Sabtu, Mac 13, 2010

KAYAK / KENU MALAYSIA..

Teringat aku semasa belajar  di UPSI bila tengok dekumentari TV berkaitan kayak yang mana aku menyertai pasukan kenu atau kayak Universiti suatu ketika dulu. Pensyarah aku masa tu En Md Amin Md Taff , orang Johor dari Batu Pahat, Pernah jadi housemate Cikgu Norazman bekas guru di SMK Tun Mamat tu.. En Amin ( gambar bawah )juga adalah pengerusi Persekutuan Kenu Malaysia yang telah membantu aku untuk layak menerima anugerah kejurulatihan bintang 1 & 2 kayak Malaysia. So kat sini aku cite sikit berkaitan kayak untuk di kongsikan...




FLATWATER RACING

"Flatwater racing " kanu mula diperkenalkan di Sukan Olimpik ke 11 pada tahun 1936 di Berlin. Kebiasaannya di peringkat Olimpik, hanya acara 1000 meter dan 500 meter dipertandingkan bagi acara lelaki dan wanita. Kayak pula adalah dari kategori K1, K2, K4, C1, C2 dan C4.
 
Di Malaysia, 'flatwater racing' kanu mula di iktiraf di SUKMA ke 4 tahun 1992 di Johor. Acara tradisi ialah K1 dan K2 dengan jarak 500 meter dan 1000 meter. Acara kanu tidak dipertandingkan di SUKMA tahun 1998, 2002 dan 2004.
Selepas itu, acara ini semakin berkembang di Malaysia. Acara yang popular di Malaysia ialah K1 dan K2 dengan jarak 200 meter, 500 meter dan 1000 meter.

KANU POLO
LATARBELAKANG. Kanu Polo adalah salah satu cabang sukan berkanu. Sukan ini pada mulanya di perkenalkan di Malaysia di Pulau Pinang pada tahun 1978. Hanya pada bulan Mei 1996, iaitu tahun berikutnya penubuhan Persatuan Kenu Malaysia (MASCA), satu kursus asas kanu polo di anjurkan di KOLA, Tasik Kenyir, Terengganu. Berikutan dengan sambutan yang menggalakkan, MASCA telah menjemput En Mohamad Assyidiq dari Persatuan Kenu dan Dayung Indonesia untuk melatih bakal jurulatih tempatan di dalam satu Kursus Kenu Polo Kebangsaan di Kangar, Perlis pada bulan November 1996. Sejak itu sukan kanu polo ini semakin popular dan berkembang pesat di Malaysia.

SLALOM
Acara slalom telah dipertandingkan buat pertama kalinya di Switzerland pada tahun 1933. Sementara pertama kalinya di Sukan Olimpik 1972 di Augsburg, Munich, Germany. Acara ini dilangsungkan di kawasan berjeram dengan atlit berkayak slalom akan melalui 25 gates yang digantung di sepanjang laluan sejauh 350 meter. Gates ini berwarna merah putih atau hijau putih.
Di Malaysia, acara ini masih lagi di peringkat pembangunan walaupun kursus asas slalom buat pertama kalinya diadakan di Kuala Kubu Baru, Selangor pada tahun 1995 oleh En. Salehuddin Ayub, atlit pertama Malaysia untuk acara slalom di Sukan Olimpik 1996, Atlanta, USA.
Antara sungai yang telah digunakan untuk acara slalom di malaysia ialah seperti berikut:-
1. Sungai Sedim, Kulim, Kedah
2. Sungai Sungkai, Sungkai, Perak
3. Air Terjun Chamang, Bentung, Pahang
Acara pool slalom juga dilaksanakan di Malaysia untuk menarik minat penggiat sukan kanu. Antaranya ialah di Regatta Kuala Lumpur dan Karnival Kanu Putrajaya.

ARUS DERAS
Sukan kayak arus deras telah dimulakan oleh pengerak kayak pada awal tahun 1990an. Jeram Besu adalah Pusat Arus Deras Kebangsaan yang pertama ditubuhkan di Malaysia pada pertengahan tahun 1990an. Ianya masih lagi popular sehingga kini walaupun kini telah banyak sungai yang sesuai untuk akitiviti ini telah dijelajahi. Antara sungai yang popular kini ialah Sungai Kampar (Sungai Itik), Air Terjun Chamang (tempat aku buat latihan untuk anugerah bintang 2, kena terjun dari jeram dan air terjun beb..!)  Sungai Sungkai/Klah, Sungai Slim, Sungai Singho, Sungai padas dan Sungai Kiulu.
Persatuan Sukan Kenu Kuala Lumpur juga bergiat aktif di dalam aktiviti kayak arus deras ini. Antara Sungai yang telah dituruni ialah:-
1. Air Terjun Chamang, Bentong, Pahang
2. Lata Lembik, Raub, Pahang
3. Sungai Kampar/Sungai Itik, Gopeng, Perak
3. Sungai Selangor, Kuala Kubu Baharu, Selangor
4. Sungai Pangsun, Selangor

EKSPEDISI BERKAYAK
Ekspedisi berkayak adalah aktiviti yang terawal bertapak di dalam kategori berkenu. Aktiviti ini memerlukan stamina dan kekuatan mental. Pada peringkat awal, kayak yang biasanya digunakan ialah dari bahan buatan fiberglass yang dikenali sebagai kayak tongkang dikalangan penggiat kayak. Kini, kayak dari bahan polyethylene semakin popular kerana ketahanannya. Rekabentuk 'sea kayak' adalah semakin pupular untuk kegunaan ekspedisi untuk jarak jauh dan tanpa pasukan sokongan sepenuh masa.Aku telah menyertai ekspidisi kayak  sejauh 80km dari Pos Kuala Medang - Kuala lipis Pahang pada 2004 sebagai ujian untuk sijil kejurulatihan kayak bintang 1..

2 ulasan:

  1. Waduh ... betul ke muhazee ... macam tidak je.. memang anak jelapang hebat suka main air

    BalasPadam
  2. salam...
    jika berminat untuk menyertai Kenaboi International River Challenge pada 13-14 nov 2010, sila layari http://www.kenaboi.com.my/..
    sila sebar-sebarkan..terima kasih

    afiqaizat@ns.gov.my

    BalasPadam

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda