Sabtu, Januari 02, 2010

KEPENGADILAN BOLA SEPAK ( UNDANG-UNDANG 6 )

UNDANG-UNDANG 6 – PENOLONG PENGADIL

Tugas-tugas

Dua Penolong Pengadil dilantik di mana tugas mereka tertakluk kepada keputusan Pengadil, ialah untuk memberi isyarat:
• Apabila keseluruhan bola telah keluar dari padang permainan.

• Pasukan mana yang berhak untuk sepakan penjuru, sepakan gol atau lontaran ke dalam.

• Apabila seorang pemain boleh dihukum kerana berada di kedudukan ofsaid.

• Apabila ada permintaan untuk penggantian.

• Apabila ada salahlaku atau insiden lain di luar penglihatan Pengadil.

• Apabila kesalahan dilakukan di mana Penolong Pengadil lebih hampir dengan insiden dari Pengadil (ini termasuk, dalam keadaan-keadaan tertentu, kesalahan-kesalahan yang berlaku di dalam kawasan penalti).

• Semasa sepakan penalti, sama ada, penjaga gol telah bergerak ke hadapan sebelum bola disepak dan jika bola telah melintasi garisan itu.
Bantuan

Penolong-penolong Pengadil juga membantu Pengadil mengawal perlawanan mengikut Undang-undang Permainan. Terutama sekali mereka boleh masuk ke padang permainan untuk menolong mengawal jarak 9.15 meter.

Jika berlaku gangguan yang tidak wajar atau kelakuan tidak sepatutnya Pengadil boleh melucutkan Penolong Pengadil itu dari tugasnya dan membuat laporan kepada pihak yang berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda