Sabtu, Oktober 13, 2012

Decathlon & Heptahlon

DekathIon

Dekathlon adalah gabungan 10 acara yang merangkumi lanian, lompatan dan lontaran. Semua acara ini dijalankan disepanjang dua hari, dan dikhaskan untuk lelaki sahaja. Susunan pertandingan acara adalah seperti berikut.


Hari pertama

Hari kedua

100 m
Lompat jauh

Lontar peluru

Lompat tinggi

400 m
110 m lari berpagar
Lempar cakera

Lompat bergalah

Rejam lembing

1500 m


Atlit yang menjuarai acara ini sering dianggap sebagai atlit paling lengkap. Perserta yang mengambil bahagian harus menggabungkan kelajuan, kekuatan, kelenturan, keazaman serta semangat kesukanan yang tinggi. Mereka juga marnpu mengekalkan prestasi yang tinggi sepanjang dua hari acara itu dijalankan. Untuk memenangi acara ini secara keseluruhan, peserta perlu mengambil bahagian dalam semua acara.

MARATHON DAN LUMBA JALAN KAKI

Marathon

Acara maraton juga merupakan acara olahraga yang disertai o]eh lelaki dan perempuan. Marathon sering diadakan dalarn perjumpaan olahraga utama –dunia, walaupun di negara kita, khususnya di peningkat sekolah tidak diadakan. Marathon adalah acara lan jarak jauh sejauh 26 batu 385 ela diadakan sejak Sukan Olimpik Kuno lagi. Mengikut sejarah. acara ini  adalah sempena sejarah Greek Kuno sebagai lambang pembawa berita yang berlari sejauh 26 batu 385 ela sebelum dia meninggal dunia disebabkan keletihan. Acara marathon diadakan di luar kawasan balapan, menggunakan jalar raya biasa. Hanya permulaan dan akhir acara sahaja diadakan di dalam balapan. Disebabkan jarak yang amat jauh. kebanyakan penganjur olahraga mengetepikan acara marathon daripada senarai acara marathon untuk acara ini disamping diadakan secara berasingan. Ada kalanya juga diadakan pada jarak yang lebih dekat dan dinamakan marathon mini.


PRINSIP MEKANIKAL LARIAN PECUT

Prinsip-prinsip mekanik yang terdapat dalam acara-acara lari pecut
Berikut ialah prinsip-prinsip mekanik yang terlibat:
a)                Pergerakan (motion)
b)                Halaju (velocity)
c)                Pecutan (acceleration)
d)                Halaju ‘Resultant’ (resultant velocity)
e)                Daya (force)
f)                 Pusat graviti (centre of graviti)

a). Pergerakan
Pergerakan didefinisikan sebagai pertukaran tempat atau kedudukan. Ia adalah dalam satu bentuk yang relatif. Contohnya, apabila anda memandu kereta, anda dalam satu pergerakan relatif dengan jalan, tetapi anda sedang dalam keadaan rehat yang relatif I terhadap kereta itu, Pergerakan terdapat banyak jenis, tetapi dalam lan pecut terdapat dua jenis iaitu pergerakan linear dan angular.
Pergerakan linear  
Pergerakan badan dalam satu garisan lurus dan ia bergerak dalam kepantasan,jarak dan arah yang sama. Dengan itu seseorang pelari pecut mestilah memperolehi putaran kaki yang baik.
Pergerakan angular
Pergerakan badan dalam paksa yang tetap. Pergerakan dibahagikan kepada yang sama dan tidak sama. Pergerakan badan dikatakan sama apabilajarak yang sama dibabiskan dalam masa yang sama. Janya tidak sama apabilajarak yang tidak sama dihabiskan dalam masa yang sama.

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda