Ahad, Februari 28, 2010

KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMK TUN MAMAT 2010


KEPUTUSAN KESELURUHAN SUKANTARA
SMK TUN MAMAT 2010.

KEDUDUKAN
RUMAH
MATA TERKUMPUL
KE -6
TITIWANGSA
383
KE-5
LEDANG
412
KE-4
MAHLIGAI
429
KE-3
KINABALU
432
NAIB JOHAN
TAHAN
488
JOHAN SUKANTARA
MAHAMERU
503

PUNGUTAN PINGAT DAN MATA KESELURUHAN

RUMAH SUKAN
EMAS
PERAK
GANGSA
KE -4
JUMLAH MATA
MAHLIGAI

18

11

15

16

169
TITIWANGSA

5

7

7

10

70
KINABALU

15

9

12

8

134
MAHAMERU

15

22

13

15

182
LEDANG

14

14

16

15

159
TAHAN


15

20

18

18

189


KEPUTUSAN PERTANDINGAN PERBARISAN  RUMAH SUKAN
                               
KEDUDUKAN
NAMA PESERTA
CATATAN
JOHAN
MAHLIGAI

N. JOHAN
LEDANG

KETIGA
TITIWANGSA

KE--4
MAHAMERU

KE -5
TAHAN

KE -6
KINABALU


KEPUTUSAN PERTANDINGAN PERBARISAN UNIT UNIFORM
                               
KEDUDUKAN
NAMA PESERTA
CATATAN
JOHAN
PUTERI ISLAM

N. JOHAN
KADET POLIS

KETIGA
KADET BOMBA

KE -4
KADET REMAJA SEKOLAH

KE- 5
PBSM

KE-6
PERTAHANAN AWAM

KE-7
PENGAKAP

KE -8
PANDU PUTERI

KE-9
SILAT CEKAK

Jumaat, Februari 26, 2010

LAGENDA MALAYSIA YANG TIADA PENGGANTI.

DATO' MOKHTAR DAHARI

Dato' Mokhtar Dahari ( 13 November 1953 - 11 Julai 1991) adalah legenda pemain bola sepak kebangsaan Malaysia dari Selangor. Beliau telah diberi gelaran SuperMokh kerana keberaniannya menjaringkan banyak gol sepanjang kariernya. Dia mewakili Malaysia dari 1972 hinggalah 1985.

Dilahirkan di Setapak, Kuala Lumpur, Mokhtar mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan (1960-1965) dan Victoria Institution (1966-1970). Anak kepada Dahari Abeng dan Maimon Sadikin ini mula mewakili Selangor pada tahun 1971 pada Piala Burnley. Beliau juga Pernah menyertai beberapa kelab bola sepak antaranya Kelab Sultan Sulaiman, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Talasco, Kwong Yik Bank.



Penglibatan Dalam Bola Sepak

Allahyarham Mokhtar Dahari yang masih dikenang sehingga ke hari ini walaupun hayatnya sudah bersemadi hampir 15 tahun lalu. Biarpun ramai generasi muda masa kini tidak mengenali dengan dekat bintang negara itu, tapi hampir semua pasti pernah mendengar namanya - pemain dengan bakat semulajadi yang mengangkat imej Malaysia setaraf dengan jaguh bola sepak dunia. Paling ketara Pestabola Merdeka yang menjadi gelanggang dia mempamer taring dan kehebatannya.


Isnin, Februari 22, 2010

Setiap pelajar wajib sertai satu jenis sukan

BANDAR JENGKA, 21 Feb. — Semua pelajar sekolah rendah dan menengah akan diwajibkan menyertai satu jenis sukan mulai tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, sebuah jawatankuasa sementara juga akan ditubuhkan bagi mengkaji untuk memberikan kredit kepada pelajar yang menyertai sukan.
Kajian untuk memberikan kredit atau markah kepada pelajar yang terbabit sukan adalah bagi mengubah persepsi ibu bapa yang sebelum ini melihat aktiviti sukan tidak memberi makna, sebaliknya lebih menekankan pencapaian akademik anak-anak mereka, katanya.
"Efektif tahun depan, tahun ini kita akan buat apa yang patut dahulu, sebab pihak sekolah perlu menyusun kembali jadual sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Konvensyen Umno Pahang di sini, hari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menjelaskan, sebenarnya penyertaan pelajar dalam sukan telah diwajibkan dalam kokurikulum sebelum ini cuma tidak diberikan penekanan. - Bernama

Ahad, Februari 21, 2010

Kegemilangan sukan sekolah akan dikembalikan, kata TPM

PETALING JAYA 20 Feb. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu kegemilangan sukan dikembalikan ke sekolah-sekolah memandangkan ia adalah institusi utama mengembangkan bakat sukan di peringkat akar umbi.
"Sudah hampir 10 atau 20 tahun sukan di sekolah tidak diutamakan, apa sebabnya tidak diketahui. Sehinggakan di sekolah-sekolah, sukan bukan sesuatu yang dibanggakan berbanding zaman saya muda dulu.
"Ketika itu, sukan suatu yang kita pandang sebagai acara yang menceriakan dan menyeronokkan. Saya telah buat keputusan untuk kembalikan semula kegemilangan sukan di sekolah kerana pembangunan sukan negara bermula di sekolah,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan Anugerah SAM-100Plus 2009 anjuran Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) di sini, hari ini.
Sehubungan itu, Muhyiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Sukan, menggariskan lima unsur penting untuk dilaksanakan bagi merealisasikan hasrat tersebut.
Antaranya, beliau telah mengarahkan Bahagian Seni, Sukan dan Ko-Kurikulum di Kementerian Pelajaran supaya dirombak dan meletakkan sukan berasingan daripada yang lain.
"Kita akan wujudkan pegawai atau pengarah tertentu yang akan ditetapkan untuk menjaga pembangunan sukan di sekolah,” katanya. – Bernama

Jumaat, Februari 19, 2010

IDEA LOGIK ATAU GILA..

 
 Ini antara isu terkini yang melanda sukan negara. Walaupun di lihat idea ini bukan baru kerana di cetuskan oleh orang yang di anggap tokoh yang penting dalam sepak takraw negara,tetapi adakah ianya wajar dilaksanakan. Apakah sudah ada kajian berkaitan cara permainan ini.Apakah kesan nya terhadap sukan tradisi melayu ini. Di manakah kesenian yang akan dipaparkan. Di manakah identiti  kesenian itu, dimanakah indentiti kemahiran yang dapat ditunjolkan, dimanakah pula keberkesanan kerjasama dalam pasukan,.
Bagi penulis, sebenar terlalu banyak kesalahan yang telah menghancurkan sukan sepak takraw. Jika ini diterima mungkin satu hari nanti akan ada permainan bola sepak 22 orang sepasukan atau badminton dengan 4 orang satu regu. Bagi penulis ada perkara yang boleh diterima ada yang tak harus di buat.
Jika ditinjau dari sejarah sepak takraw bermula hanya dengan sepak raga bulatan,namun wujudnya sepak takraw sebagai pertandingan telah menyemarakkan sukan ini dan ia langkah yang terbaik. Tetapi sejak abad ke -20 ini, pengenalan pelbagai jenis permainan takraw seperti hoop, dua lawan dua,sepak takraw pantai dan sebagainya di lihat memusnahkan kesenian sukan sepak takraw itu sendiri. Bagi penulis juga ianya bermula kerana kepentingan diri,selepas Malaysia terus gagal dalam usaha menewaskan musuh tradisi Thailand.  Jika kita lihat Thailand berjaya mencipta servis kuda yang di geruni,dan sepatutnya Malaysia belajar, barusaha menyaingi servis tersebut bukan nya mencipta permainan baru bagi tujuan memecahkan dominasi Thailand dan bagi saya usaha ini di lihat sebagai tidak berani menyahut cabaran atau pengecut.APA AKAN JADI PADA SEPAK TAKRAW SETERUSNYA..

KESAN ROKOK



Kesan kepada kanak-kanak 
Kanak-kanak kecil yang dipegang oleh seorang yang merokok akan menyedut bahan-bahan kimia yang menyebabkan barah lebih banyak daripada perokok itu sendiri.Kanak-kanak yang ibu bapanya merokok, lebih kerap batuk dan lelah, lebih ramai mempunyai jangkitan telinga, lebih kerap pergi hospital kerana bronkitis dan pneumonia, dan mempunyai paru-paru yang kurang berfungsi. Kanak-kanak asma lebih kerap mendapat serangan asma yang teruk sekiranya ibu bapa merokok.
Terdapat satu kaitan yang mungkin di antara ibu-ibu yang merokok dengan SIDS (sindrom kematian bayi secara tiba-tiba).

kepada bayi yang belum lahir
Nikotin melajukan kadar jantung janin, dan juga menyebabkan paru-paru dan saluran udaranya lambat mengembang. Nikotin boleh menyebabkan keguguran dan kematian bayi sewaktu lahir.  Karbon Monoksida daripada asap rokok orang lain boleh mengurangkan pembekalan udara kepada janin sebanyak 25%, menyebabkan perkembangan terbantut. Ibu-ibu yang merokok biasanya mempunyai bayi-bayi yang lebih kecil.

PERANAN ANGGOTA KELUARGA (PJP K )


Isnin, Februari 15, 2010

PENJAGAAN KESIHATAN DAN PEMAKANAN AHLI SUKAN





MINUMAN



1. Mereka yang aktif bersukan perlu meminum air yang seberapa banyak yang boleh.
2. Sebaik-baiknya minum minuman khusus yang disediakan untuk mereka yang aktif bersukan.
3. Anda juga boleh minum jus buah-buahan seperti jus epal, jus tembikai, jus oren, jus jambu dan sebagainya.
4. Sekiranya anda bakal menghadapi perlawanan, pastikan anda minum sebelum perlawanan,
semasa rehat dan selepas perlawanan berakhir.
5. Begitu juga ketika anda menjalani sesi latihan, amalkan tabiat meminum sebanyak mungkin
air yang diperlukan oleh tubuh anda.
6. Jika anda minum susu, pilihlah susu yang rendah kandungan lemaknya.
7. Elakkan minuman beralkohol. Begitu juga elakkan minuman seperti kopi, teh
dan seumpamanya.


just read dis


Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

renungan sajer...

Buat rEnunGan


Siapakah orang yang sibuk? 
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s



 Siapakah orang yang manis senyumanya? 
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman. 


Siapakah orang yang kaya?  

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini. 



Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta. 

kisah cikgu yang bengong atau di bengongkan...

cikGu bEngOnG..



Guru Tadika      : Anak-anak, nampak tak pen ini? Murid-murid      : Nampak cikgu.
Guru Tadika      : Pen ada kan ?
Murid-murid      : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poketnya, lalu dia bertanya lagi...

Guru Tadika    : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid    : Tak nampak cikgu.
Guru Tadika    : Pen ada tak?
Murid-murid    : Tak ada cikgu.
Guru Tadika    : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid    : Tak nampak cikgu.
Guru Tadika    : Tuhan ada tak?
Murid-murid    : Tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin             : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru Tadika  : Boleh,mari ke depan.
Amin             : Kawan-kawan nampak cikgu tak? Murid-murid  : Nampak.
Amin             : Cikgu ada kan ? 
Murid-murid  : Ada.
Amin             : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak? Murid-murid  : Tak nampak.
Amin             : Cikgu ada otak tak? Murid-murid  : Tak ada.

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI


Abad ke-21 akan penuh dengan cabaran dan masalah yang berlainan berbanding dengan
cabaran dan masalah abad ke-20 ini. Sungguhpun kita tidak dapat meramalkan segala
cabaran yang akan timbul apabila kanak-kanak ini membesar kelak, kita boleh membantu
kanak-kanak dengan menyediakan mereka menghadapi cabaran dan masalah masa
depan dengan yakin dan selamat. Antara masalah dan isu kesihatan yang perlu
didedahkan kepada kanak-kanak ialah masalah yang berkaitan dengan pemakanan,
keselamatan, kebersihan, kepenggunaan, sikap terhadap kesihatan dan amalan tertentu.
Kurikulum Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan
perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif.
Pertumbuhan individu, perkembangan kognitif dan perkembangan afektif adalah
merupakan komponen yang merupakan tiga tunjang pembelajaran dan pengajaran
Pendidikan Jasmani. Ketiga-tiga tunjang ini sentiasa memenuhi matlamat dan objektif
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

SEJARAH SUKAN OLAHRAGA


       Olahraga merupakan acara sukan asli pertama yang diadakan dalam Sukan Olimpik pada tahun 776 SM. Ketika itu, olahraga hanya meliputi acara "lumba trek stadium" atau stade.
Semasa era klasik Eropah, terdapat beberapa pertandingan sukan yang telah diklasifikasikan dalam sukan olahraga seperti berikut:-

  • * Sukan Panhellenic
  • o Sukan Pythian (diasaskan pada 527 SM) di Delphi yang diadakan setiap 4 tahun
  • o Sukan Nemean (diasaskan pada 516 SM) di Argolid yang diadakan setiap 2 tahun
  • o Sukan Isthmian (diasaskan pada 523 SM) di Corinth Isthmus setiap 2 tahun
  • o Sukan Rom - acara olahraga khusus kepada lumba kaki, melontar, lumba kuda, bergusti dan pertempuran gladiator.

ACARA LOMPAT TINGGI

Lompat Tinggi merupakan satu sukan yang menggunakan ketinggian yang sudah lama bertapak di arena sukan olahraga acara padang. Cara dan teknik lompat tinggi mengalami perubahan daripada gaya lompatan, pusingan dan flop. Lompat tinggi telah dipertandingkan di Sukan Olimpik sebagai acara individu dan termasuk sekali dalam acara Lelaki Decathlon dan Perempuan Heptathlon. Pelompat tinggi sekarang banyak menggunakan teknik Fosbury Flop. Di Malaysia atlet lompat tinggi terbaik ialah Ramjit Singh, Lou Chee Peng, Lee Kum Zee dan Nor Aishah Ismail.

FASA LOMPATAN TINGGI
Semua gaya lompatan boleh dibahagikan kepada empat fasa Pergerakan iaitu :
a) Penunuan – larian menghala ke palang
b) Lonjakan – tindakan kaki untuk menaikkan badan
c) Layangan – gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas palang.
d) Pendaratan – sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat.

GAYA PERMULAAN BAGI ACARA 100 METER

Gaya Peluru
Dalam permulaan gaya peluru (bullet start) kedua-dua belah kaki diletakkan pada jarak 28cm ke garisan belakang. Penyelidikan menunjukkan, semasa tapak kaki meninggalkan blok permulaan kecepatan (velocity) tidaklah baik. Ia juga memerlukan kekuatan untuk memulakan pecutan dengan cara ini. Oleh yang demikian permulaan gaya peluru ini tidak digalakkan bagi mereka yang baru menyertai acara pecut.

Gaya Sederhana
Permulaan jenis ini merupakan yang paling baik di antara ketiga-tiga jenis gaya dekam. Perbezaannya ialah pada kedudukan kaki belakang yang sederhana mengikut keselesaan peserta.

Gaya Panjang(elongated)
Dalam permulaan jenis ini, kaki belakang diletakkan jauh ke belakang dan kaki hadapan diletakkan berdekatan dengan garisan permulaan. Permulaan jenis ini jarang digunakan kerana meletakkan kaki belakang jauh dari garisan permulaan, tidak dapat memberikan keberkesanan yang tinggi semasa memulakan larian.

Sabtu, Februari 13, 2010

Fikirlah

  • Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
  • Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
  • Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
  • Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
  • Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
  • Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
  • Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
  • Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
  • Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
  • Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
  • Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Kenapa Valentine haram disambut.?

Kepada pasangan kekasih,suami isteri Islam, sebab apa Ulama mengharamkan perayaan Valentine Day. Nak nbagi bunga,kad, ucapan i love you hari-hari pun boleh buat bukannya menunggu 14 Feb. Ini adalah kerana asal-usul perayaan valentine day adalah perayaan orang Kristian. Macam hari-hari istimewa umat Islam contohnya Hari Israk dan Mikraj- bukan ke untuk orang Islam sahaja. Begitu juga hari Valentine ni untuk orang Kristian – apa kejadahnya kita nak sambut walau apa alasan sekalipun.

Kisah St. Valentine.

Dialog Beruang, Singa dan Babi

Beruang : "sekali je aku mengaum, seluruh hutan menggigil."Singa : "ek eleh, sekali je aku mengaum semua belantara ketakutan.".





Babi kata: "Wa La Weh.... sekali je aku batuk, satu dunia panik!"

Nilai-Nilai Keguruan

6 Sifat dan Kualiti Yang Patut Ada Pada Setiap Orang Guru:

  • Baik Hati: Sikap baik hati dan timbang rasa seseorang guru amat dihargai oleh murid-murid kerana mereka akan belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan senang hati.
  • Jenaka Sifat jenaka seseorang guru akan membawa suasana riang gembira kepada murid-murid dalam bilik darjah. Guru yang suka berjenaka adalah guru yang suka didekati oleh muridnya.
  • Sabar:  Seseorang guru yang mempunyai sifat sabar adalah guru yang boleh mengawal perasaan diri. Guru yang bersabar akan dapat menjalin perhubungan yang erat dengan murid-muridnya.
  • Bertanggungjawab:  Sifat bertanggungjawab akan sentiasa mendorongkan guru mementingkan tugas yang telah diamanahkan kepadanya. Beliau juga akan sentiasa berusaha mejalankan tugasnya dengan sempurna.
  • Yakin:  Guru yang mempunyai sifat yakin tidak akan merasa takut apabila perlu membuat sesuatu tindakan atau keputusan. Murid-murid akan lebih menghormati guru yang boleh mengambil tindakan dengan tegas.
  • Kepimpinan:  Murid-murid akan mematuhi segala tunjuk ajar dan arahan guru yang mewarisi sifat kepimpinan dan juga kualiti kepimpinan. Dengan kualiti kepimpinan ini, segala aktiviti pembelajaran akan dapat dijalankan dengan licin dan lebih berkesan.

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dipinggirkan?

PENDIDIKAN Jasmani dan Kesihatan (PJK) sering dianggap sebagai mata pelajaran sampingan.Lebih mengecewakan lagi ia sering dianggap sebagai mata pelajaran `main-main'.

Oleh kerana mata pelajaran ini tidak dinilai dalam peperiksaan-peperiksaan kebangsaan, mata pelajaran ini dipandang sambil lewa sehingga akhirnya waktu mata pelajaran PJK digunakan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) mata pelajaran lain.

Keadaan bertambah buruk lagi apabila guru yang terlibat secara langsung atau tidak terhadap mata pelajaran ini dipandang rendah oleh guru yang mengajar mata pelajaran penting dalam peperiksaan.

Pemakanan Seimbang

Definisi:
  • Nutrien ialah segala jenis makanan yang digunakan oleh badan untuk pertumbuhan, kawalan dan pembaikian.
  • Enam jenis kelas makanan ialah karbohidrat, lipid (lemak), protein, vitamin, garam galian dan air. 
  • Karbohidrat, lipid dan protein adalah kumpulan nutrien yang penting bagi penghasilan tenaga (ATP – Adenosine Triphosphate) oleh sel-sel dalam badan. 
  • Nilai tenaga bagi setiap makanan diukur dalam unit kilokalori (kcal). Satu kilokalori ialah jumlah tenaga yang diperlukan bagi menaikkan suhu 1 kilogram air sebanyak 1° C (1.8° F).

Pendidikan Jasmani

Pendidikan Jasmani merupakan satu fasa pendidikan am yang menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan pelajar-pelajar secara total melalui pilihan aktiviti-aktiviti pergerakan dan pengalaman jasmani yang terancang. Ringkasnya Pendidikan Jasmani ialah pendidikan dari dan melalui kegiatan fizikal.

Selasa, Februari 09, 2010

KISAH SANG BURUNG



 
Siapa kata haiwan tiada perasaan. Persitiwa yang dirakam ini jelas membuktikan bahawa si burung ini juga punya perasaan kasih sayang. Perasaan yang di anugerah oleh ALLAH kepada semua makhluk.


Tapi malangnya manusia hari ini sudah kehilangan perasaan kasih sayang ini. Kita mendengar berita anak menyembelih kepala bapa dan datuk-nenek serta adik kandungnya, kita mendengar anak menikam ibunya sendiri, kita mendengar bapa menghempas bayi kecilnya kedinding sehingga pecah kepala. kita mendengar bapa merogol anaknya sendiri, kita mendengar adik tetak kepala abang kerana berebut harta pusaka, kita mendengar ustadz meliwat pelajar sendiri, kita mendengar anak lelaki merogol ibu kandungnya, paling akhir seorang bayi lima bulan mati akibat deraan, termasuk disyaki diliwat oleh ahli keluarganya sendiri..dan yang paling malang mereka semua beragama Islam!! Dimana iman mereka. Islam mereka hanya tinggal di kad pengenalan, menjadi Muslim kulit bawang.


Semoga peristiwa saperti ini boleh menjadi pengajaran kepada kita semua insyallah.


Wassalam.

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda