Khamis, April 29, 2010

APA ITU ANATOMI DAN FISIOLOGI DALAM SUKAN

Anatomi & Fisiologi untuk Ilmu Sukan
Ia bermaksud struktur dan kedudukan organ berkaitan badan manusia serta fungsinya untuk aktiviti dan kehidupan manusia. Ia merupakan pengetahuan asas bagi pakar-pakar dalam bidang perubatan seperti doktor perubatan dan pakar bioperubatan.

Anatomi
Kajian tentang struktur badan manusia. Anatomi yang sentiasa dikaji tergolong dalam beberapa kumpulan seperti:
• sel dan histologi: struktur sel soma dan kandungannya
• sistem pernafasan: hidung, trakea, bronkus, bronkiol, peparu, alveolus
• sistem kardiovaskular: sistem peredaran darah seperti jantung dan salur darah
• sistem pencernaan: mulut, esofagus, perut, usus, pankreas
• sistem lokomotif: otot motor, otot simpati, anggota badan
• sistem saraf: saraf motor, saraf tunjang, otak

Fisiologi
Ia merupakan kehidupan manusia. Setiap individu perlulah bernafas, makan, minum, berkumuh, dan membiak sebagai aktiviti asas manusia. Selain itu, kita juga haruslah bersosial, bermain, bersukan, bekerja dsb sebagai aktiviti harian. Kesemua aktiviti ini memerlukan organ-organ yang sihat untuk menjayakannya.
 

Rabu, April 21, 2010

KECEDERAAN SUKAN

KONSEP KECEDERAAN DAN BANTU MULA


Definisi

  • Bantuan permulaan yg diberi sblm tiba pakar

Objektif

  • Kurangkan kesakitan & sengsara
  • Mencegah kecederaan dr btmbh teruk.
  • Menyelamatkan  / memelihara kehidupan
  • Bantu pemulihan
  • Mendapatkan  bantuan kecemasan / pakar

Matlamat

  • Menyelamatkan nyawa
  • M`hadn kesan2 kecederaan
  • Mglkn pemulihan

Tindakan cemas

  1. Lihat sebarang bahaya
  2. Hindar sbrg bahaya
  3. Nilai kecederaan
-         Daya kesedaran
-         Buka salur udara
-         Periksa pernafasan
-         Periksa denyut nadi

Selasa, April 13, 2010

PELARI PECUT MALAYSIA TIADA PENGGANTI LAGI...


Tidak dinafikan bahawa status dan tahap sukan olahraga di Malaysia dipandang tinggi sejak dahulu lagi. Nama-nama besar seperti M.Jagethesan, Istiaq Mubarak, Rabuan Pit, Nur Herman Majid, Watson Nyambek, Nazmizan Mohammad dan lain-lain telah mengharumkan nama negara dipentas sukan antarabangsa. Namun, apa yang berlaku pada masa kini adalah sebaliknya! Walaupun masih ada atlit dalam beberapa acara telah mencapai kejayaan membanggakan di peringkat Asia, namun persoalannya prestasi keseluruhan atlit Negara terutamanya dalam acara pecut sangat kurang meyakinkan dan tidak konsisten. 

Isnin, April 12, 2010

Pencapaian Ajaib Manusia Dalam Acara Pecut


Sukan olahraga dunia pada tahun 2009 telah memperagakan aksi yang sangat memberangsangkan dengan terciptanya beberapa rekod dunia terutamanya dalam acara pecut 100m dan 200m. Usain Bolt sekali lagi mencuri tumpuan dengan aksi penuh keluarbiasaan apabila hanya dalam tempoh kurang daripada 14 bulan, Bolt telah mencipta enam rekod dunia iaitu tiga kali dalam acara 100m (9.72s, 9.69s dan 9.58s), dua kali dalam acara 200m (19.30s dan 19.19s) dan sekali dalam acara 4x100m (37.10s). Pencapaian sebegini amatlah diluar jangkaan ‘kemampuan’ manusia apabila para pengkaji sebelum ini hanya meramal bahawa manusia hanya akan berlari dalam lingkungan 9.5s (maksimum) tetapi memerlukan masa yang agak lama dan peningkatan akan berlaku secara beransur-ansur. 

Selasa, April 06, 2010

KONSEP LATIHAN KECERGASAN..(latihan fizikal.)


 
{ Pengenalan }{Latihan Fizikal}{Prinsip Latihan}
 
 
JENIS-JENIS LATIHAN
 
                        I Litar I Bebanan I Farklek I Tekanan I Jeda I Plyometrik I LSD I
      
   Pengenalan
            Dalam mencapai kecergasan yang optima seseorang itu perlu mengetahui dan merancang latihan secara saintifik dan bersistematik. Latihan itu perlu dijalankan mengikut prinsip-prinsip latihan serta disiplin yang tinggi untuk mencapai hasil yang sempurna. Maka adalah penting seseorang itu mengetahui dan mendalami kaedah-kaedah dan jenis-jenis latihan yang sesuai.

APA ITU H1N1

Apa itu H1N1?
viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam ‘host’ yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi ‘air born’ dan menjangkit  manusia kpd manusia

. 
jangka hayat virus
Oleh kerana ia adalah virus yg nyah udara, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host(
badan manusia) ia akan mati.

Ahad, April 04, 2010

KECERGASAN FIZIKAL.

  Perangkaan perubatan menunjukkan bahawa masyarakat kini telah dinafikan banyak aktiviti fizikal. Ini boleh menyebabkan keadaan fizikal yang lemah. Ujian-ujian mudah ke atas kekuatan otot,stamina, kelembutan, koordinasi dan kemahiran motor asas telah menunjukkan keputusan yang lemah.
 
Kekurangan aktiviti fizikal boleh menyebabkan penurunan prestasi paru-paru dan saluran darah tersumbat dengan kolesterol. Keadaan ini boleh menyebabkan ketidakupayaan fungsi seperti masalah jantung,tekanan darah tinggi, aterosklerosis dan lain-lain masalah pengaliran darah. Tambahan lemak badan,kemerosotan kekuatan otot badan boleh menjejaskan posture dan menyebabkan masalah fizikal seperti kecacatan ortopedik. Oleh itu fizikal harus dirangsang. Aktiviti fizikal harus dijalankan sekurang-kurangnya 30 minit untuk 3 hari dalam seminggu.
 
 Apa dia Kecergasan Fizikal ?
             Kecergasan fizikal adalah kemampuan dan kebolehan seseorang melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih serta masih mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti kesenggangan.

Khamis, April 01, 2010

PEMAKANAN DAN PRESTASI SUKAN

Keperluan pemakanan seimbang dan Kandungan

- manusia memerlukan lebih 40 jenis nutrien utk tubuh berfungsi
-Dgn memakan pelbagai jenis makanan nutrien dihasilkan
-nutrien diperlukan utk
a. proses pertumbuhan dan proses pembesaran dalaman tisu
b.meransang proses metabolik
c.menyediakan tenaga bg mengawal berat badan
.
   Pemakanan Sukan

Pemakanan Sebelum Pertandingan
-dimakan 3-4 jam sebelum pertandingan
-pemakanan adalah utk menyimpan glikogen dan mengekalkan tahap cecair yang tinggi
-makanan sebelum pertandingan seperti
      a. sarapan: bijiran dengan susu dan buah-buah (3-4jam sebelum)
      b. Pencakes dengan madu,jus buah-buah @ sport drink
      c. makanan dalam bentuk cecair seperti sustagen sports
      d. dadih rendah lemah,nasi dengan salab
      e. sadwic pisang dan mini pizza.

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda