Tujuan utama penggunaan kasut
adalah untuk memberi perlindungan kepada kaki serta mengelakkan
kecederaan. Untuk tujuan tersebut, kasut tersebut perlulah sesuai dengan
tapak kaki anda. Kasut yang terlalu sempit, terlalu rendah atau terlalu
besar boleh mengakibatkan ketidakselesaan, kecederaan dan juga
kecacatan tetap. Dengan memahami komponen serta ciri-ciri tertentu, anda
pasti boleh membuat pilihan kasut yang tepat untuk diri anda dan juga
keluarga yang tersayang. Risalah ini menjelaska setiap bahagian kasut
serta bagaimana ia boleh memberi kekuatan kepada kaki anda. Risalah ini
turut membincangkan perkara-perkara yang perlu diambil perhatian sebelum
anda membuat pilihan kasut sama ada untuk lelaki, wanita, kanak-kanak,
kasut bekerja mahupun kasut sukan. Risalah ini memberi pelbagai tip
berguna kepada anda agar anda membuat pilihan kasut terbaik untuk
kegunaan anda sekeluarga
Sabtu, Jun 02, 2012
KAEDAH LATIHAN
Kaedah Latihan
Kaedah Latihan Anaerobik
Kaedah latihan yang berupaya meningkatkan kapasiti anaerobic iaitu keupayaan untuk bekerja dengan cekap dan berkesan tanpa kehadiran oksigen. Latihan ini membantu untuk meningkatkan keupayaan tubuh untuk menghasilkan semula ATP dengan cepat semasa rehat antara kerja. Objektif latiham ini adalah bagi meningkatkan komponen-komponen kecergasan berikut :
(a) Kelajuan
(b) Kekuatan otot
(c) Daya tahan otot
(d) Kuasa
(e) Ketangkasan
Jenis-jenis latihan :
2.1 Latihan Jeda ( jarak sederhana dan jarak dekat )(Interval Training)
• Amat sesuai diaplikasikan kepada hampir semua jenis permainan seperti bola sepak, ragbi, badminton dan sepak takraw.
• Sesuai pada pertengahan musim persediaan khusus sehinggalah ke penghujung musim.
• Nisbah jeda kerja kepada jeda rehat adalah antara 1 : 2 bagi jarak sederhana hingga 1 : 3, 1 : 4 dan 1 : 5 bagi jarak yang lebih dekat.
• Preskripsi latihan jeda jarak sederhana :
4 X 400 meter X 3 set @ 70 saat ( 1 : 2 ).
• Preskripsi latihan jeda jarak dekat :
6 X 80 meter X 4 set @ 10 saat ( 1 : 4 ).

Labels:
latihan
Khamis, Mei 03, 2012
PERATURAN & ANSUR MAJU LARI BERPAGAR
Peraturan Larian Berpagar
PERATURAN
1. Pelari dibenarkan berlari dalam lorong masing-masing sahaja.
2. Pembatalan boleh dikenakan kepada seseorang yang ber lari dalam keadaan berikut:
· 1. Mengheret kaki di bawah palang pagar.
2. Melompat pagar di lorong lain.
· 3.Menjatuhkan pagar dengan tangan atau kaki secara
sengaja.
LATIHAN ANSUR MAJU
1. Halangan di atas tanah
a) Melangkah tali yang direntang ditanah.
b) Berlari dan melangkah batang rotan rendah.
c) Berlari dan melangkah halangan di tanah
1. Halangan di atas tanah
a) Melangkah tali yang direntang ditanah.
b) Berlari dan melangkah batang rotan rendah.
c) Berlari dan melangkah halangan di tanah
Labels:
kemahiran sukan
Langgan:
Catatan (Atom)