Isnin, Disember 27, 2010

Sistem Endokrina



Organ utama ialah kelenjar seperti pituitary, thyroid dan adrenals.

Fungsi :-
1) mengawal dan menyelaraskan fungsi tubuh melalui hormon yang
dirembeskan ke dalam aliran darah.

Sistem saraf



Organ utama ialah otak iaitu melibatkan saraf tunjang dan saraf periferi
( organ reseptor )

Fungsi :-
1) mengesan, menerima dan bergerak balas terhadap ransangan yang
diterima.
2) menyimpan meklumat yang diterima
3) mengawal dan menyeleraskan aktiviti tubuh.

Sistem otot



Organ utama ialah otot iaitu tendon

fungsi:-
1) mengekalkan postur tubuh.
2) menghasilkan pergerakan
3) menghasilkan haba melalui aktiviti sel dalam otot
4) menstabilkan sendi
5) mengartikulasikan antara otot dengan tulang.

Sistem rangka




Organ utama ialah kartilej, ligamen dan sendi.

fungsi:-
1) menyokong berat badan
2) melindungi organ-organ lembut di dalam tubuh badan seperti otak,
saraf tunjang ( spina korda ), jantung dan paru-paru.
3) memberi bentuk dan mengekalkan bentuk badan.
4) menyediakan tempat untuk pelekatan otot-otot rangka.
5) tuas untuk pergerakan badan.
6) menghasilkan sel-sel darah merah, sel darah putih dan platelet di
dalam sum-sum merah tulang.

Sistem Integumentari



organ utama ialah kulit

fungi :-
1) melindungi tisu-tisu dalaman tubuh daripada kecederaan
2) bersifat kalis air, membantu mencegah kehilangan air dalam badan.
3) peka kepada ransangan sakit, sejuk, kepanasan, tekanan dan sentuhan.
4) menyingkirkan bahan kimia semasa perpelihan seperti air, asid urik dan garam mineral berlebihan.

Lawak : Tak Dak Otak




Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.

Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Khamis, Disember 16, 2010

PENGETAHUAN UMUM SENAM AEROBIK

Sejarah Senam Aerobik 

Dr. Kenneth Cooper memperkenalkan satu bentuk pergerakan aerobik pada dunia pada tahun 1960-an. Pada tahun 1970-an pergerakan tarian aerobik menjadi tarian yang digemari. Pada waktu itu,sekelompok kumpulan mempelajari tarian ini dalam jangka waktu sekitar enam hingga lapan minggu. Tarian –tarian ini diadakan di gereja – gereja, pusat –pusat rekreasi, kelab –kelab kesihatan dan juga sekolah –sekolah. Pada era ini, aerobik telah jauh berkembang pesat dan berbeza. Sekarang aerobik boleh dilakukan secara individu dengan meniru gerakan senaman yang ditonton.misalnya cd karya Berty tylarso, Rudi pocco-pocco, Ester suwito dll. Aerobik dapat pula dilakukan secara berkumpulan misalnya di pusat – pusat penjagaan kesihatan dan setiap pagi pada acara –acara tertentu.

Aerobik yang dilakukan pada saat ini tidak seperti tarian. Pada saat ini, aerobik mempunyai gerakan yang tersusun, tapi penampilannya tidak bergantung penuh pada muzik. Sebagai tambahan pula, konsep aerobik ini telah meluas dengan adanya berbagai macam jenis latihan seperti latihan dengan kerusi, low impact, hi/low impact, step dan juga slide  aerobik. Orang – orang telah mengetahui bahwa aerobik membantu mereka supaya berpenampilan lebih baik dan merasa lebih baik dengan mendapatkan ketenangan dan kesihatan.

Selasa, Disember 14, 2010

APA ITU MITOKONDRIA...?

MITOKONDRIA ialah sebuah “kilang tenaga” sel badan. Lebih daripada 200 jenis penyakit yang diwarisi telah dikaitkan dengan gangguan fungsi mitokondria termasuk kebanyakan penyakit tua yang paling biasa seperti penyakit Alzheimer, diabetes, kanser, penyakit jantung, penyakit Parkinson dan angin ahmar.

Mitokondria dikenali sebagai “kilang tenaga” bagi sel kerana ia menghasilkan adenosina trifosfat (ATP), yang merupakan bekalan tenaga biologi yang mengawal kegiatan badan. Semasa muda, mitokondria menghasilkan ATP yang cukup untuk kita kekal aktif. Kebanyakan sel mengandungi 200 - 5,000 mitokondria. Sel yang mempunyai lebih banyak bilangan mitokondria, maka lebih banyak tenaga yang boleh dihasilkan. Sel badan kita mempunyai lebih kurang sebanyak 10 juta billion, dan membentuk 10 peratus daripada berat badan anda.

DADAH DAN SUKAN


Apakah isu-isu yang melibatkan dadah dan sukan?
  • Penggunaan dadah untuk meningkatkan tahap keupayaan sukan bukan sahaja menyebabkan kesan sampingan yang buruk tetapi boleh membawa maut kepada ahli-ahli sukan tahun demi tahun.
  • Dalam tahun 1967, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa telah bersetuju untuk mengharamkan atau menghadkan penggunaan sesetengah bahan atau kaedah yang boleh meningkatkan tahap keupayaan atlit.
  • Atlit berisiko disingkirkan dari menyertai pertandingan sekiranya didapati positif mengambil dadah terlarang melalui ujian secara rambang. Mereka juga akan merana akibat kesan dadah samada secara jangka pendek dan panjang.
Apakah maksud Dadah?
 
Dadah adalah merupakan sesuatu bahan (selain daripada makanan) yang apabila diambil, akan menyebabkan perubahan dalam badan. Jika perubahan itu memberi manfaat kepada badan, bahan ini disebut sebagai ubat. Sekiranya perubahan ini membawa keburukan kepada badan, ianya disebut sebagai racun.

Diabetes Mellitus

Apakah itu diabetes?
Diabetes adalah salah satu penyakit kronik dimana ianya merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara didunia. Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 1996 dimana di anggarkan 700,000 hingga 900,000 orang dewasa berumur 30 tahun keatas menghidapi diabetes atau terdapat 8 penghidap diabetes bagi setiap 100 orang dewasa.
Diabetes adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar. Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, dimana ia akan digunakan untuk bahan bakar.
Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi. 

Khamis, Disember 02, 2010

Lawak Restoran...........



Sepasang suami isteri bersama keluarganya merayakan ulang tahun perkahwinan mereka dengan makan malam di sebuah restoran. Ketika mereka hendak meninggalkan restoran tersebut, mereka ditanya oleh pemilik restoran yang berdiri di pintu utama.

Pemilik : “Bagaimana perasaan anda terhadap hidangan dan layanan kami?”

Lelaki : “Ada satu perkara yang boleh saya katakan.. Anda memiliki dapur yang paling bersih di bandar ini.”

Pemilik : “Dapur yang paling bersih?… Anda kan tidak pergi ke dapur. Bagaimana Anda boleh tahu yang dapur kami yang paling bersih?”

Lelaki : “Sebab.. Semua makanan yang kami makan berbau sabun.”

Rabu, November 24, 2010

Komputer riba rendahkan kualiti sperma lelaki




NEW YORK - Penggunaan komputer bimbit di atas riba mungkin bukan sesuatu yang baik bagi kesuburan lelaki, menurut kajian terbaru.

Cara terbaik mengatasi masalah itu adalah dengan meletakkan komputer bimbit di atas meja, menurut ketua penyelidik dari Universiti Kebangsaan New York, Yelim Sheynkin.

Dalam kajian itu, pengukur haba digunakan bagi mengukur suhu skrotum 29 lelaki muda yang menggunakan komputer bimbit di atas riba.

Kajian Pelik Tapi Benar ..........berkaitan kesihatan....




NATIONAL Science and Technology Authority dalam buku Guidebook on the Proper Use of Medical Plant menjelaskan buah pala mengandungi bahan-bahan yang bermanfaat untuk kesihatan.

Lebih menarik peranan bahan tersebut dikatakan cukup ampuh untuk mengatasi rasa mual, masalah muntah, insomnia, kekejangan dan sakit sendi.

EKSTRA: Penyelidik dari Universiti Chicago, Amerika Syarikat, Dr. Peggy Mason, memberitahu coklat mampu merangsang sistem otak yang mengawal bahagian sedar individu yang dapat mengurangkan rasa sakit. Kandungan favanols dan flavanolds yang terdapat dalam coklat juga membantu mencegah penyakit kronik seperti strok, tekanan darah tinggi serta jantung.

Hutang punca gemuk

Lawak Hari ini : Ludah letak kat kepala...(AWAS!....40sx)




Pada suatu malam,seorang anak tengah study untuk menduduki peperiksaan SPM pada keesokan harinya.

Datang si ibu bertanya kepada anak sulongnya,"Boleh buat tak bang? ,lalu anaknya mengaguk-angukkan kepala,lalu ibu pun berlalu dari situ masuk ke bilik tidurnya.

Dalam keheningan malam itu,dari bilik tidur ibunya si abang tadi terdengar si ibu berkata sesuatu kepada ayahnya.

Kata-kata itu diamati dan diingati sehinggalah keesokan hari bila peperiksaan bermula.

Dalam dewan pepriksaan si abang tergaru-garu semasa menjawab soalan matematik lalu,
dia teringatkan kata-kata 'azimat' ibunya semalam.

Dia pun segera meludah lalu disapukan ke atas kepala beberapa kali.Tanpa disangka kelakuan peliknya dilihat oleh pengawas peperiksaan...

Pengawas peperiksaan pun bertanya,"Kenapa kamu berbuat begitu?'

Si abang pun menjawab,"Malam tadi saya dengar mak saya cakap,bang kalau susah sangat,ludah letak kat kepala............".

Khamis, November 04, 2010

MEROKOK AKIBATKAN ZAKAR JADI PENDEK...?


Selain menyebabkan penyakit jantung, stroke dan kanser paru-paru, merokok juga boleh mempengaruhi kejantanan laki-laki. Tidak hanya melemahkan ketegangan atau mati pucuk, merokok juga boleh memendekkan saiz zakar.

Penemuan ini berdasarkan hasil kajian yang dilakukan oleh para penyelidik dari Boston University School of Medicine dari 200 peserta perokok laki-laki. Dari hasil kajian, rata-rata perokok mengalami pemendekan zakar sebanyak 1 cm.

ANALISIS TEMPORAL AKSI SERVIS SILA DAN SERVIS KUDA DALAM SEPAK TAKRAW

Oleh
BORHANNUDIN BIN ABDULLAH
Universiti Putra Malaysia

Servis kuda ialah teknik servis yang baru dalam sukan sepak takraw. Teknik
servis ini diperkenalkan di peringkat antarabangsa oleh pasukan Thailand pada
tahun 1995. Servis kuda dilakukan dengan aksi plantar fleksi kaki dan bahagian
kekura kaki ketika fasa kontek bola-kaki. Bahagian anatomi kaki tersebut
memberi permukaan kontek yang lebih luas berbanding permukaan kontek servis
sila tradisi kepada sukan sepak takraw. Secara teknikal, mekanik servis kuda
memberi kelebihan respon dalam aspek-aspek kestabilan kontek bola-kaki dan
halaju bola pascakontek.

Kajian ini bertujuan membandingkan ciri-ciri kinematik servis kuda dengan servis
sila melalui analisis video fasa-fasa temporal berikut :

Ahad, Oktober 17, 2010

ISTILAH KINESIOLOGI DAN LAKUAN MOTOR ( BAHAGIAN 1 )

DEFINISI KINESIOLOGI
-kajian yang berkaitan dengan pergerakan manusia berkaitan dengan asas-asas pergerakan manusia secara anatomi dan mekanikal dalam sukan
bFOKUS PENDEKATAN KINESIOLOGI
  Pemerhatian sistematik
- pendekatan kualitatif
- menerangkan mengenai sesuatu pergerakan tanpa melibatkan pengukuran dan pengiraan sesuatu pencapaian
- pendekatan kuantitatif
- menerangkan pergerakan badan dan anggota badan dalam bentuk nombor dan pengiraan bagi menerangkan pencapaian prestasi lakuan 
Definisi Kawalan Motor
Bidang pengajian yang melibatkan kajian pergerakan berdasarkan aspek-aspek mekanisme pengawalan postur & pergerakan
Organisasi proses yang terlibat dalam mekanisme mengawal pergerakan
Kawalan dicapai menerusi interaksi semua jenis lakuan   

Rabu, September 29, 2010

BOROI... Kerana Puas Seks? BETUL KE............




Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat
badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti
berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang
waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa
dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak
menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.
Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka
sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah
tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah
kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan
bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila
mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelaki
berkahwin dengan tujuan untuk makan di rumahï. Lelaki akan merasa selesa
setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah
bagi mereka untuk makan.

Jumaat, September 24, 2010

Lawak Jumaat : Abang aku selalu buat



Pada suatu hari, ada dua orang rakan karib menaiki keta. Keta itu dipandu dgn lajunya... setibanya di satu traffic light, kelihatan lampu traffic light berwarna merah.

Si pemandu ni tadi dengan selambanya memecut tanpa menghiraukan lampu merah tadi.
Kawan kat sebelah dia cemas gila lalu bertanya."Hei mat kau tak nampak ke lampu merah tadi?!!"
Mamat menjawab "Jangan takut abang aku selalu buat".

Selang beberapa kilometer keta ini tiba di satu traffic light, lagi lampu traffic light itu merah. Tanpa segan silu Mamat memecut laju. Kali ni member Mamat tadi lagi bertambah cemas,lalu memarahi si Mamat tadi. "Lagi sekali kau buat macam tu aku nak turun tak kira!!!!" Mamat dgn selambanya menjawab "Jgn. takut abang aku selalu buat". Selang beberapa kilometer, keta ni sekali lagi tiba di satu traffic light. Secara mengejut mamat memberhentikan ketanya dgn diikuti kokokkan tayar "SKREETTTT......".

Member Mamat ni terus berkata, "Hei! Mamat, kau dah gila ke? kan lampu traffic light tu hijau?". Nak tau apa yang si Mamat ni jawab............ "Aku takut abang aku akan lalu jalan yang satu lagi..."



FISIOLOGI SEKS WANITA



Usia 1 hari – 1 tahun
Jantina bayi boleh dikenal pasti selepas bayi dilahirkan.
Jika sudah pasti perempuan, bersyukurlah.
Pada amalan Syariat Islam, seseorang kanak-kanak perempuan mesti di SUNNATKAN bukan diWAJIBKAN untuk melakukan upacara bersunat dengan melalui buloh kecil berulang kali keatas kelintit (clotoris) TANPA membuang atau menghiris kelintit.
Jangan menzalim anak-anak perempuan dengan membaung terus kelintit, kerana ini akan menyebabkan hilang nafsu seks diwaktu dewasa dan ini adalah satu KEZALIMAN yang anda lakukan terhadap anak gadis anda.

Usir 1 hingga 10 tahun
kanak-kanak perempuan cepat membesar dari lelaki, pada peringkat ini sedikit demi sedikit kelihatan kegadisannya menonjol seperti lagak jalanan, suara, jenis permainan, buah dada, punggong.

Punca Ketidaksuburan Lelaki

Biasanya lelaki akan menyalahkan pasangannya, kononnya tidak memberikan mereka zuriat. Namun tahukah anda melalui kajian dan ujian kesuburan yang dibuat di antara pasangan suami isteri, didapati lelaki menjadi punca masalah. Pemeriksaan kesuburan antara kedua pasangan perlu dilakukan untuk mengenal pasti masalah sebenar. Suami seharusnya tidak berasa takut kerana masalah kesuburan mereka boleh diatasi sekiranya diberikan rawatan sempurna.
      Produksi sperma dikendalikan dalam pundi-pundi seminiferus dan memerlukan keadaan yang optimum. Ketidaksuburan yang mengganggu jentera produksi berpunca dari suhu yang tinggi, nikotin dari rokok, alkohol dari minuman keras, dadah, ubat-ubatan, sinaran ungu dan tekanan emosi.
      Masalah ini boleh berubah jika faktor-faktor tersebut dapat dielakkan. Jauhi minuman keras, berhenti merokok dan mendapatkan nasihat doktor jika emosi tertekan adalah jalan terbaik untuk memperbaiki kesuburan anda. Lelaki juga digalakkan mengamalkan gaya hidup sihat, selain pengambilan makanan sihat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
Sistem pertahanan badan mengeluarkan antibodi untuk menghapuskan kuman atau virus yang terdapat dalam tubuh manusia. Sebilangan kecil lelaki yang pernah mengalami gangguan pada bahagian buah zakar atau menjalani pemandulan, akan mengalami masalah produksi antibodi pada sel sperma.

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN: Kebenaran Khas Kepada Guru-Guru Dan Murid-Murid Yang Melaksanakan Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan (PJK) Memakai Pakaian Rasmi Sukan Sepanjang Hari Berkenaa

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN: Kebenaran Khas Kepada Guru-Guru Dan Murid-Murid Yang Melaksanakan Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan (PJK) Memakai Pakaian Rasmi Sukan Sepanjang Hari Berkenaa

sos punca penyakit kronik


PENGGUNAAN sos secara berlebihan boleh menyebabkan penyakit kronik kepada pengguna. - Gambar hiasan 
 Memasak tanpa menggunakan sos perasa untuk menyedapkan masakan seolah-olah tidak lengkap bagi manusia zaman ini.

Sos tiram, kicap manis atau masin, sos tomato dan sos cili, misalnya, bukan sahaja menambah perasa tetapi juga membangkitkan selera penggemarnya.

Namun begitu, percaya atau tidak penggunaan penambah rasa seperti sos ke dalam masakan harian didakwa menjadi punca kepada 146 penyakit kronik.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa, kandungan gula yang terlalu tinggi di dalam kandungan setiap botol sos itu bertindak sebagai 'pembunuh senyap'.

Kajian CAP pada tahun lalu mendapati sebotol sos cili dan tomato daripada pelbagai jenama mengandungi sebanyak 25.9 sudu teh hingga 37.1 sudu teh gula.

Pegawai Pendidikan Pengguna CAP, N.V. Subbarow berkata, penggunaan tanpa kawalan bahan-bahan itu dengan mudah boleh menyebabkan penyakit diabetes, obesiti dan mempercepatkan proses penuaan.

Jumaat, Ogos 27, 2010

lawak jumaat ..DUIT 5 SEN.



Malam tu, sepasang suami isteri dah bersiap-siap nak masuk ke bilik tidur bila tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis. Mereka pun pergi mendapat anak itu lalu bertanyakan kenapa dia menangis.. Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.

Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen. Kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya. “Ha, kan ayah dah keluarkan ni.” Si anak teruja dan terus berhenti menangis. Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata, “Buat lagi sekali ayah.”

MINUM AIR SEBELUM MAKAN KURANGKAN BERAT BADAN ...BETUL KE...?


Sebuah kajian yang baru menemui fakta bahwa orang dewasa  yang minum dua teguk air sebelum mengunyah makanan dengan sedikit kalori, akan kehilangan berat badan lebih dibandingkan golongan yang tidak meminum air.

pengkaji membahagikan dua golongan  laki-laki dan wanita obesiti ini antara usia 55-75: satu kumpulan  diminta mengikuti diet, rendah lemak rendah kalori, sedangkan kumpulan  lain diminta mengikuti diet yang sama dan meminum dua cawan air sebelum sarapan, makan siang dan makan malam.

Setelah 12 minggu, didapati kmpulan yang minum air sebelum makan telah kehilangan 15.5 paun, dibandingkan dengan 11 paun untuk orang yang tidak meminum air. Perbezaan  penurunan berat badan kedua kumpulan  ini hampir 30%.

Para pengkaji mendapati program penurunan berat badan dari pengkajian mereka sebelum ini Mereka menemukan bahwa ketika orang dewasa  meminum air sebelum makan, kandungan makanan mereka lebih sedikit kalori iaitu antara 75 dan 90 kalori.

Selasa, Ogos 10, 2010

PEMBELAJARAN MOTOR (LEARNING MOTOR SKILL )

Perkembangan Motor
2.1 Definisi perkembangan motor
Bidang pengajaran pergerakan manusia yang berfokus kepada perubahan dari segi keupayaan kawalan pergerakan dan prestasi motor yang berlaku sepanjang hayat.Perubahan-perubahan yang berlaku adalah hasil proses semulajadi yang dialami oleh sistem biologi seperti proses perkembangan, tumbesaran, kematangan dan penuaan. Perubahan yang berlaku dilihat menerusi dua aspek:
(i) Peningkatan keupayaan (dari bayi hingga dewasa)
(ii) Penurunan keupayaan (dari dewasa hingga tua)

2.2 Peringkat perkembangan kemahiran motor
Perkembangan kemahiran motor berlaku mengikut prinsip perkembangan yang terbahagi kepada dua dan prinsip-prinsip ini berfokus kepada perkembangan yang berlaku pada 2 tahun pertama selepas kelahiran. Prinsip-prinsip tersebut ialah:
(i) Prinsip I – Prinsip cephalo-caudal
(ii) Prinsip II – Prinsip proksimo-distal
3 PERINGKAT MAJOR PERKEMBANGAN KAWALAN POSTUR

Sabtu, Ogos 07, 2010

TARIAN POCO-POCO HARAM...?



Tarian poco-poco yang glamer sekarang ni ditarikan sebagai senam aerobik dikatakan haram..Betul ke? Tarian yang dikatakan berasal dari Indonesia ni .Tapi ada jugak kata bukan dari Indonesia..so dari mana?

Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua tantang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yang beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yang beragama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.

Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ngikut sesuatu yang baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yang menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yang telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian pocoh ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama-sama fikirkan lah........

lawak hujung minggu



Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalau ada orang yang mempersoalkan tentang telinga.
Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenarai pendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Di akhir temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu.

“Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?”. “Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam” jawab lelaki itu dengan jujur.
Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat.
Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama.

“Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?”. “Ya …saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk jauh dari saya.” puji perempuan itu.

Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar. Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan bergaya. Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa.

“Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?” “Ya. Awak pakai contact lens,” jawab pemuda itu menahan perasannya dari tergelak.
Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh.

“Bagaimana awak tau” tanya Johan lagi.

Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata,”Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana?.


Sabtu, Julai 31, 2010

KECERGASAN FIZIKAL & KOMPONEN KECERGASAN

Kecergasan Fizikal

Definisi
Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan. Kecergasan fizikal dikaitkan dengan keupayaan individu untuk bekerja dengan lebih efektif dan menikmati masa kesenggangan, rehat, menentang penyakit hipokinetik dan menghadapi kecemasan.
Kecergasan fizikal yang optimal tidak mungkin dicapai tanpa senaman yang berterusan.

Komponen kecergasan fizikal

Komponen kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan adalah:
i. Komposisi badan/kandungan lemak
ii. Daya tahan kardiovaskular
iii. Fleksibiliti
iv. Kekuatan otot
v. Daya tahan otot
Setiap komponen ini berkait rapat dengan kesihatan yang baik serta mengurangkan risiko penyakit hipokinetik.

(a) Komposisi badan/kandungan lemak
Komposisi badan adalah kadar relatif otot, lemak, tulang dan tisu-tisu lain yang membentuk tubuh. Individu yang cergas mempunyai peratus kandungan lemak yang rendah, berkadar dengan berat badan dan ketinggian.

Jumaat, Julai 16, 2010

Petua Atasi Masalah Lemah Tenaga Batin

Zaman sekarang, masalah lemah tenaga batin bukan hanya dialami oleh individu yang dah berusia jer. Golongan muda belia pun same. Hal ini pastinya membimbangkan anda dan pasangan. Nak-nak anda baru jer mendirikan rumahtangga. Tentunya malam pertama anda agak hambar!
Bagi mengelakkan anda yang mengalami lemah tenaga batin ni terus merana, kat sini ada satu petua sejagat yang mesti anda cuba! Ikutilah petua ni dengan teliti dan penuh sabar, ok.


Buah Delima(Pomegranate) - Wikipedia

1. Carilah beberapa biji buah delima yang dah kecut. Tapi yang kat atas tu masih segar lagi. Nak tunggu sampai kecut pun boleh gak. :)

2. Tumbuk buah delima kecut tu untuk mendapatkan airnya.

3. Kemudian, campurkan air delima tadi dengan sedikit gula pasir.

4. Didihkan air tersebut sampai pekat.

5. Seterusnya, amalkan meminum air rebusan ini beberapa kali sehingga anda berpuashati dengan hasilnya.


Selamat Mencuba!

Khamis, Julai 08, 2010

JADUAL DAN KEPUTUSAN BOLA SEPAK PIALA DUNIA 2010 AFRIKA SELATAN

JADUAL & KEPUTUSAN.










Pusingan Akhir

Tarikh Lokasi & Masa Keputusan
Isnin
11 Julai 2010
Johannesburg (SC) [2.30am] Belanda 0 Sepanyol 1

Penentuan Tempat Ketiga

Tarikh Lokasi & Masa Keputusan
Ahad
11 Julai 2010
Port Elizabeth [2.30am] Uruguay 2 Jerman 3

Pusingan Separuh Akhir

Tarikh Lokasi & Masa Peringkat Pasukan 1 Keputusan Pasukan 2
Rabu
7 Julai 2010
Cape Town [2.30am] Separuh Akhir I Uruguay 2 - 3 Belanda
Khamis
8 Julai 2010
Durban [2.30am] Separuh Akhir II Jerman 0 - 1 Sepanyol


Sabtu, Jun 26, 2010

KOMPONEN SISTEM RANGKA.

Komponen Sistem Rangka
  • Sistem rangka mempunyai pelbagai fungsi tubuh. Sistem ini terdiri daripada tulang-tulang dan struktur-struktur sokongan seperti ligamen, kartilej dan sendi. 
  • Terdapat 206 ketul tulang pada rangka manusia. Tulang-tulang ini mempunyai lapisan luaran yang kuat, keras, tebal dan bahagian tengah berongga yang mengandungi sum-sum.

 Ligamen
  • Ligamen adalah tisu berfiber yang menyambungkan dua atau
    lebih tulang atau rawan yang boleh bergerak. Ligamen memberi
    sokongan dan kekuatan kepada sendi.

Rabu, Jun 23, 2010

ANATOMI DAN FISIOLOGI

Pengenalan Anatomi dan Fisiologi
Sains Anatomi dan Fisiologi
 
a. Anatomi
Anatomi ialah kajian terhadap struktur-struktur tubuh badan dan
perkaitan antara setiap struktur tersebut. Anatomi berasal
daripada perkataan Yunani ‘ana’ bermaksud asingkan dan
‘tome’ bermaksud memotong.

b. Fisiologi
      
Fisiologi ialah kajian tentang fungsi struktur tubuh.Organisasi Struktur Manusia
Tubuh manusia mempunyai banyak aras struktural yang berbeza
kompleksitinya. Aras struktur yang paling rendah ialah aras kimia.
Pada aras ini, atom-atom bergabung untuk membentuk molekulmolekul.
Molekul-molekul ini seterusnya bercantum secara khusus
untuk membentuk pelbagai jenis sel yang menjalankan tugas yang
berbeza. Sel-sel ini merupakan unit paling ringkas bagi semua
kehidupan.
            Berbeza dengan organisma ringkas yang terdiri daripada satu sel
sahaja, manusia ialah organisma multisel. Sel-sel yang serupa
mengelompok membentuk tisu yang melaksanakan fungsi umum.
Organ yang terdiri daripada gabungan dua atau lebih tisu yang
berbeza untuk menjalankan tugas khusus untuk tubuh. Organ-organ
tertentu dikelompokkan untuk membentuk suatu sistem organ tubuh
yang berkerjasama untuk mencapai tujuan yang sama. Semua sistem
organ ini membentuk organisma yang mewakili aras tertinggi
organisasi struktural iaitu, aras organisme .



Isnin, Jun 07, 2010

PROGRAM PENDIDIKAN LUAR 2010

Gambar-gambar sepanjang program berlangsung...



 .

Khamis, Mei 27, 2010

Pengadil Malaysia angkat imej guru sekolah



Muhyiddin Yassin menyampaikan replika Piala Dunia kepada Subkhiddin Mohd. Salleh yang akan menjadi pengadil di pusingan akhir Piala Dunia 2010 dekat Afrika Selatan semasa mengunjungi Putrajaya, semalam. - BERNAMA


PUTRAJAYA - Subkhiddin Mohd. Salleh, rakyat Malaysia pertama menjadi pengadil Piala Dunia yang bermula di Afrika Selatan bulan depan, semalam mengunjungi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini.
Subkhiddin, 44, guru Sekolah Menengah Vokasional Nibong Tebal di Pulau Pinang, menemui Muhyuiddin yang juga Menteri Pelajaran, di pejabat beliau di Kementerian Pelajaran di sini, bagi melahirkan penghargaan terhadap sokongan kerajaan kepadanya.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, Subkhiddin berkata, Muhyiddin memberikan nasihat supaya beliau sentiasa mengekalkan tahap kecergasan dan berusaha lebih gigih untuk membuktikan golongan pengajar juga boleh menjadi pengadil yang baik.
"Saya berasa sangat bangga kerana dapat mewakili negara dan mewakili warga pendidikan," katanya.
Subkhiddin, yang berasal dari Butterworth, mula menjadi pengadil bola sepak pada 1990 dan diiktiraf ke peringkat antarabangsa oleh FIFA pada 2000. - BERNAMA...

Jumaat, Mei 21, 2010

KARNIVAL SUKAN BOLA TAMPAR HARI GURU DAERAH LEDANG 2010




TARIKH : 19 DAN 20 MEI 2010
TEMPAT : KOMPLEKS SUKAN KOLEJ MATRIKULASI JOHOR
SMK TUN MAMAT DI WAKILI OLEH DUA PASUKAN...

SMK TUN MAMAT A. 
Tn Hj Misnan Surip, En Ahmad Muhaze,En Hailes,   En Thinaharan, En Zacky khairuddin, En Zaim ,En Shahrudin Md Shah, EnFaizal,
En Tan Chee Beng, En Radizal Md Debuan.

SMK TUN MAMAT  B . -  
En Hilmi Jaafar, En Razali Bachok, EnRahiman Garip,En Abu Shaifuddin, En Alias Rani, En Salleh Hashim,En Mazlan OThman , En Mohd Azli Liman, En Zaki Salleh.

Pertandingan  di anjurkan oleh Kolej Matikulasi Ledang dengan kerjasama Kelab Guru sekolah-sekolah daerah ledang.
Keputusan : 
JOHAN       : SMK BUKIT GAMBIR
N. JOHAN  : SMK TUN MAMAT B
KETIGA      : KOLEJ MATRIKULASI 
                      JOHOR
KEEMPAT  : SMK TUN MAMAT   A

Selasa, Mei 11, 2010

CIPTAAN TEMPATAN

Pensyarah UTM cipta alat uji tahap ketangkasan diri


Abdul Hafiz Omar (kiri) memerhatikan Ahmad Syukri Muhammad yang menguji alat penguji ketangkasan Puzzle Heksagon di UTM Skudai, semalam.


JOHOR BAHRU 10 Mei - Ingin mengetahui tahap ketangkasan atau kelajuan pergerakan tubuh badan sendiri?
Semua itu dapat diukur menerusi Alat Pengujian Ketangkasan Puzzle Heksagon, rekaan inovasi terbaru oleh penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, di sini.
Alat tersebut dihasilkan oleh Ketua Jabatan Terapi dan Rehabilitasi Fakulti Kejuruteraan Biomedikal, Prof. Madya Dr. Abdul Hafiz Omar dua tahun lalu.
Menurut Abdul Hafiz, produk itu dibuat berdasarkan prinsip lompatan heksagon iaitu lompatan pada enam arah pergerakan.
"Tujuan alat ini untuk mengukur tahap ketangkasan pergerakan badan ke pelbagai arah dalam keadaan stabil dan seimbang.

Khamis, April 29, 2010

APA ITU ANATOMI DAN FISIOLOGI DALAM SUKAN

Anatomi & Fisiologi untuk Ilmu Sukan
Ia bermaksud struktur dan kedudukan organ berkaitan badan manusia serta fungsinya untuk aktiviti dan kehidupan manusia. Ia merupakan pengetahuan asas bagi pakar-pakar dalam bidang perubatan seperti doktor perubatan dan pakar bioperubatan.

Anatomi
Kajian tentang struktur badan manusia. Anatomi yang sentiasa dikaji tergolong dalam beberapa kumpulan seperti:
• sel dan histologi: struktur sel soma dan kandungannya
• sistem pernafasan: hidung, trakea, bronkus, bronkiol, peparu, alveolus
• sistem kardiovaskular: sistem peredaran darah seperti jantung dan salur darah
• sistem pencernaan: mulut, esofagus, perut, usus, pankreas
• sistem lokomotif: otot motor, otot simpati, anggota badan
• sistem saraf: saraf motor, saraf tunjang, otak

Fisiologi
Ia merupakan kehidupan manusia. Setiap individu perlulah bernafas, makan, minum, berkumuh, dan membiak sebagai aktiviti asas manusia. Selain itu, kita juga haruslah bersosial, bermain, bersukan, bekerja dsb sebagai aktiviti harian. Kesemua aktiviti ini memerlukan organ-organ yang sihat untuk menjayakannya.
 

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda