Khamis, Januari 21, 2010

KEPENGADILAN BOLA SEPAK ( UNDANG-UNDANG 15 )

UNDANG-UNDANG 15 – LONTARAN KE DALAM

Lontaran ke dalam adalah suatu cara untuk memulakan semula permainan.

Lontaran ke dalam adalah diberi kepada pasukan lawan pemain yang akhir sekali menyentuh bola apabila keseluruhan bola melintasi garisan tepi, sama ada di tanah atau di udara

Gol tidak boleh dijaringkan terus dari lontaran ke dalam.



Prosedur

Semasa melontar bola ke dalam, pelontar:
• menghadap ke padang permainan

• sebahagian dari kakinya berada di atas garisan tepi atau di luar garisan tepi

• menggunakan kedua-dua tangannya

• melontar bola dari belakang dan melalui atas kepalanya

• melontar dari tempat di mana bola melintasi garisan tepi itu
Semua pemain lawan mesti berada tidak kurang 2 m (2 ela) dari tempat di mana lontaran ke dalam itu dibuat.

Bola dikira di dalam permainan sebaik saja ia masuk ke dalam padang permainan.

Setelah melontar, pelontar tidak boleh menyentuh bola sekali lagi sehingga ianya telah disentuh oleh pemain lain.

Pelanggaran dan Hukuman

Lontaran ke dalam oleh pemain selain daripada penjaga gol

Jika, setelah bola berada di dalam permainan, pelontar menyentuh bola kali kedua (kecuali dengan tangannya) sebelum ianya disentuh oleh pemain lain:

• sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma).

Jika, setelah bola berada di dalam permainan, pelontar dengan sengaja memegang bola sebelum ianya disentuh oleh pemain lain:

• sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan dan sepakan itu dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma).

• sepakan penalti adalah diberi jika kesalahan berlaku di dalam kawasan penalti pelontar itu.


Lontaran ke dalam oleh penjaga gol
Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol menyentuh bola kali kedua (kecuali dengan tangannya) sebelum ianya disentuh oleh pemain lain:

• sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma).

Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol memegang bola sebelum ianya disentuh oleh pemain lain:

• sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan jika kesalahan berlaku di luar kawasan penalti penjaga gol berkenaan dan sepakan itu dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma).

• sepakan percuma tidak terus adalah diberi jika kesalahan berlaku di dalam kawasan penalti penjaga gol berkenaan dan sepakan itu dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma).

Jika seorang pemain lawan dengan cara tidak adil cuba mengganggu tumpuan atau menghalang pelontar:

• dia diberi amaran kerana kelakuan tidak bersemangat sukan dan ditunjuk kad kuning.

Untuk pelanggaran lain Undang-undang ini:
• lontaran ke dalam adalah dibuat oleh pemain pasukan lawan 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda