Jumaat, Julai 13, 2012

Latihan Bina Badan mudah di rumah

Di sini ada beberapa latihan asas yang simple dan mudah dilakukan di mana saja mahupun di rumah sendiri, cukup sekurang-kurangnya 20 minit sehari 3 - 4 kali seminggu. Apa yang perlu diingat ialah teknik latihan perlulah betul dan berkesan.

 Permulaan
Ini adalah rutin latihan peringkat permulaan bagi mereka yang baru memulakan bidang ini(Beginner).

  • Tempoh rutin: 3 hingga 6 bulan
  • Kekerapan latihan: 3 hari seminggu
  • Hari latihan: Isnin, Rabu, Jumaat @ Selasa, Khamis, Jumaat
  • Jumlah Variasi : 4 - 5 variasi (jenis latihan)
  • Set setiap latihan: 3 hingga 4 set
  • Waktu rehat antara set: Sehingga 2 minit
  • Ulangan setiap set: 8, 10, 12  *Ulangan bagi setiap set berubah-ubah ikut kemampuan sebagai contoh untuk melakukan sit-up, pada permulaan anda hanya mampu melakukannya 8 kali, namun minggu berikutnya kemampuan anda akan meningkat kepada 12 kali dan seterusnya bergantung kepada peningkatan anda.

WARM-UP UNTUK BINA BADAN


Kepentingan

Memanaskan badan memainkan peranan yang penting kepada tubuh badan seperti:
  • Menyediakan kestabilan tubuh untuk menanggung beban.
  • Mengurangkan kebarangkalian kecederaan
  • Penyediaan minda untuk menjalani latihan.

Memanaskan badan perlulah terdiri daripada memanaskan sendi-sendi yang terlibat dalam latihan. Bahagian sendi yang utama yang perlu diberi perhatian adalah pada sendi bahu. Ini kerana sendi ini adalah yang paling lemah berbanding sendi-sendi yang lain.

Warm-up dimulakan dari kaki dan bergerak ke atas manakala warm-down pula dari kepala hingga ke kaki. Warm-down amat penting kerana ia memastikan asid laktik yang terhasil di otot-otot hasil daripada latihan yang dilakukan dapat mengalir ke seluruh badan. Asid laktik yang terkumpul pada sesuatu bahagian badan boleh menyebabkan kelenguhan pada bahagian tersebut. Selain itu warm-down berperanan memulihkan kembali otot-otot yang tegang.

BINABADAN

    PENGENALAN: 

    Kebanyakan orang beranggapan untuk membentuk tubuh badan yang sasa dan menarik memerlukan latihan intensif, banyak membuang masa di gim dan mengeluarkan wang ringgit yang banyak untuk yuran bulanan dan membeli makanan tambahan (supplement). Di sini ada beberapa tip kesihatan dan latihan asas yang simple dan mudah untuk menjaga kesihatan dan juga membentuk tubuh badan yang menarik. Ianya boleh dilakukan di rumah, pejabat atau di mana jua tanpa perlu peralatan latihan. Ini bagi memudahkan kita yang tidak berkemampuan membeli peralatan yang mahal atau tiada masa untuk ke pusat gim. Dan yang paling penting, apa yang perlu diingat ialah teknik latihan dan diet makanan perlulah betul untuk menjamin keberkesanannya.
     
    Binabadan
    Binabadan merupakan sejenis sukan / gaya hidup untuk membina otot bentuk badan yang menarik melalui gabungan 3 rutin latihan ;
     
    • i ) Mengangkat berat
    • ii ) Diet makanan & makanan tambahan
    • iii) Jadual rehat/ tidur

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda