Ahad, Januari 03, 2010

KEPENGADILAN BOLA SEPAK ( UNDANG-UNDANG 8 )

UNDANG-UNDANG 8 – PERMULAAN DAN MEMULAKAN SEMULA PERMAINAN

Pra Perlawanan

Lentingan syiling dilakukan dan pasukan yang menang lentingan itu memilih bahagian gol yang akan diserang pada separuh masa pertama.

Pasukan lawannya akan membuat sepak mula untuk permulaan perlawanan.

Pasukan yang menang lentingan syiling akan membuat sepak mula bagi permulaan bahagian kedua perlawanan.

Pada separuh masa kedua perlawanan, pasukan-pasukan akan bertukar tempat untuk menyerang gol yang bertentangan.

Sepak Mula

Sepak mula ialah suatu cara untuk permulaan atau memulakan semula permainan.

• pada permulaan perlawanan

• selepas gol dijaringkan

• pada permulaan separuh masa kedua

• pada permulaan setiap separuh masa dalam masa tambahan (jika berkaitan)

Gol boleh dijaringkan terus dari sepak mula.

Prosedur

• semua pemain berada di dalam kawasannya sendiri.

• pihak lawan kepada pasukan yang membuat sepak mula berada sekurang-kurangnya 9.15 m (10 ela) dari bola sehingga ia berada di dalam permainan.

• bola diletak tidak bergerak di tanda tengah.

• Pengadil memberi isyarat.

• bola dikira dalam permainan sebaik saja ia disepak dan bergerak ke hadapan.

• penyepak tidak boleh memainkan bola itu kali kedua sehingga ia telah disentuh oleh pemain lain.

Selepas sesuatu pasukan membuat jaringan, sepak mula akan dibuat oleh pihak lawannya.

Kesalahan-kesalahan dan Hukuman

Jika penyepak menyentuh bola kali kedua sebelum ia disentuh oleh pemain lain:

• sepakan percuma tidak terus diberi kepada pihak lawan yang dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma).

Untuk kesalahan-kesalahan lain dalam prosedur sepak mula:

• sepak mula dibuat semula

Jatuhan Bola

Jatuhan bola adalah cara untuk memulakan semula permainan selepas pemberhentian sementara diperlukan, semasa bola di dalam permainan, untuk apa jua sebab yang tidak disebut di mana-mana bahagian Undang-undang Permainan.

 
Prosedur

Pengadil membuat jatuhan bola di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan kecuali jika permainan diberhentikan sementara di dalam kawasan gol, jatuhan bola hendaklah dibuat di atas garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol di tempat paling hampir di mana bola berada semasa permainan diberhentikan.

Permainan dimulakan semula sebaik saja bola mencecah tanah.

Kesalahan dan Hukuman

Bola dijatuhkan semula jika;
• disentuh oleh pemain sebelum ia mencecah tanah

• terkeluar dari padang permainan setelah ia mencecah tanah, tanpa disentuh oleh mana-mana pemain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda