Jumaat, Januari 15, 2010

KEPENGADILAN BOLA SEPAK ( UNDANG-UNDANG 12 )

UNDANG-UNDANG 12 – KESALAHAN-KESALAHAN DAN KELAKUAN TIDAK BERSOPAN

Kesalahan-kesalahan dan kelakuan tidak bersopan adalah dihukum seperti berikut:

Sepakan Percuma Terus


Sepakan percuma terus diberi kepada pasukan pihak lawan jika seorang pemain melakukan salah satu dari tujuh kesalahan berikut dengan cara yang dianggap oleh Pengadil sebagai cuai, gegabah atau melibatkan daya yang berlebihan:

• menendang atau cuba menendang pemain lawan

• membentes atau cuba membentes pemain lawan

• menerjah ke pemain lawan

• merempuh pemain lawan

• memukul atau cuba memukul pemain lawan

• menolak pemain lawan

• menakel pemain lawan

Sepakan percuma terus juga diberi kepada pasukan lawan jika seorang pemain melakukan salah satu dari tiga kesalahan berikut:
• memegang pemain lawan

• meludah pemain lawan

• memegang bola dengan sengaja (kecuali penjaga gol yang berada di dalam kawasan penaltinya)

Sepakan percuma terus dibuat di mana kesalahan berlaku. (rujuk Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma)

Sepakan Penalti

Sepakan penalti diberi jika salah satu dari sepuluh kesalahan di atas dilakukan oleh seorang pemain di dalam kawasan penaltinya, tanpa mengira kedudukan bola, dengan syarat bola itu berada di dalam permainan.
Sepakan Percuma Tidak Terus

Sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan jika penjaga gol, di dalam kawasan penaltinya, melakukan salah satu dari empat kesalahan berikut:
• mengambil lebih dari enam saat semasa mengawal bola dengan tangannya sebelum melepaskan dari kawalannya.

• memegang bola semula dengan tangan setelah bola dilepaskan dari kawalannya dan belum disentuh oleh pemain lain.

• menyentuh bola dengan tangan setelah ia dengan sengaja disepak oleh rakan kepadanya.

• memegang bola dengan tangan setelah menerimanya terus dari lontaran ke dalam oleh rakannya.

Sepakan percuma tidak terus juga diberi kepada pasukan lawan jika seorang pemain, pada pendapat Pengadil:
• bermain dengan cara yang berbahaya

• menyekat pergerakan pemain lawan

• menghalang penjaga gol untuk melepaskan bola dari tangannya

• melakukan kesalahan lain yang tidak disebut dalam Undang-undang 12, yang mana permainan diberhentikan untuk memberi amaran atau perintah keluar pemain.

Sepakan percuma tidak terus adalah dibuat dari tempat di mana kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma)

Tindakan Disiplin

Kad kuning ditunjukkan kepada pemain atau pemain pengganti atau pemain yang telah digantikan telah diberi amaran

Kad merah ditunjukkan kepada pemain atau pemain pengganti atau pemain yang telah digantikan telah diperintah keluar.

Hanya pemain atau pemain pengganti atau pemain yang telah digantikan saja boleh ditunjukkan kad merah dan ditunjukkan kad kuning.

Pengadil berkuasa untuk mengambil tindakan disiplin, dari ketika ia masuk ke padang permainan hingga ia meninggalkan padang permainan selepas tiupan wisel penamat

Pemain yang melakukan kesalahan beramaran atau perintah keluar, di dalam di dalam atau di luar padang permainan sama ada terhadap pemain lawan, rakannya, Pengadil, Penolong Pengadil atau orang lain, dikenakan tindakan disiplin mengikut jenis kesalahan yang dilakukan.

Kesalahan-kesalahan Beramaran

Pemain diberi amaran dan ditunjuk kad kuning jika dia melakukan salah satu dari tujuh kesalahan berikut:
• bersalah kerana kelakuan tidak bersemangat sukan

• membantah dengan perkataan atau perbuatan

• sentiasa melanggar Undang-undang Permainan

• melambat-lambat memulakan semula permainan

• gagal beredar ke jarak yang dikehendaki apabila permainan dimulakan semula dari sepakan penjuru atau sepakan percuma atau lontaran ke dalam

• masuk atau masuk semula padang permainan tanpa kebenaran Pengadil

•. dengan sengaja meninggalkan padang permainan tanpa kebenaran Pengadil

Pengganti atau pemain yang telah digantikan diberi amaran dan ditunjukkan kad kuning jika melakukan salah satu dari tiga kesalahan berikut:
• bersalah kerana kelakuan tidak bersemangat sukan

• membantah dengan perkataan atau perbuatan

• melambat-lambat memulakan semula permainan


Kesalahan-kesalahan Perintah Keluar

Pemain diperintah keluar dan ditunjukkan kad merah jika dia melakukan salah satu dari tujuh kesalahan berikut:
• bersalah kerana bermain dengan amat kasar

• bersalah kerana berkelakuan ganas

• meludah pemain lawan atau orang lain

• menggagalkan jaringan gol pasukan lawan atau peluang jelas untuk menjaringkan gol dengan sengaja memegang bola (ini tidak terpakai kepada penjaga gol yang berada di dalam kawasan penalti sendiri)

• menggagalkan peluang jelas untuk menjaringkan gol oleh pemain lawan yang menuju ke arah gol lawannya, dengan melakukan kesalahan yang boleh dihukum dengan sepakan percuma atau sepakan penalti

• menggunakan bahasa yang menyinggung perasaan, menghina atau kata-kata kesat dan/atau geraklaku.

• menerima amaran kedua di dalam perlawanan yang sama.

Pemain yang diperintah keluar mestilah meninggalkan persekitaran padang permainan dan kawasan teknikal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda