Jumaat, Januari 29, 2010

KEPENGADILAN BOLA SEPAK ( TAMBAHAN KEPADA PENGADIL -2 )

 KAWASAN TEKNIKAL
Kawasan teknikal boleh berbeza di antara satu stadium dengan yang lain, seperti saiz dan lokasinya, dan nota-nota berikut dikeluarkan untuk panduan am.
• Kawasan teknikal menganjur keluar 1 meter (1 ela) dari tiap-tiap sisi tempat duduk khas dan menganjur ke hadapan sehingga 1 meter (1 ela) dari garisan tepi.

• Adalah digalakkan tanda-tanda dibuat bagi menentukan kawasan ini.

• Bilangan orang yang dibenarkan berada di dalam kawasan teknikal dinyatakan di dalam peraturan pertandingan.

• Mereka yang berada di dalam kawasan teknikal ini dikenal pasti sebelum permulaan perlawanan selaras dengan peraturan pertandingan.

• Hanya seorang saja pada satu-satu masa dibenar menyampaikan arahan taktik dan dia mestilah kembali ke tempatnya selepas memberi arahan tersebut.

• Jurulatih dan pegawai-pegawai lain mestilah berada di dalam sempadan kawasan teknikal kecuali dalam keadaan tertentu seperti fisioterapi atau doktor memasuki padang permainan dengan kebenaran pengadil untuk menilai kecederaan pemain.

• Jurulatih dan mereka yang berada di dalam kawasan teknikal mestilah berkelakuan penuh tanggungjawab.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda