Ahad, Januari 31, 2010

APA ITU SAINS SUKAN.?


APA ITU PRINSIP SAINS SUKAN .?
Sains sukan ialah aplikasi prinsip, idea serta pengetahuan sains ke atas aktiviti sukan. Ia merupakan suatu aspek penting dalam pendidikan jasmani dan aktiviti kokurikulum. Pengetahuan Sains Sukan boleh menjawab berbagai soalan yang sering dibangkitkan :
  •     Apakah sukan yang sesuai bagi diri saya
  •     Adakah berat tubuh dan ketinggian suatu faktor yang penting
  •     Bagaimanakah saya dapat mencapai kemajuan dalam teknik sukan saya
  •     Mengapakah pukulan lob badminton saya tidak sampai ke garis belakang
  •     Apakah kesan daya tertentu ke atas tubuh saya semasa saya bersukan
  •     Adakah saya mempunyai bakat dan kemanpuan fizikal untuk menjadi seorang juara
  •     Bolehkah saya mencapai kepantasan yang lebih baik
  •     Apakah bentuk latihan yang dapat membantu saya memperbaiki prestasi sukan saya
Sains sukan akan dapat membantu anda mendalami pengetahuan anda sebagai peserta atau penonton sukan. Soalan-soalan seperti diatas akan dijawab, dan cara serta langkah-langkah untuk mengatasinya akan dibincangkan supaya pengetahuan dalam bidang sains sukan akan sekurang-kurangnya meningkat yang boleh membantu membuat keputusan yang bijaksana dalam bidang sukan.

Bidang Sains Sukan
    Biomakanik
    Sains kajian pergerakan manusia mengkaji bagaimana anggota tubuh menghasilkan pergerakan dan bagaimana pergerakan manusia boleh diperbaiki dengan menggunakan berbagai teknik yang menghasilkan kestabilan tubuh, daya dan imbangan yang paling optimum.
    Fisiologi
    Bidang yang mengkaji perubahan yang dialami oleh tubuh kita dari segi biokimia hasil dari senaman.
    Psikologi sukan
    Menkaji faktor psikologi dan mental yang dialami oleh seseorang atlit dalam aktiviti sukan.
    Sosiologi sukan
    Bidang yang membincangkan pengaruh keadaan sosial ke atas prestasi sukan seseorang atlit.
    Perubatan sukan.
    Bidang yang dapat membantu seseorang atlit pulih daripada kecederaan yang dialami. Disamping itu bidang ini juga membicarakan langkah-langkah awal untuk mengelak daripada kecederaan dalam melakukan aktiviti bersukan.
    Pelaziman sukan
    Kaedah mempelajari teknik dan tektik dalam sukan dengan mengaplikasikan prinsip-prinsip sains sukan. Berbagai kaedah latihan sukan dibincangkan dalam bidang ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda