Jumaat, Oktober 11, 2013

CARDIO PULMONARY RESUSCITION ( CPR)

CARDIO PULMONARY RESUSCITION(CPR)

Cpr adalah bantuan awalan yang diberikan kepada mangsa yang menghadapi masalah terhenti pernafasan sebelum bantuan tiba dengan member i tekanan di atas dada dan bantuan hembusan pernafasan.

PROTOKOL CPR
D.R.A.B.C
1.DANGER  (Bahaya)
-Penyelamat
-Mangsa
-Persekitaran
2.RESPOND
-Tepuk bahu mangsa bagi mengenal pasti tahap kesedaran mangsa
-Aktifkan EMS(Emergency Medical Servis)
*hospital,bomba,dlL

PERTOLONGAN CEMAS

BANTUAN KECEMASAN...

1.Merawat luka dan berdarah
. Rawatan luka kecil
-Alirkan air pada luka dan keringkan dengan kain bersih
-Bersihkan keliling luka dengan kapas atau kain bersih yang dibasahkan dengan air sabun atau antiseptic
-Balut dengan kain bersih atau pembalut

.Mengawal pendarahan
-Hentikan pendarahan dengan meletakkan kain bersih pada luka dan tekan dengan jari atau tangan(tekanan tepat)
-Apabila pendarahan berhenti, balut dengan kain bersih
-Jika terdapat objek asing seperti paku, kaca, atau pisau, jangan tekan pada luka
-Balut sekeliling objek itu dengan kain bersih dan dapatkan rawatan lanjut
-Jika tangan atau kaki yang cedera, tinggikan ia melebih paras jantung untuk kurangkan tekanan
-Sekiranya luka itu besar dan pendarahan banyak, dapatkan rawatan lanjut

Sabtu, Jun 15, 2013

PERATURAN ASAS & UNDANG -UNDANG PERMAINAN BOLA BALING

UNDANG-UNDANG PERMAINAN BOLA BALING

1. Gelanggang permainan
     Gelanggang permainan berukuran 20 meter kali 40 meter. Garisan kawasan gol atau garisan 6 meter adalah merupakan garisan paling penting. Semua pemain kecuali penjaga gol dibenarkan berdiri di dalam kawasan gol. Tiang gol adalah 2 meter tinggi dan 3 meter lebar. Pemain boleh mendarat dirat di dalam kawasan gol selepas menjaringkan gol..
2.Bola
     Bola saiz 2 digunakan untuk kumpulan wanita dan kumpulan lelaki bawah umur 12 tahun. Bola saiz 3 digunakan untuk kumpulan lelaki 15 tahun ke atas. Bola saiz 1 digunakan untuk permainan bola baling mini bagi kumpulan umur 8 tahun ke bawah.  
 
3.Bilangan pemain
     Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa permainan, 6 orang pemain gelanggang dan seorang penjaga gol akan berada di dalam gelanggang. Pengganti-pengganti boleh menggantikan pemain di dalam gelanggang pada bila-bila masa dengan syarat pemain di dalam gelanggang keluar terlebih dahulu sebelum pemain pengganti masuk.

ASAS CARA BERMAIN HANDBALL

CARA BERMAIN

Pasukan bola baling dimainkan antara dua pasukan. Setiap pasukan mengandungi 6 pemain gelanggang dan seorang penjaga gol serta 5 orang pemain ganti. Objektif permainan ini ialah menjaring seberapa banyak gol ke dalam gol lawan dalam masa yang ditetapkan dalam pertandingan itu.

Tiang gol permainan bola baling berukuran 2 meter tinggi dan 3 meter lebar. Masa permainan untuk kumpulan umur 16 tahun ke atas ialah 30 minit untuk setiap separuh masa dengan masa rehat sebanyak 10 minit. Untuk kumpulan 12 hingga 16 tahun, masa permainan adalah 25 minit untuk setiap separuh masa dan 10 minit rehat. Untuk kumpulan umur 8 hingga 12 tahun, masa permainan adalah 20 minit untuk setiap separuh masa dan 10 minit rehat.

SEJARAH BOLA BALING (HANDBALL)

SEJARAH BOLA BALING


Bola baling merupakan gabungan daripada berberapa kemahiran asas bola jaring, bola keranjang dan bola sepak, kini mulai mendapat pengiktirafan sebagai salah satu permainan bertaraf antarabangsa yang diminati. Bola baling sudah menjadi permainan yang setanding dengan permainan-permainan lain dari segi popularitinya.

Permainan bola baling dipercayai bermula pada masa perang dunia pertama yang dikenali sebagai Torball   Pada tahun 1917 bilangan pemainnya ditingkatkan daripada tujuh orang kepada sebelas orang.   Bola baling dimainkan di padang bola sepak dengan menggunakan bola sepak.   Orang yang bertanggungjawab kepada penciptaan pemainan ini ialah seorang guru sukan Jerman bernama Heizer.  Bola ini kemudiannya dikenali sebagai Handball atau bola baling.

Pada tahun 1936, permainan bola baling ini telah dipertandingkan dalam Sukan Olimpik yang dilangsungkan di Berlin.  Pada tahun 1938 disebabkan masalah cuaca dan salji yang meliputi padang permainan hampir sepanjang tahun di negara-negara Eropah Timur, mereka telah mengubahsuai permainan ini untuk dimainkan di dalam dewan.   Bilangan dikurangkan  menjadi 7 (tujuh) orang sepasukan dan gelanggang permainan juga turut dikecilkan.  Pertandingan pertama menggunakan format ini ialah diKejohanan Dunia Pertama di Jerman pada tahun 1938.

TEORI KEBIMBANGAN (anxiety theory)

TEORI KEBIMBANGAN

Ciri-ciri perbezaan antara kebangkitan dan kebimbangan telah dijelaskan dengan sebegitu rupa untuk menerangkan tentang perbezaan antara kedua-duanya, serta untuk mengelakkan salah tafsiran tentang apa yang dimaksudkan dengan kebangkitan dan kebimbangan. Bagaimanapun, untuk menjelaskan tentang teori yang berkaitan dengan kebimbangan, kedua-duanya perlu dilihat dalam konteks yang sama kerana kebangkitan sering dilihat sebagai hampir sama dengan kebimbangan seketika (Cox, 1998). Dalam bahagian ini, akan diutamakan teori-teori yang menjelaskan tentang perkaitan antara kebangkitan dan kebimbangan dengan prestasi atlit.

1.         Teori Dorongan
Teori Dorongan telah diperkenalkan oleh Hull (1943, 1951) dan Spence (1956). Asalnya, teori ini melihatperkaitan di antara stimulus dan respons dari aspek motivasi dan pembelajaran. la didasarkan kepada formula berikut:


Bevel: Prestasi = Kebangkitan x Tahap Kemahiran
 
Teori Dorongan merupakan teori yang menjelaskan tentang persaingan di antara respons yang terdapat dalam sesuatu proses pembelajaran. Dorongan atau keinginan yang kuat yang dikaitkan dengan kebangkitan akan menghasilkan respons yang dominan. Dalam konteks ini, perkaitan di antara prestasi dan kebimbangan (kebangkitan) dilihat dalam bentuk linear.

Interpersonal dalam sukan kanak-kanak

Faktor Personal Yang Mempengaruhi Penglibatan Kanak-kanak

Menurut Mohd Jafius Bahari, faktor interpersonal juga akan mempegaruhi penglibatan seseorang pelajar dalam aktiviti sukan. Sebagai contoh, Alan ingin main badminton tetapi semua rakannya ingin bermain bola sepak. Maka, dia akan mengalami kesulitan mencari rakan yang ingin bermain badminton dengannya dan seterusnya akan menyebabkan dia jarang mengikuti aktiviti sukan. Faktor interpersonal yang lain termasuklah tekanan kebimbangan budaya, sikap keagamaan , serta kemampuan dan kemahiran diri yang dimiliki.
            Pelajar yang selalu didenda oleh guru akan berasa takut terhadap guru sukan tersebut menyebabkan mereka berhenti untuk belajar dan berpretasi baik semasa p&p. Dendaan yang tidak bersesuaian apabila dikenakan kepada pelajar akan menyebabkan gangguan emosi yang akan menjejaskan kecergasannya. Pelajar yang selalu didenda akan bertindak agresif dan cenderung melakukan keganasan dan vandalisme
            Gejala pelajar tidak memakai pakaian sukan semasa pengajaran dan pembelajaran PJK sering berlaku. Segelintir pelajar lupa, tidak suka atau sengaja tidak berpakaian sukan semasa menghadiri kelas pjk. Penekanan peraturan dan pengawalan pakaian yang longgar semasa Pendidikan jasmani menyebabkan pelajar tidak peduli akan akibatnya.

Faktor penglibatan murid dalam sukan

Faktor Persekitaran Yang Mempengaruhi Penglibatan Murid-Murid

Perkembangan dan tingkah laku individu boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Banyak kajian-kajian telah dibuat mengenai perkembangan dan tingkah laku individu yang dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Rahil dan Habibah (2002) yang memetik pernyataan Penteori behaviorisme, Watson (1878-1958), iaitu:
“Give me a dozen healthy infants, well-formed, and in my own special world to bring them up in and I’ll guarantee to take any one at random and train him to become any type of specialist I might select – doctor, lawyer, artist, merchant, chief, and yes, even beggarman and thief, regardless of his talents, penchants, tendencies, abilities, vocations and race of his ancestors.......”.
Mengikut teori ekologi Bronfenbrenner, sistem yang paling dekat kepada perkembangan individu ialah mikrosistem. Mikrosistem seperti dijelaskan awal adalah faktor seperti keluarga, sekolah, rakan sebaya, kawasan kejiranan dan faktor agama dan budaya. Dalam laporan ini cuma akan menyentuh tiga faktor dari mikrosistem iaitu keluarga, sekolah dan rakan sebaya. Ini kerana ketiga-tiga faktor ini lebih dekat kepada perkembangan individu dalam konteks pendidikan amnya dan penglibatan dalam sukan bolasepak khasnya bagi murid-murid berumur 9 hingga 11 tahun di Sekolah Rendah Rimba I.

Teori Perkembangan Ekologi Bronfenbrenner 

Teori ekologi ini diasaskan oleh Urie Bronfenbrenner. Menurut beliau, persekitaran manusia berasas kepada hubungan dengan konteks di mana seseorang itu berinteraksi. Beliau mengelaskan beberapa sistem yang cenderung  mempengaruhi manusia kepada 5 sistem iaitu Mikrosistem, Mesosistem, Eksosistem, Makrosistem dan Kronosistem.

PSIKOLOGI DAN SOSIALISASI DALAM SUKAN

SUKAN DAN PERKEMBANGAN PSIKOLOGI KANAK-KANAK



SOSIALISASI SUKAN Faktor sosiobudaya mempengaruhi penyertaan atlet remaja dan wanita dalam sukan. Dalam konteks budaya, sukan dianggap sebagai satu wadah sosialisasi. Sosialisasi merupakan proses di mana anggota masyarakat saling berkomunikasi dan berinteraksi di antara satu sama lain serta menentukan peranan yang mesti dimainkan oleh setiap anggota masyarakat untuk menjadi ahli masyarakat tersebut.
Secara tradisinya, penyertaan dalam sukan untuk kaum lelaki dan wanita sudah lama terbentuk. Kita boleh lihat bagaimana pembahagian serta jenis-jenis sukan mengikut jantina terbentuk dalam masyarakat kita. Bagaimanapun, bagi wanita yang melibatkan diri dalam sukan secara aktif, mereka sebenarnya telah melangkah batas norma yang telah ditetapkan oleh masyarakat, khususnya dalam sukan yang kompetitif selepas baligh. Menurut Eccles dan Harold (1991), terdapat tiga cara individu dipengaruhi untuk menyertai sukan dan aktiviti fizikal iaitu faktor sosialisasi,situasi dan persekitaran dan faktor peribadi. Faktor sosialisasi merujuk kepada proses interaksi antara individu. Dalam konteks sukan, pengaruh sosialisasi individu yang signifikan dalam kehidupan seseorang kanak-kanak lelaki atau perempuan mempengaruhi penglibatan mereka dalam sukan (Greendorfer, 1992). Antaranya dorongan kedua ibu bapa serta pengaruh saudara tua (abang atau adik) turut mempengaruhi penglibatan dalam sukan (Eccles & Harold, 1991) ; Greendorfer, 1992).

FAKTOR SOSIALISASI DALAM PENGLIBATAN SUKAN KANAK-KANAK.

Proses sosialisasi adalah ruang untuk individu bersosial dan saling berinteraksi dengan orang lain. Melalui proses ini, kita saling mengenali, mempelajari budaya dan menyesuaikan diri menjadi ahli dalam sesebuah masyarakat tersebut.Proses sosialisasi ini berlaku dengan dua cara iaitu proses sosialisasi ke dalam sukan dan proses sosialisasi melalui sukan.

                        Faktor pertama berlakunya proses sosialisasi ke dalam sukan ialah sukan dapat mempengaruhi pemindahan budaya sukan kepada seseorang individu. Misalnya dalam berpakaian. Sukan badminton adalah contoh yang jelas proses sosialisasi ke dalam sukan berlaku iaitu melalui pakaian pemain yang ditaja oleh Yonex. Maka dengan role model seperti Lee Chong Wei yang memakai pakaian tersebut, orang ramai yang meminatinya dan meminati sukan ini akan menggunakan jenama Yonex sebagai lambang semangat kesukanan di dalam diri individu terbabit.

Sabtu, Januari 05, 2013

ARAS ORGANISASI OTOT RANGKA

Aras organisasi otot rangka terbahagi kepada lima struktur iaitu keseluruhan otot (organ), gentian otot (sel), miofibril (struktur intrasel khusus), filamen tebal dan filamen nipis (elemen sitorangka) dan miosin dan aktin (protein).


Otot rangka
Otot rangka mempunyai banyak gentian otot yang terletak selari sesama sendiri dan diberkas oleh tisu penghubung.

Gentian otot
Gentian otot biasanya panjang dan merentasi keseluruhan panjang otot. Gentian otot terbentuk disebabkan pelakuran banyak sel yang kecil semasa perkembangan embrio. Gentian otot merupakan satu sel otot yang mempunyai berbilang nukleus dan kehadiran banyak mitokondria iaitu organel yang menjana tenaga yang diperlukan untuk pengecutan otot. Gentian otot juga mengandungi banyak miofibril yang berbentuk silinder (1μm diameter) dan terdiri daripada 80% isipadu gentian otot. Selain itu gentian otot terlibat secara langsung dengan pengecutan otot.

Miofibril
Setiap miofibril mengandungi elemen sitorangka yang terdiri daripada filamen tebal dan filamen nipis.

PENDIDIKAN PERGERAKAN

Apakah pendidikan pergerakan ?

Pendidikan Pergerakan merupakan satu bidang yang sangat luas dalam Pendidikan Jasmani. Oleh kerana pendedahan mengenainya tidak begitu berkembang dikalangan guru-guru pendidikan jasmani sekolah menengah, maka bidang ini ditinggalkan begitu sahaja.
Pendidikan Pergerakan melibatkan pergerakan-pergerakan asas seperti berjalan, berlari, melompat dan mengawal badan. Semua pergerakan adalah hasil daripada satu atau kombinasi beberapa pergerakan asas ini.



Tujuan pendidikan pergerakan ini adalah untuk melatih pelajarnya agar mereka mempunyai kebolehan untuk melakukan sesuatu aksi dengan menggunakan daya tenaga yang minimum. Ia juga bertujuan membolehkan pelajar menyedari perkaitan antara pergerakan-pergerakan dengan tubuh badan, ruang, masa, beban, daya, ritma, aliran dan kesinambungan pergerakan.
Pendidikan Pergerakan mempunyai 4 faktor yang saling bergantung antara satu sama lain terutamanya dalam proses mencipta satu rangkaian pergerakan agar kelihatan licin, teratur dan menarik. Faktor-faktor tersebut ialah Kesearan Tubuh Badan, Kawalan Berat Badan, Masa dan Aliran.
Terdapat 8 daya asas dalam pendidikan pergerakan iaitu daya sentakan (flick), daya memedap (dab), daya berapung (float), daya meluncur (glide), daya menolak (thrust), daya menekan (press), daya mengelar (slash) dan daya memerah (wring).

SELAMAT TAHUN BARU 2013...........

SEBAGAI panduan Rakan-rAkan...........
Rancangan Tahunan PJPK untuk Sekolah Menengah :
Tingkatan-1
Tingkatan-2
Tingkatan-3
Tingkatan-4
Tingkatan-5

Rancangan Tahunan PJPK

Rancangan Tahunan PJPK Sekolah Rendah:
Tahun-1
Tahun-2
Tahun-3
Tahun-4
Tahun-5
Tahun-6










hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda