Jumaat, Februari 25, 2011

PSIKOLOGI SUKAN: mengapa perlu bermain

MENGAPA PERLU BERMAIN?

Ramai ibubapa sering mengajukan soalan, "Mengapa anak-anak di peringkat awal asyik bermain sahaja dan apabila diminta membaca buku mereka cuba menolak?" Di kalangan ibu bapa yang kurang memahami perkembangan dan sifat semulajadi kanak-kanak menganggap bermain hanya sia-sia dan membuang masa sahaja. Sebenarnya sifat naluri semula jadi kanak-kanak suka bermain. Pada peringkat ini mereka suka meneroka, ingin tahu dan masih di alam fantasi. Dengan bermain pelbagai persoalan di dalam kepala mereka akan terjawab. Sebagai guru, ibu bapa ataupun siapa sahaja perlu tahu sifat kanak-kanak peringkat prasekolah. Antaranya adalah:

• Suka bertanya
• Suka meniru
• Suka mencuba
• Suka bermain
• Suka pada ulangan
• Suka memerhati
• Suka berimaginasi
• Suka menunjuk-nunjuk
• Suka meneroka

Apa maksud bermain?
Bermain adalah proses semula jadi dan spontan. la adalah kerja kanak-kanak yang dapat menghasilkan pengalaman, pembelajaran dan kemahiran. Bermain membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif. Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, bermain adalah suatu keperluan. Melalui bermain kanak-¬kanak dapat belajar pelbagai perkara dan isi dikenali sebagai pembelajaran tidak formal.

kemahiran Asas Bola Baling


Kemahiran asas dalam permainan Bola Baling, terbahagi kepada lapan iaitu bermula dengan kemahiran berlari, melompat, hantaran bola, menyambut bola, menggelecek bola dengan tangan, mengadang, menjaring, dan menjaga gol. Kemahiran-kemahiran ini perlu dipelajari dan dikuasai bagi setiap pemain Bola Baling sebelum boleh menjadi seorang pemain Bola Baling yang profesional. Kemahiran asas dalam sukan Bola Baling:

1. Berlari
2. Melompat
3. Hantaran bola
4. Menyambut bola
5. Menggelecek bola dengan tangan
6. Mengadang
7. Menjaring
8. Menjaga gol.

Sejarah Bola Baling

Permainan bola baling berasal dari Eropah. Permainan ini merupakan satu permainan yang telah diubahsuai dari permainan-permainan seperti Czeska Hasenka di Czehoslovakia, Handbold di Denmark dan Korball serta Raffbold di Jerman. Semasa perang dunia kedua permainan ini dikenali sebagai Torball yang dimainkan seramai tujuh orang. Pada tahun 1917, bilangan pemain telah ditambah menjadi sebelas orang dan dimainkan di padang bola sepak. Permainan ini telah diasaskan oleh Heizer di Jerman.

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda