UNDANG UNDANG 7 ( MASA PERMAINAN )
Perlawanan hendaklah mengandungi dua bahagian tempoh masa yang sama iaitu 45 minit, kecuali jika ada persetujuan bersama di antara Pengadil dan kedua-dua pasukan yang mengambil bahagian. Sebarang persetujuan untuk mengubah tempoh masa permainan (contohnya untuk mengurangkan setiap bahagian kepada 40 minit kerana kekurangan cahaya) mestilah dibuat sebelum permulaan permainan dan mestilah mematuhi Peraturan Pertandingan.
Rehat Separuh Masa
Pemain berhak untuk masa rehat pada separuh masa.
Masa rehat separuh masa mesti tidak melebihi 15 minit.
Peraturan Pertandingan mestilah menyatakan jangkamasa rehat separuh masa.
Tempoh masa rehat boleh diubah hanya dengan persetujuan Pengadil.
Peruntukan Masa Terbuang
Peruntukan hendaklah dibuat pada setiap separuh masa untuk jumlah masa yang terbuang melalui:
• penggantian
• menilai kecederaan pemain
• mengeluarkan pemain cedera dari padang permainan untuk rawatan
• membuang masa
• sebab-sebab lain
Peruntukan masa terbuang adalah di bawah budi bicara Pengadil.
Sepakan Penalti
Jika sesuatu sepakan penalti perlu dibuat atau dibuat semula, jangkamasa permainan bagi tiap-tiap separuh bahagian adalah dilanjutkan sehingga sepakan penalti itu disempurnakan.
Pembatalan Perlawanan
Perlawanan yang dibatalkan akan dimainkan semula kecuali Peraturan Pertandingan menyatakan sebaliknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan