1. GELANGGANG
1.1 Luas gelanggang 13.4m x 6.1m, bebas dari sebarang rintangan sehingga 8m tinggi dari permukaan lantai gelanggang.
1.2 Lebar semua garisan gelanggang tidak melebihi 0.04m di ukur ke dalam dari penjuru ukuran gelanggang.
1.3 Garisan sempadan gelanggang hendaklah di ukur 3.0m dari garisan tepi gelanggang dan bebas dari sebarang rintangan.
1.4 Garisan Tengah.
Garisan tengah selebar 0.02m yang membahagikan gelanggang kepada dua bahagian yang sama besar.
2. TIANG
2.1 Ketinggian tiang ialah 1.55m ( 1.45m untuk wanita ) di ukur dari permukaan gelanggang dan ianya hendaklah teguh dan kukuh untuk regangan jaring. Jejarinya tidak melebihi 0.04m.
2.2 Kedudukan tiang-tiang hendaklah didirikan 0.3m jaraknya dari garisan tepi dan sebaris dengan garisan tengah gelanggang.
1.1 Luas gelanggang 13.4m x 6.1m, bebas dari sebarang rintangan sehingga 8m tinggi dari permukaan lantai gelanggang.
1.2 Lebar semua garisan gelanggang tidak melebihi 0.04m di ukur ke dalam dari penjuru ukuran gelanggang.
1.3 Garisan sempadan gelanggang hendaklah di ukur 3.0m dari garisan tepi gelanggang dan bebas dari sebarang rintangan.
1.4 Garisan Tengah.
Garisan tengah selebar 0.02m yang membahagikan gelanggang kepada dua bahagian yang sama besar.
2. TIANG
2.1 Ketinggian tiang ialah 1.55m ( 1.45m untuk wanita ) di ukur dari permukaan gelanggang dan ianya hendaklah teguh dan kukuh untuk regangan jaring. Jejarinya tidak melebihi 0.04m.
2.2 Kedudukan tiang-tiang hendaklah didirikan 0.3m jaraknya dari garisan tepi dan sebaris dengan garisan tengah gelanggang.
3. JARING
3.1 Jaring hendaklah diperbuat dari nylon yang halus dan siratnya berukuran 0.06m - 0.08m.
3.2 Lebar jaring adalah 0.7m dan panjang jaring tidak kurang dari 6.10m selari dengan garisan tengah gelanggang.
3.3 Di kedua-dua hujung jaring di lekatkan pita 0.05m sebagai sempadan dari atas kebawah dan kedudukan sebaris menegak dengan garisan tepi.
3.4 Di bahagian atas dan bawah jaring hendaklah di lapik dengan pita 0.05 yang di perkuat dengan benang atau nylon. Pita berfungsi sebagai mengampu tali regangan diatas paras tiang.
3.5 Ketinggian jaring dibahagian tepi setelah diregang ialah 1.55m ( 1.45m untuk wanita ), manakala dibahagian tengah jaring 1.52m ( 1.42m untuk wanita ) dari permukaan gelanggang.
4. BOLA TAKRAW
4.1 Bola takraw yang dulunya diperbuat dari rotan hendaklah berbentuk bulat, ianya diperbuat dari satu lapis fiber sintetik.
4.2 Bola takraw mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:-
4.2.1 Mempunyai 12 lubang.
4.2.2 Mempunyai 20 pertemuan silang.
4.2.3 Ukuran garis lilitnya mestilah diantara 0.41m hingga 0.43m untuk pemain lelaki dan 0.42m hingga 0.44m untuk pemain wanita.
4.2.4 Berat bola sebelum dimainkan diantara 170gm hingga 180gm untuk pemain lelaki dan 150gm hingga 160gm untuk pemain wanita.
4.3 Bola takraw boleh mempunyai satu warna, pelbagai warna dan warna yang terang tetapi tidak warna yang boleh mengganggu prestasi pemain.
4.4 Bola takraw juga boleh diperbuat daripada getah sintetik atau pun bahan lembut tahan lama (durable material ) bagi membaluti permukaan bola dan ianya tidak akan boleh mencederakan pemain. Pengeluar bola takraw ini hendaklah mendapat kelulusan dari ISTAF sebelum dimainkan di mana-mana kejohanan antarabangsa.
4.5 Kejohanan antarabangsa yang mendapat restu ISTAF termasuk Sukan Olimpik, Kejohanan Dunia, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan SEA hendaklah menggunakan bola takraw yang telah diluluskan oleh pihak ISTAF sahaja.
5. PEMAIN-PEMAIN
5.1 Sukan ini di mainkan oleh 2 regu yang mana setiap regu mempunyai 2 orang pemain sahaja.
5.2 Salah seorang daripada pemain hendaklah berada di luar garisan belakang gelanggang semasa permainan dimulakan ialah “Tekong” (server) yang akan melambungkan bola dan menyepak sendiri (self service).
5.3 Manakala seorang pemain yang juga dikenali sebagai tekong alternatif ( Alternate Tekong ) hendaklah berada di dalam kawasan gelanggang sendiri.
5.4 Kejohanan Berpasukan.
5.4.1 Setiap pasukan hendaklah mempunyai 6 orang pemain dan maksimum 9 pemain yang harus di daftar ( 3 regu bersamaan 6 orang pemain dan 3 orang pemain simpanan ) yang disenaraikan di dalam Borang Hitungan Mata.
5.4.2 6 orang pemain mestilah berada di dalam gelanggang semasa diperkenalkan.
Mana - mana pasukan yang pemainnya kurang daripada 6 orang, tidak dibenarkan bermain di kejohanan ini dan dianggap kalah.
5.5 Kejohanan Antara Regu.
5.5.1 Setiap pasukan hendaklah mempunyai 3 orang pemain ( 2 orang pemain dan 1 orang pemain simpanan ) yang disenaraikan di dalam Borang Hitungan Mata.
5.5.2 2 orang pemain mestilah berada di dalam gelanggang semasa pertandingan di jalankan.
5.5.3 Mana-mana pasukan yang pemainnya kurang daripada 2 orang, tidak dibenarkan bermain di kejohanan ini dan di anggap kalah.
6. PERALATAN / PAKAIAN PEMAIN
6.1 Semua pakaian pemain hendaklah bersesuaian dan menepati ciri-ciri kejohanan sepaktakraw. Mana-mana peralatan yang boleh menolong melajukan bola atau mempercepatkan pergerakan pemain dan membahayakan kepada pemain adalah dilarang sama sekali.
6.2 Bagi mengelakkan kekeliruan, pasukan yang bertanding hendaklah memakai warna jersi yang berlainan.
6.3 Setiap pasukan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua set Jersi/T-shirt, yang berwarna cerah dan berwarna gelap. Jika kedua- dua pasukan yang bertanding memakai warna jersi yang sama maka jersi pasukan tuan rumah hendaklah ditukar. Jika dari pasukan yang berlainan negara maka mana-mana negara yang dinama dahulu dalam pendaftaran hendaklah menukar jersi.
6.4 Pemain hendaklah memakai Jersi / T-Shirt, seluar pendek, stoking, dan kasut sukan bertapak getah dan tidak bertumit tinggi. Pakaian adalah merupakan sebahagian daripada anggota badan. Jersi / T-Shirt hendaklah dimasukkan kedalam seluar. Sekiranya cuaca sejuk, pemain dibenarkan memakai track-suits.
6.5 Semua Jersi / T-shirt hendaklah bernombor dibahagian depan dan belakang. Setiap pemain hendaklah memakai nombor jersi yang sama untuk keseluruhan kejohanan. Cuma nombor 01 hingga 15 boleh digunakan dan nombor hendaklah berukuran 19cm tinggi dibahagian belakang dan berukuran 10cm di bahagian depan ( Bahagian tengah dada ).
6.6 Ketua regu hendaklah memakai ‘Arm Band’ di lengan kiri.
6.7 Mana - mana pakaian yang tidak mempunyai specifikasi yang dinyatakan didalam Undang – Undang Permainan ini, hendaklah mendapat kelulusan dari pihak Teknikal ISTAF terlebih.
7. GANTIAN PEMAIN
7.1 Setiap regu di dalam pertandingan Antara Regu, dibolehkan tiada pemain simpanan atau seorang sahaja pemain simpanan. Pertukaran pemain dibenarkan pada bila-bila masa yang di minta oleh Pengurus Pasukan/Jurulatih Rasmi kepada Pengadil semasa bola tidak didalam permainan dengan mengangkat playcard. Pertukaran pemain dibenarkan 2 kali sahaja dalam satu pusingan.
7.2 Jika berlaku kecederaan kepada mana-mana pemain dan pertukaran pemain telah dilakukan sebanyak dua kali maka maka permainan tidak diteruskan dan regu tersebut dianggap kalah.
7.3 Mana – mana regu yang kurang dari 2 orang pemain, tidak dibenarkan meneruskan permainan dan di anggap kalah.
8. UNDIAN DAN WARM UP
8.1 Sebelum permainan dimulakan, Pengadil akan membuat undian dan regu yang memenangi undian boleh memilih untuk Sepak Mula atau Petak gelanggang. Regu yang kalah undian hendaklah mematuhi dengan keputusan.
8.2 Regu memenangi undian akan memulakan ‘Warm-Up’ selama 2 minit dan diikuti oleh regu yang satu lagi. Hanya 3 orang sahaja yang dibenarkan bergerak bebas di dalam gelanggang dengan menggunakan bola rasmi.
9. KEDUDUKAN PEMAIN SEMASA SEPAK MULA
9.1 Semasa permainan akan bermula, semua pemain mestilah berada di posisi masing-masing dalam keadaan bersedia.
9.2 Tekong hendaklah berdiri dibelakang, garisan belakang gelanggang. Tekong (server) sendiri akan melambong bola takraw untuk melakukan sepak mula.
9.3 Manakala pemain yang satu lagi boleh berdiri tidak bergerak dan berada dimana – mana didalam gelanggang sendiri semasa sepak mula dilakukan oleh Tekong.
9.4 Pemain regu lawan bebas berada dimana–mana kawasan didalam petak gelanggang mereka.
10. PERMULAAN PERMAINAN DAN SEPAK MULA.
10.1 Perlawanan dikendalikan oleh Pengadil, Pembantu Pengadil dan Pengadil Garisan. Regu yang memenangi undian akan melakukan sepak mula pada pusingan pertama. Regu meenangi pusingan pertama akan melakukan sepak mula pada pusingan kedua.
10.2 Sepakan hendaklah dilakukan oleh Tekong dengan melambung sendiri bola, setelah Pengadil mengumumkan mata. Sepakan akan di ulang semula sekiranya Tekong membuat sepakkan sebelum Pengadil mengumumkan mata dan amaran lisan diberi sekali sahaja kepada pemain tersebut. Dan kesalahan berikutnya adalah batal.
10.3 Sebaik sahaja Tekong melakukan sepak mula, semua pemain bebas bergerak didalam gelanggang masing-masing.
10.4 Sepak mula diakui sah jika bola melepasi atas jaring sama ada menyentuh jaring atau tidak, melalui antara dua pita sempadan dan jatuh didalam gelanggang pasukan lawan.
10.5 Posisi Tekong (server) bergilir-gilir antara kedua pemain untuk membuat sepak mula dan mendapat mata sehingga berlaku tukar sepak.
Berpasukan:-
10.6 Dalam pertandingan kalah mati, regu ketiga tidak perlu dimainkan jika keputusan kemenangan telah diperolehi.
10.7 Dalam pertandingan liga, regu ketiga hendaklah dimainkan, pasukan yang gagal bermain untuk regu ketiga dianggap memberi kemenangan percuma kepada pasukan lawan dan maksimum 21 mata setiap set akan diberikan kepada pasukan lawan.
11. PERKARA-PERKARA BATAL
11.1 Pihak Sepak Mula
11.1.1 Tekong (server) memain-mainkan bola ( menghempas, mencampak dan lain - lain cara ) selepas pengadil mengumumkan mata.
11.1.2 Pemain yang satu lagi bergerak dari posisinya semasa Tekong (server) melakukan sepak mula.
11.1.3 Tekong (server) melompat atau lain - lain bahagian anggota badan menyentuh atau melepasi garisan belakang gelanggang semasa membuat sepak mula.
11.1.4 Tekong tidak menyepak bola yang dilambungnya sendiri.
11.1.5 Bola menyentuh pemainnya sebelum melintasi gelanggang sendiri.
11.1.6 Bola melintasi jaring tetapi jatuh di luar gelanggang.
11.1.7 Bola tidak melepasi gelanggang lawan.
11.1.8 Pemain menggunakan tangan atau lain - lain bahagian tangan semasa melakukan sepakan walaupun tangan tidak menyentuh bola tetapi menyentuh lain object bagi membantu melakukannya.
11.1.9 Tekong (server) melakukan sepak mula sebelum Pengadil mengumumkan mata untuk kali kedua dan seterusnya.
11.2 Pihak Sepak Mula Dan Penerima Sepak Mula.
11.2.1 Melakukan tingkah - laku yang boleh menganggu atau membuat bising atau
menengking pihak lawan.
11.3 Kedua-dua Pihak Semasa Permainan.
11.3.1 Memijak garisan tengah gelanggang ( kecuali ’Follow through selepas melakukan rejaman atau hadangan.
11.3.2 Mana-mana pemain menyentuh bola di kawasan gelanggang lawan.
11.3.3 Mana-mana bahagian anggota pemain memasuki kawasan gelanggang lawan sama ada diatas atau dibawah jaring kecuali semasa ‘follow- through’.
11.3.4 Memainkan bola melebihi tiga kali berturutan.
11.3.5 Bola menyentuh tangan.
11.3.6 Memberhentikan atau mengepit bola dibawah tangan / lengan antara kedua - dua paha / kaki atau badan.
11.3.7 Sebarang anggota atau peralatan pemain menyentuh jaring, tiang, kerusi pengadil atau jatuh ke kawasan gelanggang lawan.
11.3.8 Bola terkena siling, bumbung, dinding atau lain-lain benda.
11.3.9 Pemain yang menggunakan peralatan atau objek yang boleh membantu membuat sepakan.
12. SISTEM KIRAAN MATA
12.1 Apabila perkara batal dilakukan oleh pihak sepak mula atau penerima sepak mula, satu mata akan diberi kepada pihak lawan dan melakukan sepak mula seterusnya, jika pemain satu menjadi tekong untuk sepak mula maka pemain dua akan melakukan sepak mula seterusnya.
12.2 Mata kemenangan maksima untuk setiap pusingan ialah 21 mata, tetapi sekiranya mata berada kiraan 20-20, tambahan 5 mata diberi menjadi 25 mata. Mana- mana regu mendahului 2 dan 1 mata dari pihak lawan dikira sebagai pemenang.
12.3 Permainan dimainkan dalam 2 pusingan dengan 2 minit rehat diantaranya.
12.4 Jika masing-masing regu memenangi 1 pusingan, permainan akan ditentukan didalam pusingan ketiga yan g dinamakan pusingan ‘tie-break’ dengan 15 mata. Sekiranya kiraan mata berada pada 14-14, tambahan 3 mata diberi menjadikan 17 mata Mana - mana regu mendahului 2 atau 1 mata dari pihak lawan dikira sebagai pemenang.
12.5 Sebelum pusingan ‘tie – break’ bermula, Pengadil akan membuat undian dan regu yang memenangi undian akan melakukan sepak mula. Tukar petak gelanggang akan dilakukan apabila satu regu mendahului kiraan mata 8.
13. REHAT (TIME-OUT)
13.1 Satu minit rehat akan diberi kepada kedua-dua regu apabila mana- mana regu mendahului mata 11. Semasa pusingan ’Tie Break’waktu rehat akan diberi kepada kedua-dua regu apabila mana-mana regu mendahului mata 8, dan cuma 4 orang sahaja dibenarkan berada di belakang garisan gelanggang.
13.2 4 orang iaitu 2 pemain dan dua yang lain berpakain kemas serta berlainan daripada pemain.
14. PERMAINAN TERGENDALA
14.1 Pengadil boleh memberhentikan permainan jika berlaku halangan, gangguan atau pemain tercedera dan memerlukan rawatan segera, tidak melebihi 5 minit.
14.2 Pemain yang tercedera dibenarkan berehat dan menerima rawatan sehingga 5 minit. Jika selepas 5 minit, pemain tidak berupaya bermain, gantian pemain mestilah dibuat. Jika regu ini telah membuat pertukaran pemain seperti diperaturan No. 7, maka regu lawan akan dikira sebagai pemenang.
14.3 Cuma Pengadil Rasmi sahaja boleh menhentikan perlawanan apabila berlaku gangguan atau halangan dengan kebenaran Jawatankuasa Pertandingan.
14.4 Semasa tempoh permainan diberhentikan semua pemain tidak dibenarkan keluar dari gelanggang untuk minum atau mendapat tunjuk ajar.
15. TATATERTIB ( DISIPLIN)
15.1 Semua pemain mestilah mematuhi Undang -Undang Permainan.
15.2 Hanya Ketua Regu sahaja dibenarkan berjumpa Pengadil jika ada sebarang pertanyaan atau inginkan kepastian mengenai keputusan yang dibuat dan Pengadil hendaklah menerangkan terhadap keputusan yang telah dibuatnya.
15.3 Pengurus / Jurulatih Rasmi dan Pegawai di larang membantah keputusan Pengadil semasa pertandingan sedang berjalan. Ini boleh menjejaskan kelancaran pertandingan. Tindakan disiplin boleh diambil terhadap pegawai berkenaan.
16. HUKUMAN.
KAD KUNINGKesalahan yang boleh dikenakan Kad Kuning adalah seperti berikut:-
16.1 Tidak menunjukan semangat kesukanan dan melakukan perkara- perkara yang bertentangan dengan etika sukan yang boleh menjejajaskan keseluruhan pertandingan.
16.2 Memaki atau mengeluarkan kata - kata kesat.
16.3 Berulang kali melakukan melanggar Undang - Undang Permainan dan Peraturan pertandingan.
16.4 Melambat - lambatkan permainan setelah diberi amaran lisan oleh Pengadil.
16.5 Masuk keluar gelanggang tanpa kebenaran Pengadil.
16.6 Dengan sengaja meninggalkan gelanggang kerana bantah keputusan Pengadil.
16.2 KAD MERAH
Kesalahan-kesalahan yang perlu dihukum, pemain boleh diberi ‘kad merah’ jika melakukan kesalahan berikut:-
16.2.1 Masih berdegil dan berkelakuan buruk setelah diberi amaran oleh pengadil.
16.2.2 Berkelakuan ganas dengan niat untuk mencederakan pihak lawan.
16.2.3 Meludah kepada pihak lawan, pegawai dan penonton.
16.2.4 Memaki dan mengeluarkan kata-kata kesat.
16.2.5 Menerima Kad kuning yang kedua dalam perlawanan yang sama.
16.3 Mana - mana pemain yang melakukan kesalahan samada didalam atau diluar gelanggang terhadap pihak lawan, pemain, Pengadil, Pembantu Pengadil atau mana-mana orang dimana Kad Kuning telah dikeluarkan adalah merupakan tindakan disiplin yang perlu diterima oleh semua pihak:
16.3.1 Kesalahan : Kad Kuning Pertama
Hukuman :
Amaran Biasa
16.3.2 Kesalahan : Kad Kuning Kedua diterima oleh pemain diperlawanan yang lain
tetapi didalam kejohanan yang sama.
Hukuman :
Di gantung satu perlawanan
16.3.3 Kesalahan : Kad Kuning Ketiga diterima setelah digantung satu perlawanan di
kejohanan yang sama.
Hukuman :
(i) Di gantung 2 perlawanan.
(ii) Denda US $100 ( dibayar oleh Persatuan / Kelab yang terlibat ).
16.3.4 Kesalahan : Kad Kuning Keempat diterima setelah digantung dua perlawanan di kejohanan yang sama.
Hukuman :
Digantung serta-merta dari bermain perlawanan seterusnya sehingga lembaga disiplin membuat membuat keputusan.
16.3.5 Kesalahan : Pemain menerima 2 Kad Kuning Dalam perlawanan yang sama.
Hukuman :
(i) Di gantung dua perlawanan.
(ii) Denda US $100 ( dibayar oleh Persatuan / kelab yang terlibat )
iii) Diberi Kad Merah diatas kesalahan disiplin ketiga dalam
mana-mana perlawanan di kejohanan yang sama.
16.4 Mana - mana pemain yang diperintah keluar gelanggang oleh Pengadil sama ada kesalahan didalam atau diluar gelanggang, terhadap pihak lawan, rakan sepasukan, Pengadil, Pembantu Pengadil, Pengadil Garisan atau mana-mana pegawai: Kad Merah akan diberi diatas tindakan disiplin berikut akan di ambil:-
16.4.1 Kesalahan : Menerima Kad Merah
Hukuman :
Di gantung serta-merta daripada bermain dalam mana - mana perlawanan sehingga Lembaga Disiplin
17. KELAKUAN BURUK OLEH PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN
17.1 Tindakan perlu diambil terhadap Pegawai - Pegawai Pasukan yang berkelakuan buruk atau menimbulkan kekacauan semasa kejohanan di jalankan sama ada didalam atau diluar gelanggang.
17.2 Mana - mana pegawai yang berkelakuan buruk dan menganggu kelancaran pertandingan akan di iringi keluar oleh Pegawai Pertandingan dari gelanggang perlawanan. Pengadil Rasmi akan memberhentikan pertandingan serta merta sehingga Pegawai Pertandingan atau Lembaga Disiplin Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) membenar bagi meneruskan pertandingan.
18. UMUM
18.1 Jika berlaku pertelingkahan terhadap mana-mana perkara yang tidak termasuk didalam Undang-Undang Permainan ini, keputusan Pengadil Rasmi adalah muktamad.
PINDAAN DILULUSKAN
Undang-undang Permainan ini telah dipinda dan diluluskan oleh Kongres ISTAF pada 23hb May 2008 bertempat di Bangkok, Thailand.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan