Jumaat, Januari 29, 2010

KEPENGADILAN BOLA SEPAK ( TAMBAHAN KEPADA PENGADIL )

PROSEDUR UNTUK MENENTUKAN PEMENANG SESUATU PERLAWANAN

Jaringan gol di tempat lawan, masa tambahan dan membuat sepakan dari tanda penalti adalah cara-cara untuk menentukan pasukan pemenang di mana peraturan pertandingan berkehendakkan sesuatu pasukan itu sebagai pemenang setelah perlawanan berakhir dengan seri.

Jaringan Gol Di Tempat LawanPeraturan pertandingan boleh membuat peruntukan di mana pasukan-pasukan bermain sesama sendiri di tempat sendiri dan di tempat lawan, dan jika jaringan gol adalah sama selepas perlawanan kedua, maka gol yang dijaringkan di padang pasukan lawan akan dikira berganda.

Masa TambahanPeraturan pertandingan boleh menentukan lanjutan dua bahagian tempoh masa yang sama, tiap-tiap sebahagian tidak melebihi 15 minit untuk dimainkan. Syarat-syarat Undang-undang 8 hendaklah dipatuhi.




Sepakan Dari Tanda Penalti

Prosedur

• Pengadil memilih gol untuk sepakan dibuat.

• Pengadil membuat lentingan syiling dan pasukan yang Ketua Pasukannya menang lentingan akan menentukan sama ada untuk membuat sepakan pertama atau sepakan kedua.

• Pengadil membuat catatan berkaitan sepakan-sepakan yang dibuat.

• Tertakluk kepada keadaan-keadaan yang diterangkan di bawah, kedua-dua pasukan akan membuat lima sepakan.

• Sepakan dibuat berselang-ganti oleh pasukan-pasukan itu.

• Jika, sebelum kedua-dua pasukan membuat lima sepakan, satu pasukan telah memperolehi lebih jaringan daripada pasukan lawannya walaupun jika kedua-duanya menyempurnakan bilangan lima sepakan itu, maka sepakan dari tanda penalti itu tidak perlu diteruskan.

• Jika, setelah kedua-dua pasukan membuat lima sepakan, jaringan oleh kedua-dua pasukan itu adalah sama atau belum membuat jaringan, sepakan adalah diteruskan mengikut urutan yang sama sehingga salah satu pasukan memperolehi lebih jaringan daripada pasukan lawan setelah jumlah sepakan yang sama dibuat.

• Penjaga gol yang cedera semasa sepakan dari tanda penalti dibuat dan tidak berupaya untuk meneruskan tugasnya sebagai penjaga gol boleh digantikan oleh pengganti yang dinamakan dengan syarat pasukannya belum membuat bilangan maksimum penggantian yang dibenarkan mengikut peraturan pertandingan.

• Kecuali apa yang dinyatakan di atas, hanya pemain yang berada di dalam padang permainan pada tamat perlawanan, termasuk masa tambahan jika ada, dibenarkan membuat sepakan dari tanda penalti itu.

• Tiap-tiap sepakan adalah dibuat oleh pemain berlainan dan semua pemain yang layak mestilah membuat sepakan sebelum mana-mana pemain dibenarkan membuat sepakan kedua.

• Mana-mana pemain yang layak boleh bertukar tempat dengan penjaga gol pada bila-bila masa semasa sepakan dari tanda penalti dibuat.

• Hanya pemain-pemain yang layak dan pegawai-pegawai perlawanan dibenarkan berada di atas padang permainan semasa sepakan dari tanda penalti dibuat.

• Semua pemain mestilah berada di dalam bulatan tengah padang kecuali, pemain yang sedang membuat sepakan dan kedua-dua penjaga gol.

• Penjaga gol yang sepasukan dengan penyepak mesti berada di dalam padang permainan, di luar kawasan penalti di mana sepakan dibuat, atas garisan gol yang bertemu dengan garisan sempadan kawasan penalti.

• Kecuali dinyatakan sebaliknya, Undang-undang Permainan yang berkenaan dan keputusan-keputusan Lembaga P.B. Antarabangsa adalah dikuatkuasakan semasa sepakan dari tanda penalti dibuat.

• Apabila suatu pasukan menamatkan perlawanan dengan bilangan pemain yang lebih dari pasukan lawannya, mereka mestiah mengurangkan bilangan pemainnya untuk menyamai pasukan lawan dan ketua pasukan mestilah memberitahu Pengadil nama dan nombor pemain yang dikeluarkan.

• Sebelum sepakan dari tanda penalti dibuat Pengadil hendaklah memastikan kedua-dua pasukan mempunyai bilangan pemain yang sama berada di dalam kawasan bulatan tengah dan mereka sajalah yang dikehendaki membuat sepakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda