Isnin, Februari 15, 2010

kisah cikgu yang bengong atau di bengongkan...

cikGu bEngOnG..



Guru Tadika      : Anak-anak, nampak tak pen ini? Murid-murid      : Nampak cikgu.
Guru Tadika      : Pen ada kan ?
Murid-murid      : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poketnya, lalu dia bertanya lagi...

Guru Tadika    : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid    : Tak nampak cikgu.
Guru Tadika    : Pen ada tak?
Murid-murid    : Tak ada cikgu.
Guru Tadika    : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid    : Tak nampak cikgu.
Guru Tadika    : Tuhan ada tak?
Murid-murid    : Tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin             : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru Tadika  : Boleh,mari ke depan.
Amin             : Kawan-kawan nampak cikgu tak? Murid-murid  : Nampak.
Amin             : Cikgu ada kan ? 
Murid-murid  : Ada.
Amin             : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak? Murid-murid  : Tak nampak.
Amin             : Cikgu ada otak tak? Murid-murid  : Tak ada.

2 ulasan:

  1. Hahaha :D Kelakarnya...tapi macam sikit kurang ajar je. :p

    BalasPadam
  2. Ini sebenarnya kes lawak bodoh yang membodohkan pelawak itu sendiri. Mana tidak, budak kecik pun pandai belit sekarang sebab dah banyak kes budak dibelit jadi budak kecik sekarang suka belit pembelit. Jangan ikut cikgu yang macam ini sbab dia jelas tak layak jadi cikgu bila buat teka teki yang menjunamkan maruah dia sendiri bila murid tadika kata 'cikgu tak ada otak'. Yang heran, macam mana dia boleh hidup tanpa otak? (OT)

    BalasPadam

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda