Ahad, Mei 15, 2011

kelesuan otot,glikolisis,kitaran kreb dan pengankutan elektron..

 

Rajah 3.6: Sistem Oksigen
(Sumber: Shergill (2008). “Health Mad”)

 
i.Kelesuan otot.
merujuk kepada kemerosotan kapasiti otot meregang dengan stimulasi yang berulang. Keadaan ini menyebabkan prestasi individu menurun. Perbincangan tentang kelesuan memberi tumpuan kepada:
i.Sistem tenaga (ATP-PC, glikolisis dan pengoksidanan)
ii.Pengumpulan hasil sampingan metabolik
iii.Sistem saraf
iv.Mekanisme kegagalan penguncupan gentian

sistem tenaga Aerobik

Sumber tenaga ini melibatkan pengeluaran ATP daripada pelbagai bahan bakar dengan penggunaan oksigen. Sumber utama ialah karbohidrat dan lemak. Sistem ini menghasilkan paling banyak ATP. Ini membolehkan aktiviti fizikal dilakukan dalam jangka masa yang panjang tetapi berintensiti rendah dan sederhana. Pengeluaran ATP melalui sistem ini agak perlahan berbanding dengan sistem yang lain dan memakan masa melebihi tiga minit kerana oksigen perlu disalurkan ke otot melalui saluran darah. Dengan kehadiran oksigen, asid piruvik berpecah menjadi karbon dioksida dan air serta membebaskan ATP. Penghasilan ATP adalah melalui tiga proses utama iaitu glikolisis, kitaran kreb dan sistem pengangkutan elektron.  

sistem tenaga Anaerobik Laktik (asid laktik.)


Anaerobik laktik (  asid laktik)

Sistem ini membekalkan tenaga hasil daripada pemecahan glukosa yang diperolehi daripada karbohidrat yang tercerna atau glikogen yang tersimpan dalam otot atau hepar. Sistem ini tidak memerlukan oksigen untuk memecahkan glukosa. Proses penghasilan tenaga ini dikenali sebagai glikolisis anaerobik iaitu glikosos berpecah menjadi asid piruvik dan menukar menjadi asid laktik dengan ketiadaan oksigen. Sistem ini juga menghasilkan asid laktik yang boleh melesukan otot apabila kandungannya dalam darah terlalu banyak. ATP yang dihasilkan melalui sistem ini melebihi jumlah ATP yang diperolehi dari sistem anaerobik alaktik (ATP-PC). ATP  daripada sistem ini cukup untuk menjana aktiviti fizikal berintensiti tinggi selama 1-3 minit seperti bola sepak dan hoki.




hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda