku halangan, gangguan atau pemain tercedera dan memerlukan rawatan segera, tidak melebihi 5 minit untuk setiap regu.
17.2 Pemain yang tersedera dibenarkan berehat dan menerima rawatan sehingga 5 minit. Jika selepas 5 minit, pemain tidak berupaya bermain, gantian pemain mestilah dibuat. Jika regu ini telah membuat pertukaran pemain sebelum ini, maka regu lawan akan dikira sebagai pemenang.
17.3 Jika berlaku halangan, gangguan dan lain-lain perkara cuma Pengadil Rasmi boleh menghentikan atau menangguh perlawanan tersebut satelah mendapat kebenaran dari Jawatankuasa Penganjur.
17.4 Semasa tempoh permainan diberhentikan, semua pemain tidak dibenarkan keluar dari
gelanggang untuk minum atau mendapat tunjuk ajar.
18. TATATERTIB ( DISIPLIN)
18.1 Semua pemain mestilah mematuhi Undang - Undang Permainan. Pemain tidak di benarkan memakai sebarang perhiasan seperti gelang, cincin, rantai dan lain-lain.
18.2 Hanya Ketua Regu sahaja dibenarkan berjumpa Pengadil jika ada sebarang pertanyaan atau inginkan kepastian mengenai keputusan yang dibuat dan Pengadil hendaklah menerangkan terhadap keputusan yang telah dibuatnya.
18.3 Pengurus / Jurulatih Rasmi dan Pegawai di larang membantah keputusan Pengadil semasa pertandingan sedang berjalan. Ini boleh menjejaskan kelancaran pertandingan. Tindakan disiplin boleh di ambil terhadap pegawai berkenaan.
19. HUKUMAN
A. Mana-mana pemain yang ingkar dan melanggar Undang-Undang Permainan akan
diambil tindakan disiplin keatasnya:-
19.1 Menunjukkan tindakan dengan kata-kata atau perbuatan terhadap mana-mana pegawai atas tindakkan atau keputusan dan kepada mana-mana pemain atau penonton
19.2 Memaki atau mengeluarkan kata - kata kesat kepada pemain, pegawai atau penonton.
19.3 Melakukan perbuatan atau tindakan yang tidak sopan dengan niat mempengaruhi sesuatu keputusan yang dibuat oleh Pengadil.
19.4 Dengan sengaja meninggalkan gelanggang tanpa kebenaran Pengadil.
19.5 Melakukan tingkah-laku tidak sopan.
19.6 Melanggar perintah dan undang-undang permainan.
Pengadil boleh memberi kad berikut:-
Kad Kuning - Amaran
Kad Merah - Perintah keluar gelanggang.
Kad Merah boleh dikeluarkan kerana kesalahan – kesalahan yang DISENGAJAKAN seperti:
19.7 Masih berdegil dan berkelakuan buruk setelah diberi amaran oleh pengadil.
19.8 Berkelakuan ganas ( seperti menyerang, menendang, meludah dan sebagainya kepada pemain, pegawai atau penonton ).
19.9 Memaki, mencarut atau mengeluarkan kata-kata kesat
Nota:
Mana-mana pemain yang diberi Kad Merah hendaklah diarah keluar gelanggang dan tindakan tatatertib akan diambil terhadapnya. Pemain berkenaan tidak boleh bermain dalam perlawanan seterusnya sehingga keputusan Lembaga Tatatertib dibuat.
B. HUKUMAN KAD KUNING
Kesalahan - kesalahan yang perlu dihukum, pemain boleh diberi ‘kad kuning’ jika melakukan kesalahan berikut:-
i. Tidak menunjukan semangat kesukanan dan melakukan perkara- perkara yang bertentangan dengan etika sukan yang boleh menjejajaskan keseluruhan pertandingan.
ii. Memaki atau mengeluarkan kata – kata kesat kepada pemain, pegawai atau penonton.
iii. Kekerapan melanggar Undang - Undang Permainan dan Peraturan pertandingan.
iv. Melambat– lambatkan permainan setelah diberi amaran lisan oleh Pengadil.
v. Masuk keluar gelanggang tanpa kebenaran Pengadil.
vi. Dengan sengaja meninggalkan gelanggang kerana bantah keputusan Pengadil.
C. HUKUMAN KAD MERAH
Kesalahan-kesalahan yang perlu dihukum, pemain boleh diberi ‘kad merah’ jika melakukan kesalahan berikut:-
i. Melakukan kesalahan yang lebih serius.
ii. Berkelakuan ganas dengan niat untuk mencederakan pihak lawan.
iii. Meludah kepada pihak lawan, pegawai dan penonton.
iv. Memaki dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pihak lawan, pegawai dan penonton.
v. Menerima Kad Kuning kedua dalam perlawanan yang sama.
D. Pemain yang malakukan kesalahan di dalam atau di luar gelanggang terhadap rakan, pihak lawan, pengadil, pembantu pengadil atau mana-mana orang kad kuning telah di beri kepadanya akan dikenakan tindakan berikut:-
i. Kesalahan : Kad Kuning Pertama
Hukuman :
Amaran Biasa
ii. Kesalahan : Kad Kuning Kedua diterima oleh pemain di perlawanan yang lain tetapi didalam kejohanan yang sama.
Hukuman :
Di gantung satu perlawanan
iii. Kesalahan : Kad Kuning Ketiga diterima setelah digantung satu perlawanan
dikejohanan yang sama.
Hukuman :
(i) Di gantung 2 perlawanan.
(ii) Denda US $100 ( dibayar oleh Persatuan / Kelab yang terlibat).
iv. Kesalahan : Kad Kuning Keempat diterima setelah digantung dua perlawanan di
kejohanan yang sama.
Hukuman :
Digantung serta-merta dari bermain perlawanan seterusnya sehingga lembaga disiplin membuat keputusan.
v. Kesalahan : Pemain menerima 2 Kad Kuning Dalam perlawanan yang sama.
Hukuman :
(i) Di gantung dua perlawanan.
(ii) Denda US $100 ( dibayar oleh Persatuan / Kelab yang terlibat )
(iii) Diberi Kad Merah diatas kesalahan Disiplin ketiga dalam mana - mana perlawanan di kejohanan yang sama.
E. Mana - mana pemain yang diperintah keluar gelanggang oleh Pengadil sama ada kesalahan didalam atau diluar gelanggang, terhadap pihak lawan, rakan sepasukan, Pengadil, Pembantu Pengadil, Pengadil Garisan atau mana- mana pegawai: Kad Merah akan diberi diatas tindakan disiplin berikut akan di ambil:-
i. Kesalahan : Menerima Kad Merah
Hukuman :
Di gantung serta-merta daripada bermain dalam mana-mana kejohanan atau perlawanan sehingga Lembaga Disiplin membuat keputusan.
20. KELAKUAN BURUK OLEH
PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN
20.1 Tindakan perlu diambil terhadap Pegawai - Pegawai Pasukan yang berkelakuan buruk atau menimbulkan kekacauan semasa kejohanan di jalankan sama ada didalam atau diluar gelanggang.
20.2 Mana-mana pegawai yang berkelakuan buruk dan menganggu kelancaran pertandingan akan di iringi keluar oleh Pegawai Pertandingan dari gelanggang perlawanan. Pengadil akan memberhentikan pertandingan serta - merta sehingga Pegawai Pertandingan atau Lembaga Disiplin Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memberi isyarat meneruskan pertandingan.
21. UMUM
21.1 Jika berlaku pertelingkahan terhadap mana-mana perkara yang tidak termasuk didalam Undang-Undang Permainan ini, keputusan Pengadil Rasmi adalah muktamad.
PINDAAN DILULUSKAN
Undang-undang Permainan ini telah dipinda dan diluluskan oleh Kongres ISTAF pada 23hb May 2008 bertempat di Bangkok, Thailand.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan