Khamis, Jun 16, 2011

KEAGRESIFAN SUKAN 2

Kesan pendekatan agersif terhadap individu dalam sukan.
Kesepaduan Pasukan
Menjelaskan maksud kesepaduan pasukan.
Menghuraikan fasa yang berkaitan dengan pembentukan pasukan dan menghuraikan ciri setiap fasa.

Fasa pembentukan pasukan:

  1. Pembentukan
  2. Perbalahan
  3. Pembentukan norma
  4. Persembahan

KEAGRESIFAN DALAM SUKAN

Keagresifan dalam Sukan
Menjelaskan pengertian keagresifan dalam sukan
Memahami perbezaan antara ketiga-tiga jenis keagresifan dalam konteks sukan.
Memberi contoh yang sesuai bagi setiap jenis keagresifan dalam sukan.
Jenis Keagresifan
Ketara (hostile)
Instrumental
Asertif
Pengertian keagresifan
Baron dan Richardson (1994) – apa saja bentuk tindakan dan perlakuan yang bermatlamat untuk menyebabkan kecerderaan ke atas benda hidup yang lain dan bermotivasi untuk mengelakkan diri dari kecerderaan
Wann (1997) – satu tindakan yang bermatlamat untuk mengakibatkan kecerderaan secara fizikal, verbal atau psikologikal keatas seseorang yang bermotivasi untuk mengelakkan diri dari di cerderakan dan atau perbuatan yang mendatangkan kerosotan kepada harta benda yang berpunca dari kemarahan

motivasi dalam sukan

Menjelaskan pengertian motivasi dalam konteks
Sukan.
Definisi
Sage (1977) – arah dan intensiti usaha seseorang individu. Arah merujuk kepada tindakan individu sama ada untuk menghampiri atau menjauhi sesuatu setuasi. Intensiti merujuk kepada tahap kekuatan usaha individu tersebut untuk menghampiri atau menjauhi setuasi tersebut.
Wann (1977) – Sebagai proses kebangkitan dalam diri individu yang membantu usaha mengarah serta mengekalkan kelakuan yang diingini.

 
Motivasi
Menghuraikan perbezaan antara motivas
intrinsik dengan ekstrinsik. Dan mengenal pasti contoh kepentingan motivasi instrinsik dan ekstrinsik yang Sering digunakan dalam konteks sukan.
Motivasi Intrisik
Bersifat dalaman seperti keinginan untuk memperbaiki pencapaian peribadi, meningkatkan tahap kesihatan atau kerana faktor keseronokkan.
Motivasi Ekstrinsik
Bersifat luaran seperti keinginan untuk mendapatkan ganjaran, penghormatan atau lain-lain perkara yang bersifat material.

PENGURUSAN STRES SUKAN

Pengurusan stres melibatkan :
  1. Kawalan Pernafasan
  2. Relaksasi Otot Progresif
  3. Latihan Autogenik
  4. Imageri
  5. Penetapan Matlamat

Kawalan Penafasan
Tarik nafas, lepaskan. Keluarkan semua masalah dan tekanan semasa menghembus nafas
Tarik nafas dalam-dalam ke diafragm dan lepaskan
Tarik nafas anda bersama tenaga dan daya hidup yang baru. Lepaskan semua ketegangan dan kepenatan dari dalam diri anda
Relaksasi Otot Progresif
Jacobson – otak cemas tidak akan wujud jika otot seluruh badan dalam keadaan relaks.
Matlamat program ini adalah untuk merelakskan seluruh otot badan dalam beberapa minit.
Teknik ini memerlukan atlet menegangkan otot yang berkaitan sebelum merelakskannya.
Ketegangan membantu atlet mengenal pasti perbezaan antara ketegangan dan relaksasi.
Matlamat akhir program ini adalah untuk menaikkan respon relaksasi bagi mengatasi stres dalam sesuatu situasi yang spesifik.
Latihan Autogenik
Hampir sama dengan relaksasi progresif
Satu bentuk latihan mental yang dirancang untuk melahirkan sensasi hangat dan berat sebagai respon kepada relaksasi.
Anggota badan berasa berat kerana tidak wujud sebarang tekanan mahupun ketegangan pada otot badan sementara kehangatan yang dirasai berpunca dari pengembangan saluran darah pada otot berkenaan (kesan tindakan parasimpetatik)
Imageri
Block(1981) – Satu proses yang menggunakan visualisasi untuk membayangkan situasi.
Wann (1997) – Proses yang merangkumi visualisasi mental tentang dasar yang dilakukan sebelum atau semasa melakukan tugasan tersebut
Penggunaan semua deria untuk mereka atau mereka semula pengalaman dalam minda.

PROSES PSIKOLOGI DALAM SUKAN

Proses kebangkitan

Berpunca dari tindakan Sistem Saraf Autonomik. SSA mengawal tindakan automatik serta fungsi luar kawal badan seperti degupan jantung, penarfasan dan tekan darah. Ia boleh dibahagikan kepada sistem simpartetik dan parasimpartetik.Sistem simpartetik boleh dianggap sebagai pusat kebangkitan dengan menyediakan, dengan menyediakan badan untuk tindakan ‘flight or fight’ sementara parasimpatetik pula berfungsi sebagai penenang atau (menurunkan kebangkitan).
Kebangkitan dan Kebimbangan dalam Sukan
Menjelaskan istilah yang berkaitan dengan stres
Memahami kesan kebangkitan dan kebimbingan terhadap prestasi apabila tahap kebangkitan dan kebimbangan terlalu tinggi/terlalu rendah.
Memahami pengaruh kebimbangan tret dan kebimbangan semasa dan perkaitannya dengan prestasi.
Memahami teori bencana

Kebangkitan dan Kebimbangan dalam Sukan
Kesan Kebangkitan dan kebimbangan terhadap individu:
Stres
Eustres
Distres
Hiperstres
Hipostres

Sabtu, Jun 04, 2011

PENCEGAHAN KECEDERAAN SUKAN


Faktor Ekstrinsik :

1-Pakaian


  • Selesa, sesuai dengan saiz tubuh badan dan membenarkan penyejatan peluh berlaku. Pakaian yg ketat menjerut peredaran darah membawa kesan buruk
2-Peralatan
  • Sesuai dgn umur, ketinggian dan keupayaan fizikal individu terutama oleh kanak-kanak dan remaja
3-Peralatan keselamatan
  • Pemakaian peralatan keselamatan perlu diwajibkan bagi melindungi daripada sebarang kecederaan.
4-Persekitaran
  • Selamat dan sesuai untuk menjalankan aktiviti. Bebas daripada unsur-unsur yang boleh mendatangkan risiko kemalangan dan kecederaan.


    Faktor Intrinsik :

    1-Kesihatan
    Memastikan atlet bebas daripada masalah kesihatan.Persediaan dari segi mental dan fizikal sebelum melakukan sebarang aktiviti.

    2. Kecergasan
    Memastikan setiap atlet mempunyai tahap kecergasan yang optimum sebelum melakukan sebarang aktiviti.

    3. Pemakanan
    Memastikan setiap atlet mengamalkan pemakanan yang seimbang

    Langkah Pencengahan

    Memanaskan badan: 
  • meningkatkan intensiti pergerakan membolehkan jantung, peparu dan saluran darah disesuaikan dengan peningkatan kadar kerja bagi mengurangkan tekanan dan risiko kecederaan jantung
  • menambah keyakinan atlet terhadap keupayaan dirinya
  • membolehkan atlet memberi tumpuan terhadap permainan
  • otot menerima darah yang mencukupi

PENGURUSAN KECEDERAAN SUKAN

Pengenalan Asas Bantu Mula

Definisi :

Bantuan permulaan dan rawatan yang pertama diberikan kepada seseorang yang tercedera atau mengalami kecemasan atau sakit secara mengejut sebelum ketibaan ambulan, doktor, atau pakar perubatan.


Peranan Pengasas Bantu Mula
  • Menilai sesuatu keadaan dengan pantas dan selamat dan meminta bantuan
  • Mengenalpasti

    - kecederaan
    - bentuk kesakitan

    3. Memberi rawatan awal yang sesuai

    4. Memastikan mangsa dihantar ke hospital

    5. Membuat laporan


hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda