Ahad, September 18, 2011

UNDANG-UNDANG SEPAK TAKRAW HOOP


1. GELANGGANG
1.1 Permukaan lantai gelanggang hendaklah rata, bulatan luar hendaklah dilukis dengan ukuran diameter 4 m dan lebar garisan bulatan ialah 4 cm.

1.2 Kawasan gelanggang hendaklah bebas dari sebarang rintangan sehingga 8 m tinggi dari permukaan lantai gelanggang.

1.3 Di atas ditengah-tengah bulatan, hendaklah dipasang gegantung “hoop” rasmi yang panjang talinya minima 50cm dari puli ’pulley.

2. HOOP RASMI
2.1 Hoop rasmi hendaklah mempunyai 3 rim yang sama besar berukuran diameter 50cm yang bersatu antara satu sama lain yang membentuk segitiga. Hoop diperbuat daripada metal yang kukuh, di saluti dengan bahan yang lembut dengan primeter tidak melebihi 10cm. Jaring hendaklah dipasang pada ketiga-tiga hoop rim tersebut. Jarak hoop rasmi yang terdedah dari permukaan lantai gelanggang ialah 4.75m untuk pemain lelaki dan 4.50m untuk pemain wanita.


3. BOLA TAKRAW
3.1 Bola takraw yang dulunya diperbuat dari rotan hendaklah berbentuk bulat, ianya diperbuat dari satu lapis fiber sintetik.


3.2 Bola takraw mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:-

3.2.1 Mempunyai 12 lubang.

3.2.2 Mempunyai 20 pertemuan silang.

3.2.3 Ukuran garis lilitnya mestilah diantara 0.41m hingga 0.43m untuk pemain lelaki dan 0.42m hingga 0.44m untuk pemain wanita.

3.2.4 Berat bola sebelum dimainkan diantara 170gm hingga 180gm untuk pemain lelaki dan 150gm hingga 160gm untuk pemain wanita.

3.3 Bola takraw boleh mempunyai satu warna, pelbagai warna dan warna yang terang tetapi tidak warna yang boleh mengganggu prestasi pemain.

3.4 Bola takraw juga boleh diperbuat daripada getah sintetik atau pun bahan lembut tahan lama (durable material ) bagi membaluti permukaan bola dan ianya tidak akan boleh mencederakan pemain. Pengeluar bola takraw ini hendaklah mendapat kelulusan dari ISTAF sebelum dimainkan di mana - mana kejohanan antarabangsa.

3.5 Kejohanan antarabangsa yang mendapat restu ISTAF termasuk Sukan Olimpik, Kejohanan Dunia, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan SEA hendaklah menggunakan bola takraw yang telah diluluskan oleh pihak ISTAF sahaja.

4. PEMAIN-PEMAIN
4.1 Setiap pasukan mempunyai 5 pemain dan 1 pemain simpanan. Senarai nama sekurang-kurangnya 5 pemain hendaklah dihantar kepada Pengadil Rasmi 30 minit lebih awal dari jadual pertandingan.

4.2 Hanya satu pertukaran sahaja boleh dilakukan sekira berlaku kecederaan terhadap pemain atau dengan pertukaran teknikal. Sistem kiraan mata tidak berubah semasa pertukaran dilakukan.

5. PERALATAN / PAKAIAN PEMAIN
5.1 Semua pakaian pemain hendaklah bersesuaian dan menepati ciri-ciri kejohanan sepaktakraw. Mana-mana peralatan yang boleh menolong melajukan bola atau mempercepatkan pergerakan pemain dan membahayakan kepada pemain adalah dilarang sama sekali.

5.2 Bagi mengelakkan kekeliruan, pasukan yang bertanding hendaklah memakai warna jersi yang berlainan

5.3 Setiap pasukan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua set Jersi/T-shirt, yang berwarna cerah dan berwarna gelap. Jika kedua-dua pasukan yang bertanding memakai warna jersi yang sama maka jersi pasukan tuan rumah hendaklah ditukar. Jika dari pasukan yang berlainan negara maka mana-mana negara yang dinama dahulu dalam pendaftaran hendaklah menukar jersi.

5.4 Pemain hendaklah memakai Jersi / T-Shirt, seluar pendek, stoking, dan kasut sukan bertapak getah dan tidak bertumit tinggi. Pakaian adalah merupakan sebahagian daripada anggota badan. Jersi / T-Shirt hendaklah dimasukkan kedalam seluar. Sekiranya cuaca sejuk, pemain dibenarkan memakai track-suits.

5.5 Semua Jersi / T-shirt hendaklah bernombor dibahagian depan dan belakang. Setiap pemain hendaklah memakai nombor jersi yang sama untuk keseluruhan kejohanan. Cuma nombor 01 hingga 15 boleh digunakan dan nombor hendaklah berukuran 19cm tinggi dibahagian belakang dan berukuran 10cm di bahagian depan ( Bahagian tengah dada ).

5.6 Ketua regu hendaklah memakai ‘Arm Band’ di lengan kiri.

5.7 Mana - mana pakaian yang tidak mempunyai specifikasi yang dinyatakan didalam Undang – Undang Permainan ini, hendaklah mendapat kelulusan dari pihak Teknikal ISTAF.


6. WARM UP

Cuma 6 orang pemain sahaja dibenarkan berada di dalam gelanggang untuk 2 minit warm up dengan menggunakan bola pertandinggan.

7. CARA BERMAIN

7.1 Kawasan pertandingan adalah sekitar ’A/Boards.

7.2 Hoop akan dinaik dan diturunkan oleh Pegawai pasukan bertanding.

7.3 Pemain hendaklah berdiri dan jarak di antara satu sama lain di sekeliling bulatan. Sesama mereka boleh menukar posisi semasa dalam permainan.

7.4 Setiap pasukan hanya boleh bermain dalam tempoh 30 minit sahaja.

7.5 Setelah Pengadil Rasmi meniup wisel, menandakan permainan bermula. Pemain hendaklah mencampakan bola kepada pemain yang bertentangan dan pemain tersebut hendaklah menghantar kepada pemain yang lain, barulah pemain tersebut boleh memasukkan bola kedalam hoop dengan pelbagai cara / sepakan sebagaimana terdapat dalam Undang - Undang Permainan 9.2.

7.6 Setelah campakan dilakukan, pemain mestilah berada di luar bulatan kecil dan apabila dalam permainan boleh bergerak bebas didalamnya.

7.7 Bola jatuh dilantai gelanggang atau bola berjaya masuk kedalam hoop rasmi permainan terhenti seketika.

7.8 Pemain yang menyebabkan bola gagal diambil, keluar gelanggang, jatuh ke gelanggang maka pemain yang sama hendaklah mencampak bola kepada pemain yang bertentangan dengannya untuk meneruskan permainan.

7.9 Bola rasmi boleh di tukar, apabila permainan dihentikan atau permainan tergendala disebabkan halangan.

7.10 Dalam permainan pemain di larang memegang bola dengan tangan kecuali pemain yang mencampak bola untuk memulakan permainan.

7.11 Bola boleh dicampak semula untuk meneruskan permainan setelah hoop rasmi berada di tahap ketinggian sebenar.

7.12 Apabila bola yang dimainkan telah terkeluar jauh dari gelanggang permainan, mana-mana pemain boleh meminta bola baru dari meja Pengadil.

7.13 Bola tidak didalam permainan dan campakan semula perlu dilakukan apabila:-

7.13.1 Bola jatuh dilantai gelanggang


7.13.2 Bola tersangkut atau masuk kedalam hoop rasmi.

7.13.3 Bola terkena mana-mana objek

8. PERKARA-PERKARA BATAL
8.1 Bola menyentuh tangan.

8.2 Mana-mana pemain memainkan bola lebih dari tiga sentuhan.

8.3 Pemain dengan sengaja menangkap bola semasa permainan.

9. KIRAAN MATA

9.1 Jumlah mata yang sama akan diberi sebanyak 10 mata pada setiap kali bola dimasukan kedalam hoop rasmi dengan pelbagai cara / sepakan mengikut tahap [degree] kepayahan yang boleh diterima kecuali:-

9.1.1 Menggunakan aksi [style] yang sama melebihi 3 kali.

9.1.2 Menggunakan aksi [style] yang tidak ada didalam Undang-Undang permainan seperti di 9.2.

9.1.3 Hantaran pertama selepas campakan dilakukan.

9.1.4 Bola yang melantun semula dari hoop rasmi.

9.1.5 Menyepak masuk bola setelah tamat masa permainan.

9.2 Aksi [style] bagi mempertingkat tahap [degree] kepayahan:-

9.2.1 Dengan kepala [header]

9.2.2 Sepak sila [inner step]

9.2.3 Bahu [shoulder]

9.2.4 Dengan lutut [knee kick]

9.2.5 Badek [outer step]

9.2.6 Sepak sila menyilang [cross jump kick]

9.2.7 Sepakan dari belakang [back flip]

9.2.8 Sepak kuda [in step]

9.3 Pasukan yang memungut mata terbanyak di kira sebagai pemenang.

9.4 Sekiranya terdapat persamaan dalam pungutan mata, pemenang akan ditentukan pada pusingan Tie Break. Pengadil Rasmi akan melakukan undian, pasukan yang memenangi undian akan memlakan permainan. Setiap pasukan di beri 5 minit dengan peraturan yang sama, jika pungutan mata masih sama setiap pasukan akan memulakan Tie Break sehingga pemenang di perolehi.

10. PENGADIL
10.1 Pertandingan ini akan diadili oleh Pengadil berikut:-

10.1.1 1 - Pengadil Rasmi
10.1.2 4 - Pengadil
- Pengadil
- Pengadil Mata
- Pengadil Pengawas Kiraan Mata
- Pengadil Penjaga Masa


11. TUGAS- TUGAS PENGADIL.

PENGADIL:-

11.1 Pengadil akan ditempatkan di luar gelanggang, memerhati sessi warm up dan pertandingan supaya berjalan lancar dan bertanggungjawab kepada perkara berikut:-

11.1.2 Memastikan semua pemain tidak memakai sebarang hiasan seperti cincin, gelang, rantai dan sebagainya.

11.1.3 Memberi isyarat untuk permulaan dan tamat ’warm up’ dan pertandingan.

11.1.4 Memerhati perkara-perkara batal.

11.1.5 Memastikan pemain yang mengeluarkan bola samasa permainan melakukan lambungan untuk meneruskan permainan.

11.1.6 Hentikan permainan atas sebab kecederaan atau gangguan semasa permainan.

11.1.7 Menghukum dengan mengeluarkan kad merah/kuning kepada pemain yang melanggar peraturan seperti di para 15.

11.1.8 Satelah tamat permainan, Pengadil akan mengarahkan pasukan berbaris dihadapan meja Pengadil untuk mengumumkan jumlah mata yang di perolehi dari Pengadil Penjaga Mata.

11.1.9 Bagi memastikan mata diberi apabila hoop telah berada pada tahap ketinggian yang betul.

12. PENGADIL PENJAGA MATA


12.1 Pengadil Penjaga Mata akan berada di meja pengadil yang di sediakan.

12.2 Akan mengawasi, mencatitkan mata dan aksi ( style ) yang digunakan pada
kertas hitungan mata bagi setiap pemain.

12.3 Akan memberitahu mata pada penjaga papan mata setiap kali mata
diperolehi.

13. PENGADIL PENJAGA MASA
13.1 Pengadil Penjaga Masa akan berada di meja pengadil yang di sediakan.

13.2 Meniup wisel dan menjaga masa untuk permulaan dan tamat permainan.

13.3 Memberhentikan masa apabila Pengadil meminta untuk teknikal time out seprti di para 11.1.6

13.4 Memasukkan mata pada papan mata electronik ( jika ada ) selepas penguguman dibuat oleh Pengadil Penjaga Mata.

13.5 Memastikan hoop berada di ketinggian yang ditetapkan.


14. PENGADIL PENGUMUM MATA

14.1.1 Pengadil Pengumum Mata akan berada di meja pengadil yang di sediakan.

14.1.2 Apabila pasukan berjaya mendapat mata, Pengadil Pengumum Mata akan mengumumkan bermula dari No. Jersi, kali ke berapa dan jenis aksi ( style ). Contoh: Pemain No 2, kali pertama, dengan kepala.


14.1.3 Apabila mata diperolehi akan tetapi melebihi 3 kali aksi (style) maka Pengadil
Pengumum Mata akan mengumumkan bermula dari No. Jersi, kali ke berapa dan jenis aksi ( style ) ’ TIADA MATA ’. Contoh: Pemain No 2, kali ke empat, dengan kepala ’ TIADA MATA ’.

14.1.4 Pengutip bola akan berada di luar kawasan permainan untuk mengutip bola yang terkeluar jauh. Bola tersebut akan di kembalikan ke meja Pengadil.

14.1.5 Penjaga Hoop bertanggungjawab untuk menaik dan menurunkan Hoop sepanjang Pasukannya bermain. Ia akan berada di sebelah Meja Pengadil bersebelahan dengan Pengadil Penjaga Masa. Penjaga Hoop harus memastikan Hoop dinaikkan ke ketinggian yang di tetapkan atau pada tanda yang di lekatkan pada tali.

15. DISIPLIN
15.1 Semua pemain hendaklah mematuhi undang-undang permainan.


15.2 Cuma ketua regu sahaja dibenarkan berjumpa dengan pengadil semasa permainan dijalankan untuk bertanya dan penjelasan tentang kesalahan yang dilakukan. Pengadil hendaklah melayani kehendak ketua regu.

15.3 Pengurus Pasukan, Jurulatih dan Pegawai dari pasukan yang bertanding dilarang menganggu keputusan yang telah dibuat oleh Pengadil yang mana akan menlengahkan atau menganggu perjalanan pertandingan. Gangguan yang dilakukan adalah dianggap satu kesalahan, dan tindakan disiplin boleh diambil terhadap mereka.


16. HUKUMAN

16.1 Jika terdapat pemain dengan sengaja memegang / menyentuh / menahan bola dengan tangan semasa dalam permainan, Kad Kuning hendaklah diberikan kepada pemain tersebut oleh Pengadil yang bertugas. Jikalau pemain yang sama masih melakukan kesalahan yang sama maka Kad Merah hendaklah diberikan dengan segera kepada pemain tersebut oleh Pengadil yang bertugas.

16.2 Jikalau ada pemain di kenakan Kad Merah maka permainan akan dihentikan dan tidak boleh membuat pertukaran pemain. Keputusan Mata akan diperolehi dari masa mula hingga insiden yang berlaku.

16.3 Hukuman-hukuman atas kesalahan yang dilakukan adalah seperti berikut:-

16.4 KAD KUNING.
Kesalahan yang boleh dikenakan Kad Kuning adalah seperti berikut:-

16.4.1 Tidak menunjukan semangat kesukanan dan melakukan perkara- perkara yang bertentangan dengan etika sukan yang boleh menjejajaskan keseluruhan pertandingan.

16.4.2 Memaki atau mengeluarkan kata - kata kesat.

16.4.3 Berulang kali melakukan melanggar Undang - Undang Permainan dan
Peraturan pertandingan.

16.4.4 Melambat - lambatkan permainan setelah diberi amaran lisan oleh Pengadil.

16.4.5 Masuk keluar gelanggang tanpa kebenaran Pengadil.

16.4.6 Dengan sengaja meninggalkan gelanggang kerana bantah keputusan Pengadil.

16.5 KAD MERAH
Kesalahan-kesalahan yang perlu dihukum, pemain boleh diberi ‘kad merah’ jika melakukan kesalahan berikut:-


16.5.1 Masih berdegil dan berkelakuan buruk setelah diberi amaran oleh pengadil.

16.5.2 Berkelakuan ganas dengan niat untuk mencederakan pihak lawan.

16.5.3 Meludah kepada pihak lawan, pegawai dan penonton.

16.5.4 Memaki dan mengeluarkan kata-kata kesat.

16.5.5 Menerima Kad kuning yang kedua dalam perlawanan yang sama.

16.6 Mana - mana pemain yang melakukan kesalahan samada didalam atau diluar gelanggang terhadap pihak lawan, pemain, Pengadil, Pembantu Pengadil atau mana-mana orang dimana Kad Kuning telah dikeluarkan adalah merupakan tindakan disiplin yang perlu diterima oleh semua pihak:

16.6.1 Kesalahan : Kad Kuning Pertama

Hukuman :
Amaran Biasa

16.6.2 Kesalahan : Kad Kuning Kedua diterima oleh pemain diperlawanan yang lain
tetapi didalam kejohanan yang sama.

Hukuman :
Di gantung satu perlawanan



16.6.3 Kesalahan : Kad Kuning Ketiga diterima setelah digantung satu perlawanan di
Kejohanan yang sama.

Hukuman :
(i) Di gantung 2 perlawanan.
(ii) Denda US $100 ( dibayar oleh Persatuan / Kelab yang terlibat ).

16.6.4 Kesalahan : Kad Kuning Keempat diterima setelah digantung dua perlawanan di
kejohanan yang sama.

Hukuman :
Digantung serta-merta dari bermain perlawanan seterusnya sehingga lembaga disiplin membuat membuat keputusan.

16.6.5 Kesalahan : Pemain menerima 2 Kad Kuning Dalam perlawanan yang sama.


Hukuman :
(i) Di gantung dua perlawanan.
(ii) Denda US $100 ( dibayar oleh Persatuan / kelab yang terlibat )
iii) Diberi Kad Merah diatas kesalahan disiplin ketiga dalam
mana-mana perlawanan di kejohanan yang sama.


16.7 Mana - mana pemain yang diperintah keluar gelanggang oleh Pengadil sama ada kesalahan didalam atau diluar gelanggang, terhadap pihak lawan, rakan sepasukan, Pengadil, Pembantu Pengadil, Pengadil Garisan atau mana-mana pegawai: Kad Merah akan diberi diatas tindakan disiplin berikut akan di ambil:-

16.7.1 Kesalahan : Menerima Kad Merah

Hukuman :

Di gantung serta-merta daripada bermain dalam mana - mana
perlawanan sehingga Lembaga Disiplin


6. UMUM
Jika berlaku pertelingkahan terhadap mana mana perkara yang tidak termasuk didalam Undang-Undang Permainan ini, keputusan Pengadil Rasmi adalah muktamad.




PINDAAN DILULUSKAN

Undang-undang Permainan ini telah dipinda dan diluluskan oleh Kongres ISTAF pada 23hb May 2008 bertempat di Bangkok, Thailand.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda